Jun 29, 2009

TRANSFORMERS 2 : revenge of the fallen

8 comments:
venue : MBO, melaka mall
date : 27 june 2009
time : 9-11:30 p.m.

kami, 4 beranak.... tonton TRANSFORMERS 2...

---> memang best... memang berbaloi 2 1/2 jam dok dalam panggung sambil memangku Syuhada hingga kaki pun sesemut... action tanpa henti. Tiada pause untuk beri kesempatan garu-garu kepala [or mana-mana area badan yg gatal]...

---> brape bintang ? bintang penuh untuk TRANFORMERS 2. memang best. rugi tak gi panggung. kat tv ? tak syiok, sound effect nyer tak ngancam!

---> sesuai untuk hiburan keluarga... panggung kami tu memang rata-rata bawa anak-anak.

ramai ! amat crowded MBO sepanjang hari. kami kluar jam 11:40 p.m. dari panggung. kat luar, fuiyoh! ramai yg dok tunggu nak masuk. nak snap photo pun takde ruang dan peluang...

Jun 27, 2009

MICHAEL JACKSON - LIFE AND TIMES

No comments:
hanya tinggal kenangan...

bukannya taksub, sekadar minat...
bukannya sedih, sekadar terkilan...
kenang beliau kerana jasa, muzik, sumbangan, tarian...
yang baik, kekalkan dalam ingatan...
yang sebaliknya, Allah lebih Mengetahui...

layarilah ---> sebagai kenangan...

Jun 26, 2009

GIGI SIHAT & CANTIK ...

No comments:
Memang diakui, melatih anak kita menggosok gigi pastinya sukar dilakukan. Ada yang nak muntah la, sakit gigi la, tu la, ni la...

Namun, biarpun baru 2 batang gigi anak kita yang baru tumbuh, penjagaan gigi perlu dilakukan selalu. Gigi yang bersih dan sihat menambahkan kecantikan paras rupa dan keyakinan diri kanak-kanak. Malah ia juga membantu kanak-kanak bercakap dengan jelas.

Penggunaan berus gigi yang sesuai untuk kanak-kanak juga penting, iaitu saiz yang sesuai dengan mulut, bulu berus gigi yang lembut dan pemegang berus yang selesa. Kemudian, gunakan sepalit atau sedikit ubat gigi berfluorida apabila kanak-kanak sudah biasa memberus gigi.

Masalah pergigian kanak-kanak semasa pertumbuhan gigi susu, mungkin mengalami keradangan gusi, demam, air liur meleleh atau rasa tidak selesa, seperti :

KEGATALAN GUSI : berikan teether atau tuala sejuk untuk memberi rasa keselesaan pada anak anda.

DEMAM : berikan ubat tahan sakit @ ubat demam untuk melegakan anak anda.

GUSI SAKIT : gusi akan kemerah-merahan.


SELERA MAKAN KURANG : pastikan anak anda masih menyusu atau minum air.

KARIES BOTOL SUSU

Ini biasanya dapat dilihat pada gigi kanak-kanak di bawah usia 6 tahun. Gigi yang biasa terlibat adalah gigi di baris hadapan. Gigi yang rosak menjadi mudah rept dan bertukar menjadi warna kehitaman. Keadaan ini ada kaitan dengan situasi kanak-kanak itu menghisap botol susu dalam tempoh masa yang panjang. Maka, setiap kali anak kita sudah pun minum susu, berikan air masak.











BAGAIMANA KARIES BOTOL SUSU BOLEH DIELAKKAN ?

Jangan biarkan kanak-kanak tidur dengan botol susu di mulut.

Jangan salutkan puting dengan gula atau manisan.

Jangan campurkan gula ke dalam susu kanak-kanak atau memberikan minuman manis di dalam botol susu nya.

Hentikan pemberian minuman dalam botol susu apabila umur kanak-kanak meningkat 1 tahun.

MENGATASI MASALAH KANAK-KANAK AUTISME

2 comments:
APAKAH AUTISME ?

Ia merupakan keadaan yang melibatkan kecelaruan (disorder) tingkah laku kanak-kanak. Kerumitan ini biasa mula dapat dikesan apabila kanak-kanak mencecah umur 3 tahun. Antara ciri utama autisme ialah kanak-kanak tersebut agak lewat menguasai kemampuan bertutur.

