Thursday, October 29, 2009

LAGU ALIF BA TA

2 comments:
Antara lagu yang boleh para ibu apply kat anak-anak.
Terutama masa dodoi nak tido.
Layan....






Photobucket

Wednesday, October 28, 2009

NOMBOR... MATEMATIK... MUSTAHIL! JANGAN!

2 comments:

Sejarah matematik di kalangan adik-beradik saya dan juga di dalam diri saya amatlah cemerlang dari hari pertama sekolah. I love maths!!! Now, saya nak sejarah kecemerlangan tu diwarisi selama mana yang mungkin oleh anak-anak, cucu-cucu, cicit-cicit saya dan seterusnya. Nurin dah pun didedahkan dengan numbers / maths sejak awal-awal. Mesti kenal. Mesti tahu kira. Mesti tahu perbandingan. Mesti!!! Penting!

Nak cerita skit pandangan negatif pasal ajar anak-anak kecil matematik...

  • ada orang kata - terlalu awal nak bebankan otak / fikiran anak-anak dengan matematik
Salah!
Otak kanak-kanak ni seperti sponge. Daya serap mereka amat tinggi dan di luar jangkaan. Siapa kita nak kata mereka tak boleh terima? Cara nak kena betul. Cara nak kena interesting. Wujudkan suasana matematik yang ceria dan menarik. Di peringkat awal, selitkan unsur matematik tu di dalam permainan mereka. Dedahkan mereka dengan kartun @ rancangan tv berunsurkan nombor / matematik. Done that way, math lessons are something the baby looks forward to in the same way that he looks forward to his other favourite games. Sikit... sikit... lama-lama, apabila mereka meningkat umur, barulah start ajar dengan lebih serius menggunakan buku.

  • ada orang kata - ibu bapa kena pandai matematik, then only baru boleh ajar anak-anak
Salah!
Pasti ibu bapa tahu camne nak explain yang mana banyak dan yang mana kurang. Yang mana besar dan yang mana sikit. Tolak campur darab bahagi yang SIMPLE. Dari situ asas nya. You do not need to be good at mathematics to do a great job of teaching your baby maths !!! Just provide yourself with oodles of enthuasiasm!!! Selebihnya, rujuk buku atau guru tadika / sekolah yang bertanggungjawab. Di internet pun da terlalu banyak bahan-bahan boleh di download atau program pembelajaran yang boleh dilanggan. Best!

Tak perlu jadi pandai. Cukup sekadar tahu. Pengetahuan itu mesti yang benar dari sumber yang betul. Dan satu kesabaran dan kecekalan.

  • terlalu awal, anak-anak akan jadi bosan kelak
Kalau betul caranya, takkan ada perkataan BOSAN dalam diari anak-anak. Sediakan medium-medium yang sesuai... menarik sudah pasti! Mengira ni salah satu perkara yang dilalui oleh kita setiap hari, setiap masa di dalam hampir semua perkara. Melihat jam, mengira baki duit, melihat objek, memotong sebiji kek, makan gula-gula, menukar channel tv... Numbers are very interesting!

  • terlalu awal, anak-anak akan terlalu ke depan berbanding anak-anak yang lain, merosakkan diri anak-anak dari segi emosi dan pergaulan mereka terbatas
Karut! Do we really want to dumb down our children, just so that they conform to the norm?

"All children are born geniuses, but we spend the first 6 years of their life degeniusing them!" -Buckminster Fuller.

Anak-anak masih tetap anak-anak. Jiwa mereka masih muda, masih ingin bermain. She will be a typical 5 year old with tpical 5 year old thoughts and feelings!

*
*
*

Only teach you baby when your baby wants to learn!!! Very important. Kalaulah dalam satu hari tu langsung tiada math lessons, ok, jangan risau. Target kita bukanlah nak mengajar dia sesuatu dalam satu-satu timeframe. Tidak.

