assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊

cuti sekolah seminggu. saya juga bercuti 3 hari dari suasana kerja. berbaki 2 hari, bekerja luar daerah. ok la. dok hadap ofis saje, bosan! bekerja luar daerah dpt la bawa anak-anak bercuti bersama. alhamdulillah.

di tahun akhir persekolahan di peringkat sekolah rendah, sekali lagi Izzat berjaya bawa pulang medal emas utk larian 100 meter. tu yg ibu ayah target. moga Izzat layak mewakili sekolah di peringkat negeri pula nanti.

SRITI An-Najah, Bukit Katil
tahun ini Izzat merupakan ketua rumah Al-Jazari 💚

SRITI An-Najah, Bukit Katil
ibu ayah supporter paling kuat!
baju Al-Jazari juga ye 😀

Sabtu, 25 mei 2024 bertempat di padang sekolah SMK Bukit Katil, Melaka, SRITI mengadakan kejohanan sukan SRITI yg ke-6. cuaca baik sepanjang hari membuatkan kejohanan sukan SRITI ni berjaya mencapai kesempurnaan. kesemua sukan dpt dipertandingkan dengan jayanya.

dimulakan dengan perarakan masuk rumah-rumah sukan. Izzat ketua kontinjen rumah Al-Jazari yang bertemakan hijau Petronas. Izzat berpakaian ala jurutera Petronas (in shaa Allah menjadilah kenyataan). 

SRITI An-Najah, Bukit Katil

SRITI An-Najah, Bukit Katil
my encem boy 💚

SRITI An-Najah, Bukit Katil

SRITI An-Najah, Bukit Katil

SRITI An-Najah, Bukit Katil

Izzat sertai 3 acara sukan kali ni. iaitu larian 100 meter, larian 4x100 meter dan bola sepak. hanya larian 100 meter berjaya merangkul pingat emas. 2 lagi acara sukan, tidak berjaya dapat pingat 😞. agak kecewa, namun gitu la hakikatnya, ada yg kalah dan ada yg menang.


SRITI An-Najah, Bukit Katil

SRITI An-Najah, Bukit Katil

SRITI An-Najah, Bukit Katil
saat dan ketika Izzat dikalungkan dengan pingat emas 😍

SRITI An-Najah, Bukit Katil
malu-malu pulak si juara nak pose 1 gambar.

SRITI An-Najah, Bukit Katil
bersama kawan-kawan baik.
semua bawak balik pingat ikut acara kemenangan masing-masing.


jika terpilih sertai kejohanan sukan peringkat negeri, akhir bulan Jun nanti Izzat akan bertanding. saya berharap sgt Izzat terus terpilih sekali lagi mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan kelak. dpt la sekali lagi pengalaman bertanding di peringkat kebangsaan, kan. tahun depan dah pun Tingkatan 1, belum tahu mampu join sukan ataupun tidak, kan.

sementara ni, saya bawa Izzat riadah di Taman Botanikal. jalan 10,000 langkah dan jogging. kekalkan fitness selama yang mungkin, in shaa Allah.

doakan agar Izzat sukses dlm sukan olahraga ni ye 😊.