Kanak-kanak yang mempunyai masalah autisme biasanya tidak menunjukkan minat untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka. Kumpulan kanak-kanak yang menghidap masalah ini biasanya mempunyai interaksi sosial yang terbatas. Mereka juga mempunyai masalah dalam komunikasi lisan dan juga bukan lisan.

Pakar perubatan kanak-kanak menganggarkan bahawa terdapat antara 3 hingga 6 orang kanak-kanak akan mengalami autisme bagi setiap 1000 kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki pula adalah empat kali ganda berisiko menghidapnya berbanding kanak-kanak perempuan.

KOMPUTER DAN KANAK-KANAK AUTISME.

Para pakar dalam bidang sains komputer dan teknolog maklumat telah menghasilkan perkakasan dan perisian terkini. Mereka mendapati bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan bahawa mereka lebih tertarik dengan kaedah pemulihan dengan interaksi berkomputer berbanding kaedah rawatan tradisional (tanpa komputer). Kumpulan kanak-kanak ini lebih responsif, peka dan bermotivasi sepanjang sessi terapi. Hal yang lebih menggembirakan adalah mereka mampu menguasai lebih banyak kosa kata. Kanak-kanak autisme juga mengalami ketidakupayaan dalam membuat pilihan atau membuat keutamaan. Dengan perisian komputer, kanak-kanak autisme diajar membuat perbandngan dari segi persepsi terhadap sifat objek seperti berat atau ringan, perlahan atau laju dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, kebanyakan perisian komputer yang dihasilkan memfokus kepada usaha untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak autisme untuk belajar menghasilkan perlakuan yang betul. Mereka juga dididik agar memahami konsep-konsep asas tertentu.

Matlamat utama adalah untuk menjana keupayaan bertutur dalam kalangan kanak-kanak autisme tersebut.

Maka, kiranya anak anda tidak berupaya untuk bertutur sehingga mencapai umur 3 tahun, jangan berlengah untuk mencari penyelesaian mengatasi masalah tersebut. Dalam masa yang sama, tidak perlu risau atau gentar. Usaha dan percaya bahawa anak anda normal dan keupayaan bertutur akan terserlah.

Jun 24, 2009

MAIN BOWLING - ILP LEDANG

2 comments:
Semalam, sekitar jam 8:30 - 10:30 malam telah diadakan friendly competition - bowling antara staff ILP Ledang di Mahkota Parade, Melaka. Kami sekeluarga pun tak nak ketinggalan. Meskipun, saya tak reti main bowling... he he he...

On the way dari parking lot nak masuk ke Mahkota Parade, sempat snap gambo anak-anak exactly depan McD Dataran Pahlawan.

Antara gambo yang sempat saya snap. Tak banyak... Sebab Syuhada dok atas pangku...

Anak-anak saya buat saya agak kelam-kabut sikit bila game ayah mereka da masuk 2nd round. Agaknya, enjin mereka da panas dan mereka nak main. Start jadi naughty! Tadi, malu-malu. Mereka dok menyusun bola bowling tu. Agak segan sikit la dengan member-member hubby. But, nasib baik semua nyer sporting & memahami...

Best sesekali ada aktiviti camni. Memang seronok. Jangan tak tau, tak lama lagi, kat MITC akan ada satu pusat bowling besar. Tempatnya di belakang Restoran Subaidah dan juga di belakang building EPF. Hmmm... bertambah meriah la. Dekat sikit dengan rumah saya... he he he...

ANAKKU PEMALU...

No comments:

Perasaan malu sememangnya menyukarkan ibu bapa dan anak. Bagaimanapun, kita perlu sedar bahawa naluri sesetengah kanak-kanak memang senyap serta tidak seaktif kanak-kanak lain.

Perasaan malu yang keterlaluan pasti menimbulkan masalah apabila bergaul dengan rakan di sekolah. Justeru itu, berikut adalah di antara cadangan @ cara bantu anak menghindari rasa malu nya itu...