Our target should be :
  1. provide them with mental stimulation;
  2. give them the opportunity to learn math at the time when it is easiest; and
  3. have fun learning math.

Matlamat saya terhadap anak-anak adalah 4M : MENULIS, MENGAJI AL-QURAN, MEMBACA (english & malay) dan MENGIRA. Insya'Allah nak menerapkan ilmu-ilmu asas setiap komponen di atas dengan teguh! Pada saya, adalah satu bonus kiranya anak-anak saya mahir dlm matematik menjelang mereka memulakan darjah 1 di sekolah rendah. Ini akan menjadikan anak-anak saya jauh ke depan atau setanding dgn anak-anak pintar yang lain.

Photobucket

Sunday, October 25, 2009

MULTI-FUNCTION BABIES' POTTY TRAINER

8 comments:
::::: jamban kecil dara2 ku :::::

::::: tempat melabuhkan punggung :::::

::::: bekas letak 'hajat' :::::

::::: Nurin selesa la nanti. Ada tempat letak kaki & melabuhkan punggung :::::

::::: Ada 4 btg yg elak tempat labuhkan punggung tergelongsor dari jamban :::::

::::: Kalau takde anak kecil, bleh jadi seater / tempat letak mainan bertutup :::::



Just bought it yesterday. Ronda Melaka town dgn kakak & mak abah, singgah jap kat butik Anakku di Jalan Hang Tuah. Kakak beli sling carrier bag dan saya beli potty ni... untuk Nurin & Syuhada. Really like it. Cheap - RM29.90. Worth - multi-function.

Lebih nak attract Syuhada agar minat kencing berak in the toilet. Lupa kan la drypers tu. Letih la membeli. Save skit bajet ibu ayah. Planning if ada baby lagi, insya'Allah, nak beli CD. Masih dlm proses korek ilmu pasal CD.

Nurin dulu babysitter yg train di siang hari. Kami ambik shift malam. Yang best nyer, Nurin tak pernah kencing malam! Dia pasti akan terjaga, dan kejut kan ibu / ayah. Memandangkan Syuhada da hampir nak masuk 3 tahun, now, time da sesuai ada kan training. Dia pun da pandai cakap nak berak, nak kencing, pampers da penuh, itu, ini, ....

Letih la skit jadi trainer. But, 'investment' utk masa depan.... hi hi...

Photobucket

Saturday, October 24, 2009

SEDIH TERAMAT !!!

8 comments:
Malam tadi tonton buletin tv3. Kanak-kanak 8 tahun diculik... dan dirogol!!!! Nasib baik dia dpt lepaskan diri.
Yang buat air mata saya bergenang, nape dirogol budak tu. Nape???!!!

Cuba imagine budak tu anak sendiri, yg akan membesar jadi perempuan... Hilang masa depan dia.

Paling saya sayu bila wartawan tu interview budak 8 tahun tu, kesian !!!! Apalah perasaan budak tu waktu dirogol, kan? Apa kecederaan yang dia alami? Rosak ke dara dia? Kesian !!!!
Memang tak dapat saya imagine perasaan ibu dan ayah budak tu.

Saya terus peluk anak-anak dara saya. Saya sempat pesan, "Jangan main jauh-jauh dari rumah. Nanti orang jahat amik Nurin dan Adah camner? Nangis ibu ayah tau..." Saya cium mereka dan peluk erat.

Apa nak jadi dgn dunia ni ????? Dah berleluasa gejala culik & rogol kanak-kanak skang ni. Jaga la anak-anak sebaik mungkin. Jangan leka!!!

Photobucket

Friday, October 23, 2009

KOMPUTER MINI

7 comments:
::: sedang concentrate :::

::: counting.... 1... 2... 3... :::

::: posing sikit :::


Amat tepat la tindakan saya beli komputer mini untuk Nurin & Syuhada dengan saranan PM kita. Kena celik IT, berkomputer, berinternet... Pendedahan awal penggunaan mouse & keyboard. Style nak tekan. Style duduk. Style pegang.

