Wednesday, May 30, 2012

ANAK CUTI... IBU CUTI ?

3 comments:
mesti la...
ibu pun nak rest kat fizikal & mental juga.

cuti rehat tahunan pun byk lagi, nape nak bazir?
apply cuti 1 minggu = 5 hari !
ada lagi baki 20 hari :)
today hari ke-3 cuti-cuti dok rumah dgn anak-anak...

matlamat utama cuti-cuti ni ialah :




  1. al-maklum la, time nak bersalin da dekat... pastu, da nak puasa & sambut raya pulak tu. ada le beberapa benda kat rumah ni yg nak kena urus... kena ubah... kena sisih... kena lap... dan sebagainya. ruang untuk baby pun da nak kena siapkan... 
  2. semestinya, cuti ni nak complete kan barang-barang keperluan baby dan time berpantang nanti. pack beg ke hospital sekali. alhamdullillah, da nak complete. tinggal skit-skit lagi...
  3. lastly, nak duduk dgn nurin dan ulangkaji pelajaran sekolah. sebab da dpt tgk skit-skit kertas exam dia, da tau tang mana keperluan nya. tau la ibu tang mana ibu nak concentrate... terutama english. tu yg nak ibu concentrate... subjek lain pun yes, but more to english...
sedang ibu menaip post ni, dua dara tu sedang main kat ruang tamu. pagi tadi da ada sessi belajar. then sessi makan... then, da bagi sessi main game komputer sekejap (less than an hour)... so, main la plak kat depan tv. permainan terbaru mereka ialah ~ "adik mengandung.... kakak beranak.... ni baby boy adik..... ni baby girl kakak....." alamak??! da main mengandung-mengandung plak ke? aduuuuhai anak...

aktiviti ibu lepas ni ~ solat zuhur, gosok baju-baju utk keje next week :)

till then... bye...


Photobucket

Thursday, May 24, 2012

SOLAT-SOLAT SUNAT UTK AMALAN

6 comments:

suka nak share.
skang time yg amat cantik utk kita tingkatkan amal ibadat.
moga skit info yg aida share ni beri manfaat kpd kita semua.
peringatan... mewujudkan keinsafan...



Solat Tahajjud:

Solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, sedikit 2 rakaatnya, 4 rakaat 6 rakaat sehingga 8 rakaat banyaknya. Selepas 2 rakaat beri salam. Waktu dikerjakan Solat sunat Tahajjud ini sesudah waktu isyak sampai terbit fajar. Tetapi dengan syarat barangsiapa yang ingin melakukannya perlulah tidur dahulu. Walaupun tidurnya itu sebentar sahaja. Bangun daripada tidur itu barulah boleh melakukannya.

Jika kita bangun hendak pergi kerja dalam pukul 5.00 pagi bolehlah kita melakukan Solat Sunat Tahajjud itu. Sekejap sahaja. Lakukan sebelum masukknya waktu Subuh.

Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“Sebaik-baik sembahyang selepas sembahyang fardu ialah sembahyang sunat malam.” (riwayat Muslim)
Terlalu banyak fadilat dan kelebihan sembahyang tahajud. Ini kerana tahajud merupakan suatu amalan yang sukar dilakukan. Walaupun bilangan rakaatnya (paling kurang) hany dua sahaja tetapi tidak semua orang mampu melakukan. Apatah lagi waktunya adalah pada waktu malam dan selepas tidur. oleh itu Allah dan RasulNya menjanjikan ganjaran yang besar terhadap mereka yang sanggup melepaskan selimutnya semata-mata untuk mengerjakan tahajjud. 

Niat 

Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar. 

” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala"

Bacaan ketika solat sunat tahajjud

1. Pada rakaat pertama baca Surah Fatihah dan Surah Al-Kafirun atau Surah Al-Baqarah: ayat 284-286. Surah-surah lain yang anda tahu kerana iainya tidak ditetapkan. 