  1. JANGAN sesekali memberitahu orang lain yang anak anda itu seorang yang pemalu. Lebih-lebih lagi menggelar anak anda itu di hadapan orang lain dengan apa-apa gelaran kerana dia seorang yang pemalu, JANGAN! Ini tidak akan memperbaiki keadaan. Hanya akan membuatkan anak anda itu bersedih pula.
  2. Berikan peluang kepada anak anda itu untuk merasai interaksi sosial secara semlajadi. Contoh : galakkan anak anda untuk menjemput kawan-kawannya ke rumah atau galakkan dia menghadiri @ terlibat dengan perjumpaan di luar. Anak anda akan selesa untuk membina harga diri dan kemahiran bersosial sebelum membawa mereka ke tempat yang lebih sesak.
  3. Ibu bapa perlu memberi contoh dengan bersosial dan menjaga perlakuan diri di luar. Biasakan membawa mereka apabila anda menghadiri apa-apa bentuk keramaian. Biarkan mereka bermain bersama-sama kanak-kanak yang lain.
  4. Galakkan anak mencuba aktiviti baru. Melalui dorongan, anak anda akan berasa selamat dan selesa untuk melakukan apa yang ditakutinya sebelum ini.
  5. Kongsi pengalaman dengan anak anda. Kita pernah melalui peringkat umur dan tumbesaran sepertinya dan memahami perasaan malu, gelisah dan takutnya. Dedahkan kepadanya bahawa perasaan malu bukanlah sesuatu yang cacat dan tiada apa yang patut dimalukan.
  6. Permudahkan sesuatu perkara itu dengan memberikan penerangan yang jelas kepada mereka. Perasaan malu itu bukanlah satu masalah besar. Bersosial itu penting untuk dirinya.
Jika perasaan malu berlarutan dan menjadi sukar dikawal, mungkin tiba masanya mendapatkan bantuan professional.

-Petikan dari akhbar Bacaria, 1.11.2008-

Jun 22, 2009

AHAD... KE JOHOR BAHRU...

4 comments:
10 pagi kami da keluar rumah. Terus ke highway PLUS. Da janji dgn abang ipar berjumpa di tol Skudai. Kami stop b'fast di R&R Pagoh... Dari R&R ke tol Skudai Syuhada tidur. But, Nurin maintain cergas, bercakap je sepanjang jalan. Tiba di tol Skudai, sementara tunggu abang ipar tiba, saya on set untuk sessi photography... he he he...

Pura-pura tidur la konon ...

Hai ibu ... melemparkan senyuman utk gambo kenangan ...

Terjaga dari lena sebab kakak & ibu bising !

Bengang dengan ibu yg sibuk nak amik gambo dia...
Kaki Syuhada time ni tgh menendang saya dgn ganas nyer !


Da jaga ...

Kakak sempat lagi posing ...



Gerimis di JB. Dalam kul 5.00 ptg kami da pun dlm perjalanan balik Melaka. Nurin pula tewas, belum keluar JB lagi, dia da tidur... zzzzzzzzz ...


Syuhada ? Cergas kat seat belakang dgn saya. Hairan betul saya kenapa la dia tak tidur-tidur... Rupa-rupanya dia buat 'kek'!!! Adus, satu kereta busuk! Saya yang mengantuk ni pun tak senang nak melelapkan mata! Proses nyah bau saya lakukan kat R&R Pagoh.

Byk betul penjual buah - terutama durian ... Macam pasar malam!

Atas sebab-sebab tertentu, terpaksa saya mandi kan Syuhada sekali lagi. Sebagai denda - ibu pakaikan baju awak dlm boot kereta!

Aksi seksi Syuhada di boot kereta ...

SABTU YANG TERCATIT DALAM SEJARAH

6 comments:
Plan asal saya & hubby nak ronda jelajah Banda Hilir, Melaka Sabtu lepas tak menjadi. Pepagi Sabtu tu da pun dpt call from my mom-in-law informing us that mak sedara hubby di JB buat kenduri kawin anakanda nyer.

Timbul idea bernas dari hubby : "Jom tengok wayang, nak ?"
Saya yang confused : "Bawak anak ker ?"

Setelah ada sedikit diskusi ringkas, lepas b'fast pagi tu, terus la kami gi beli tiket wayang kat MBO, Melaka Mall - Night at the Museum 2... he he he... excited nyer! Saya & hubby memang 'kaki wayang'. Dari berkawan, bercinta ke la saya pregnant kat Nurin. Lepas tu, takde dah tgk wayang bersama. Ni first time kami nak bawa anak-anak... Camner yek ? Ok ke anak-anak kami dalam panggung yg gelap tu nanti ?