Bagus perisian komputer mini ni. For now, 3-4 topik je bleh apply kat Nurin. Yang lain, very very good untuk Nurin di masa-masa akan dtg bila sesuai.

Photobucket

Monday, October 19, 2009

UCAPAN DARI AIDA UTK SEMUA

2 comments:
(STICKY MODE HINGGA 19.10.2009.
NEW POST, SCROLL BAWAH LAGIK...)

Kiranya ada tutur bahasa Aida yang mengguris hati rakan taulan di alam maya ini terutamanya, Aida pohon jutaan maaf. Sesungguhnya, ia berlaku tanpa di sengaja kan atau tanpa Aida sedari. Al-maklum lah, Aida ni insan biasa yg tak lari dari kesilapan...

Aida mengharapkan Hari Raya Aidilfitri kali ni lebih bermakna buat Aida dan keluarga. Begitu juga harapan untuk semua rakan taulan. Ia datang setahun sekali. Kemenangan buat kita yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan.

Ziarah-menziarahi amalan utama. Eratkan sillaturrahim.

Yang penting, berhati-hati di jalanraya. Semua orang nak cepat sampai. Semua orang nak selamat sampai. Bertolak ansur la sesama kita di jalan raya.

-NIEZAM, AIDA, NURIN & SYUHADA-


Photobucket

Friday, October 16, 2009

KAMI SUKA UPIN & IPIN

9 comments:
Anak-anak saya da pun terdedah dengan kartun UPIN & IPIN ni agak lama, di rumah babysitter. Cuma kami yang agak terlewat mendapatkan mereka dvd UPIN & IPIN - HANTU DURIAN tu. 5 Syawal lepas, baru la ayah beli kan untuk anak-anak... Comel!

Memang sakan Nurin & Syuhada tonton dvd tu. Ulang dan ulang dan ulang. Nasib baik tv or dvd tu tak bernyawa. If not, sure benda tu komplen penat!!! Kiranya saya atau ayah nyer nak tonton tv, dvd tu kami on kan kat laptop. Hmmm... mereka berdua akan setia bergelak ketawa dan tiru memek-memek muka atau kata-kata dari kartun UPIN & IPIN tu. Menarik!

Ada juga saya tanya mereka, "korang tak bosan ke?"... hi hi hi....!

Syuhada la yang paling lawak bab tiru kata-kata kat dvd tu. Sebab suara dia pun agak serupa dengan si UPIN & IPIN tu, kan? Especially trademark si IPIN - "betul betul betul..."

*
*
*

Baguslah. Ada la peningkatan dalam dunia perfileman animasi Malaysia. Kartun nyer menarik dan colourful. Tutur kata yang digunakan amat ringkas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Lawak ringkas nyer amat sesuai untuk kanak-kanak. Yang penting, ada mesej yang baik dan efektif untuk kanak-kanak.

Latar belakang menggunakan suasana kampung / malaysia yang asli. Sungguh cantik dan sedap ditonton. Dapat mempromosikan negara kita ke mata dunia. Kalau tayangan UPIN & IPIN di pawagam lepas, kami terlepas... Insya'Allah pada tahun 2011 ni versi UPIN & IPIN naik ke angkasa lepas, kami akan beli tiket wayang nyer. Pasti berbaloi!

Saya klasifikasikan UPIN & IPIN ni sebagai kartun pendidikan, sebab ia bukan sekadar hiburan. Unsur-unsur ketimuran dan 1Malaysia banyak didedahkan.

*
*
*

Yang best nyer, last Saturday, kami ke open house abang ipar. Open house? Sebab abang ipar saya buat kat kedai dia, bukan kat umah! Kedai abang ipar selang 2 pintu dari kedai souvenir UPIN & IPIN di belakang Tesco Extra, Shah Alam.

Ni la kedai nyer...

Kanak-kanak termasuk la anak-anak buah hubby, Nurin & Syuhada dok keluar masuk dari kedai tu. Budak lelaki yang jaga kedai tu pun jadi malas nak halang mereka. Bagi anak-anak saya, pucuk dicita, ulam mendatang! Saya singgah dan belikan few things untuk mereka, tukang pilih nyer ialah Nurin.

menarik plastik nyer...

one set fridge magnet...

sticker...

dan note book especially for Nurin.

Ada byk lagi dijual, but... nanti-nanti la ibu belikan, ye. Ni map nak ke kedai souvenir tu untuk produk asli UPIN & IPIN. Produk ciplak tak main tau!


Photobucket

Thursday, October 15, 2009

SIGNS OF QAYAMAT آيات قرب القيامة

2 comments:
ط Why is it so hard to tell the truth but yet so easy to tell a lie?

ط Why are we so sleepy (نعسان)in mosque but right when the prayer is over, we suddenly wake up?

ط Why is it so hard to talk about Allah but yet so easy to talk about nasty stuff(الفواحش)?

ط Why is it so boring (ممل)to look at a Islamic Article but yet so easy to look at a nasty one(فاحش)?

ط Why is it so easy to delete a Godly e-mail but yet we forward all of the nasty ones?

Ø Why the mosques are's getting smaller, but yet the dance clubs are getting larger?

*
*
*
*
*
*
*

As we look at this article we realize how true the Messenger (P. B.U.H) was these signs were prophesized 1400 years ago!!!

Take a look.... Now this is scary(مخيف) but soooooooo TRUE!!!!

ط Camels will no longer be used as a means of transport;

ط People will ride on saddles(المركبات الفاخرة) that aren't saddles (cars?)

ط The distance on earth will become short; تم طي المسافات

ط Horses will not be used in wars;

ط Muslims will defeat the Byzantines which will end with the conquest of Constantinople( Istanbul )

ط The Jews will gather again to live in Bilad Canaan; (بلاد كنعان)

ط Very tall buildings will be built; (أبراج منتشرة في جميع أنحاء العالم)

ط The disappearance of knowledge(زوال العلم) and the appearance of ignorance, (ظهور الجهل)with much killing;

ط Adultery(الزنا) will become widespread, and the drinking of wine will become common;

ط The number of men will decrease and the number of women will increase until there are 50 women to be looked after by one man.

ط Islam will become worn out (بالية و رثة)like clothes are, until no one will know what fasting, prayer, charity and rituals (شعائر)are;

ط Allah will send a disease to fornicators (الزانى)that will have no cure (Aids?);

ط People will begin to believe in the stars and reject AL QADAR (THE DIVINE DECREE OF DESTINYالقضاء و القدر);

ط Men will pass by people's graves and say: 'Would that I was in his place'; (large amount of suicidal deathsوفيات انتحارية?)

ط The Euphrates will uncover a mountain of gold for which people will fight over (the river of Alfurat that lies near Syria );

ط Two large groups of people will fight one another, and there will be many casualties; they will both be following the same religion (World War III?);

ط Approximately 30 DAJJALSدجّالون will appear, each one claiming to be the messenger of ALLAH;

ط Earthquakes زلازل will increase;

ط Time will pass quickly;

ط Afflictions أمراض و بلاويwill appear;

ط Killing will increase;

ط Wealth will increase;

ط Women will be wearing clothes but not wearing clothes التعري كما نراه

ط THE PROPHET (s.a.w.) SAID: 'IF MY UMMAH BEARS 15! TRAITS سمات/صفات (QUALITIES), TRIBULATION محنة WILL FOLLOW IT.' (DAY OF JUDGEMENT) SOMEONE ASKED,'WHAT IS THEY O MESSENGER OF ALLAH?' HE (s.a.w) SAID:

ط When any gain is shared out only among the rich, with no benefit to the poor;

ط When a trust (أمانة)becomes a means of making profit ;

ط When paying ZAKKAT becomes a burden;

ط When voices (رفع أصوات كما نشاهده الآن)are raised in the mosque;

ط When the leader of a people is the worst of them;

ط When people treat a man with respect because what he may do;

ط When much wine is drunk; red wind or the earth swallow them, or to be transformed into animals.'