Maka, pagi Sabtu tu, kami start la dgn proses kemas-mengemas. Hubby concentrate dgn kereta-kereta di laman depan. Dan saya dok memasak & mendobi baju... Serta sempat juga menanam pokok cili padi & daun kunyit. Da lama abah saya beri. Tiada masa nak alih ke pasu... Akhir nyer...





Pokok cili padi & daun kunyit...
Moga menjadik la ye...






Kaktus kesayangan...
Pemberian emak & abah sewaktu mereka ke Cameron Highlands pada tahun 2007 lepas.
Dah hampir 2 thn, but, kenit gak lagi...




Kul 9.00 malam kami pun bertolak ke MBO. 5 minit jek dari rumah. Nurin amat excited nak tgk wayang. Meskipun dia sebenarnya tak tau apa ke benda nyer tu. Syuhada ? Dia ikut jek tanpa sebarang bantahan...



Nurin memang best, dia enjoy betul dlm panggung tu dan abis kan popcorn. Busy cakap : Tak nampak ibu ayah la... Gelap la... Itu la... Ini la... Sehingga kami terpaksa suruh dia senyap. Takut lak org marah!

Syuhada ? Agak kelam-kabut saya pegang dia. Popcorn nyer terjatuh, abis bersepah kat bawah seat. Kaki nyer tersepak, gelap kan dlm tu. Then, rasa-rasa nyer, after 20 minit, Syuhada tidur... zzzzzzz...

Tercatit lagi satu sejarah dlm diari saya. Tgk wayang bersama. Ini permulaan kepada aktiviti baru kami - TENGOK WAYANG. Baru la bermakna sikit panggung wayang kat depan rumah tu he he he...

Jun 19, 2009

SYUHADA BECOK BERCAKAP ...

7 comments:


Gambo Syuhada ni saya snap pepagi tadi. Waktu tu saya tgh busy bubuh make-up, nak bersiap gi keje.

Seperti biasa, kul 7:30 pagi saya dah kejutkan Nurin untuk mandi. Sedang siapkan Nurin pakai baju sekolah, Syuhada pun terjaga dari lenanya... Mana tak terjaga, saya & Nurin dok bergelak ketawa.

Lepas tu, Nurin tonton tv - Pink Panther. Syuhada dok ler tepi dressing table saya. Syuhada lom ada minat tonton tv pagi-pagi [rambut Syuhada kembang dalam gambo di atas tu sebab semalam dia ikat tuncit dua]...

Sambil dia lepak & main-main kat meja kecik tu, mulut dia brot bret brot bret bercakap. Then, saya terusik dek satu conversation dia menggunakan stetoskop mainan nyer, konon-konon tgh telefon someone ...

"Alo, akum... Adah ni... Olin engok tb [Olin = Nurin]... Ayah gi eje dah... Ibu boh inyak [inyak = minyak, actually nyer cream UV]... Anti atang umah Adah ye... Engok tb umah Adah... Ita main inan [Kita main mainan]... ok... bye"

Terus saya cium and peluk dia erat...

Lepas ni memang sakan le saya melayan 2 dara bercakap. Akan meriah suasana...

Jun 16, 2009

BINGKAI GAMBAR ANAK-ANAK

9 comments:

Ini adalah hasil sulam reben [ribbon embroidery] buatan tgn saya sendiri... Wah! Puas hati... Terima kasih PnAnn, guru ku yang dihormati. Terima kasih juga buat rakan-rakan sekelas AON... Jasa kalian ku kenang...















Hasil saya di atas tu tidak brape halus & cantik. Skill pelajar ler katakan... Perjalanan masih jauh untuk menjadi mahir tip-top... Di atas tu actually adalah teknik advanced. Berjaya juga saya selesaikan...

Memang 'tidak senang' melakukannya. Perlukan seribu kesabaran & ketenangan jiwa. Bila da start pegang jarum dan mencucuk ke kain, keasyikkan tu akan datang... dan datang... dan datang... Hingga terabai yang lain... he he he... gurau jek!

Akan dihantar kedai dalam masa yang terdekat ni untuk dibingkaikan. Hajat di hati nak gantung dlm bilik anak-anak.