ط THE GREATER SIGNS علامات كبرىOF THE HOUR The Quran will disappear in one night, even from the people's hearts, and no Ayyah will be left on earth. (Some groups of old people will be left who will say: 'We heard of fathers' saying 'LAILLAHA ILLA ALLAH' so we repeat it)

ط The appearance of the MAHDI;

Ø The appearance of the DAJJAL (Anti Christ);

Ø The appearance of Ya'juj and Ma'juj (biblical Gog and Magog);

Ø Isa (Jesus) will come during the time of Dajjal;

Ø The rising of the Sun from the west;

Ø The destruction of the Ka'ba and the recovery of its treasures;

Ø The smoke.

*
*
*
*
*
*
*

"Moga kita di antara orang-orang yang beriman..."

Photobucket

Monday, October 12, 2009

ANAKKU SEDANG BELAJAR

3 comments:



Suatu hari di bilik Nurin.
Nurin memang gemar ajak kawan-kawan (anak-anak jiran) masuk bilik and lepak dgn semua mainan mereka. Abis katil 2 tingkat tu dikerjakan oleh mereka bertiga. Syuhada tak masuk team sebab kakak-kakak kurang layan dia (hi hi hi).
Kebetulan saya baru belikan Nurin & Syuhada macam-macam jenis mainan. Ayah ibu sedang mood baik, ambik je la apa yg korang teringin kat mall tu.
Mereka bertiga di atas katil tu main masak-masak. "Awak jadi kakak, awak jadi mak, saya jadik adik" antara dialog mereka yang saya dengar. Ada juga mereka bersama mengira 1 - 10. Dok sebut hurup A, B, C,... Mereka bertiga sebaya.
Mereka bermain dan belajar.

*
*
*

Saya lebih suka Nurin main di dalam rumah, berbanding dengan saya biarkan dia dua beradik kat luar rumah, ntah pe pe yg dimainkan. Saya juga izinkan dia bawa masuk kawan-kawan, but, ada limit beberapa org je la. Penuh karang bilik tu, lain pula jadik nya. Everything still under pengawasan saya dan ayah nyer sepenuh masa.

Saya ni cepat naik angin sebenarnya. Dialog di bawah adalah biasa dikeluarkan oleh saya :-

1 -- "Alamak, kenapa usik barang ibu?!!"

2 -- "Ya Allah, bersepah la rumah ibu macam ni!!!"

3 -- "Kenapa boleh pecah / koyak?!!"

Itulah rungutan saya selalunya. Normal la tu sebab saya ni adalah full time working mom. Bila balik rumah, fikiran berserabut dan penat, macam-macam bleh jadi. Maklumlah, Nurin & Syuhada amat aktif, sentiasa lasak, sentiasa bercakap brot bret brot bret, so, tahap kesabaran saya yang tinggi di selalu saje diuji. But, slowly saya perbaiki diri dgn beri mereka sedikit peluang untuk bebas. Sampai time --> KEMAS!

Kerana, setiap yg mereka buat semasa bermain adalah pelajaran. Saya belikan apa saje yang berunsurkan pendidikan untuk mereka. Agar mereka rasa gembira di rumah. Semua ada. Semua dapat! Mereka suka nak eksperimen itu dan ini. Aduhai, anak-anakku. Kalau tak menconteng, koyak, memang la tak sah. Daripada pembacaan saya, ini adalah perkara yang positif untuk anak-anak di bawah umur 5 tahun. Selepas umur mereka meningkat, barulah kita slowly didik mereka ke arah yang lebih baik.

*
*
*

Anak-anak dara saya lebih banyak bersama babysitter di siang hari berbanding bersama saya dan ayah mereka. Last night, on the way back dari rumah abang ipar di Klang, di dalam kereta, inilah conversation antara saya dan Syuhada :-

"Ain Adah, esok ibu ayah keje. Adik dok umah mama (babysitter) ye."
"Tak nak la. Adah nak dok umah ibu..."
"Tak boleh, sebab sape nak jaga adik?"
"Alaaa..." sambil muncung sikit. Saya pun gomol pipi dia.

Sedih. Sebab da puas bersama-sama kami sepanjang weekend, kini berpisah kejap di siang hari. Maka, bila berseorangan, saya sedar. Masa kami yang sedikit bersama harus dimanfaatkan. Segala jenis pendidikan tak formal harus diterapkan. Kerana, tak semestinya perlu belajar dari buku-buku, kan?

Sabar adalah satu kunci ke arah kejayaan seorang ibu dan ayah. Kerana, berapa banyak sekalipun yang mereka belajar di sekolah, pelajaran di rumah juga jadi asas untuk segala-galanya.


Photobucket

TADIKA SAYA - koleksi ilmu terbaru

2 comments:
TADIKA SAYA
Inilah tajuk utama buku-buku terbaru Nurin.
Satu set hanya RM12-50 saje.

Gambar 1 : Cerita yang diikuti dengan gambarajah yang amat besar & warna-warni. Menarik!
Gambar 2 : Jangan tak tahu, cerita in Malay languange and English! Maka, untuk para ibubapa yang kurang fluent English, boleh baca kepada anak dan belajar sekali!
Gambar 3 : Lepas setiap cerita, ada latihan untuk menguji minda anak-anak.


Satu set ada 5 buah buku dengan pelbagai cerita-ceriti kanak-kanak.
Free satu beg!

Da lama saya tak update dengan perkembangan pembelajaran Nurin. Maklumlah, dari bulan Ramadhan, masa amat mencemburui saya. Kini, Syawal menjelma, meskipun hampir berakhir, semarak Aidilfitri masih membara. Jemputan rumah terbuka masih ada. Tiada slot yang dpt saya manfaatkan untuk Nurin.

Maafkan ibu ye Nurin...

Namun... Jangan tak tahu... Saya masih lagi mengamal style mengajar di dalam kereta. Itulah satu-satunya waktu yang saya rasa, saya bersama-sama anak-anak secara privasi.

Malam ni classroom buka semula. Exam akhir tahun pun da dekat. Baju konvokesyen Nurin da pun saya beli dari tadika. If sebelum ni Nurin nombor 2, kali ni nak la dia nombor 1.

Photobucket

Wednesday, October 07, 2009

DOK BERBORAK DARI TADI

1 comment:
Aparah aku nih?! Esok ada bicara kat Seremban. Fail tak susun lagik. Q&A tak siap lagik. Da kul 4:30 ni hah!!! hi hi hi... dari pagi tadik dok berborak dgn 2 long lost friends kat FB. Friends zaman sekolah rendah!!! OMG! How amazing FB nih...

*
*
*

Few minutes ago, lawyer Seremban, yang esok nak lawan kes aku tu call. Normal la. Nak kita agree on this and that. Excuse me la Datuk ( ada ke patut dia sendiri suruh aku panggil Datuk instead of Mr !!!), be professional. The matter has been postponed 5-6 times. Lagi mau itu ini. Aku pepagi nak naik Seremban. Then balik tghari dlm keadaan ngantuk kat highway tu. Penat ler!

*
*
*

Tak sempat nak jalan-jalan ke MBP or blog kawan2 ari ni dan semalam. Tersidai kat FB... But, do not worry, I'll qada' jalan-jalan ke blog kawan2 on Friday. Janji!


Photobucket