2. Pada rakaat kedua selepas Surah Fatihah bacalah Surah Al-Ikhlas atau Surah Ali-Imran :ayat 18,19,26,27.

Selepas selesai solat bacalah doa yang khusus jika kita tidak tahu kita bacalah apa2 sahaja doa yang kita tahu atau mintalah apa sahaja hajat atau permintaan dalam bahasa kita sendiri.

3. Selepas solat dan memberi salam. Baca doa ini jika dapat. Atau doa sendiri minta keampunan dan hidayatnya.

4. Istighfar sekurangnya 10x atau lebih.

5. Baca Penghulu Istighfar jika dapat.

Sementara tunggu subuh bolehlah zikir. Dan jika mahu tidur balik bacalah ayat-ayat berikut:

1. Ayat Qursi.

2. Surah Al-Ikhlas.

3. Surah Al-Falaq.

4. Surah An-Nas.

Fadillat atau faedah mengamalkannya:

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT.

2. Orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yang berzikir.

3. Orang yg mengerjakannya akan diberi ganjaran syurga InsyaAllah.

4. Solat ini juga sebagai penebus kejahatan (dosa2) yang lalu.

5. Ianya juga dapat menghindarkan dari penyakit.









Solat Sunat Taubat :

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya:

Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

1. Ikhlas ingin bertaubat 
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi 
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan 
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya 
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu melaksanakan taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Lafaz niat

Usalli sunnatal Taubati rak'ataini lillahi ta'ala.

Ertinya: "Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Ta'ala."
Cara melaksanakan solat taubat :

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
a. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrimutk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail

b. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran atau Ayat Kursi (11 kali).

c. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

d. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),



Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

e. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,


Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.


f.dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,


Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”






Solat Sunat Hajat : 

Solat yang dilakukan untuk meminta sesuatu hajat yang besar mahupun hajat yang kecil, untuk dicapai, solat sunat hajat dilakukan pada malam hari iaitu 2/3 malam terakhir. Solat sunat ini dilakukan dalam 2 rakaat. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan besertakan dengan niat hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi agar permintaan mudah di makburkan.

PANDUAN SOLAT HAJAT

Mandi terlebih dahulu dan mengambil wuduk. Pakaian yang bersih, yang afdal berwarna putih.

Lafaz Niat:
أصَلِّي سُنَّةَ الحَاجَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

“Ushollii sunnatal haajati rok’ataini lil laahi ta’aalaa” 

Ertinya:

“Sahaja aku solat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”


Dibuat sebanyak 2 rakaat. Rakaat Pertama dibaca surah Al-Fatihah sekali dan Surah Al-Kafirun 10 kali. Rakaat Kedua dibaca surah Al-Fatihah sekali dan surah Al-Ikhlas 10 kali.

Apabila selepas memberi salam, hendaklah sujud dan membaca selawat keatas Nabi sebanyak 10 kali:

"Allaahumma sholli ‘alaa habiibika sayyidinaa Muhammadin wa aalihi wa shohbihi wa sallim".

Kemudian membaca Tasbih 10 kali: 

"Subhaanallah walhamdu lil-laah wa laa ilaaha illallaah wal llaahu akbar. wa laa haula wa laa quwwatta illaa bil laahil ‘aliyyil ‘azhiim."

Kemudian Doa ini 10 kali: 

"Robbanaa aatinaa fid dunyaa hasanah, wafil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘adzaaban naar."

Kemudian mohonlah segala hajat semasa waktu dalam keadaan sujud.




Photobucket

Wednesday, May 23, 2012

AL-FATIHAH | norma telah pergi bertemu Allah

5 comments:
since last year saya menjadi silent reader blog moon.
mengikuti perkembangan norma, talib & rafiq.
pagi ini, jam 1 pagi... norma telah pergi menyambut seruan Ilahi...

al-fatihah...

moga talib, moon dan keluarga semua tabah menerima ketentuan Allah ini.

hargai setiap detik kehidupan kita.
seimbang duniawi dan akhirat kerana dunia ini hanya pinjaman dari Allah semata-mata.
redha dengan ketentuan Allah kerana segala-gala yang kita ada hari ini adalah milik Allah.
layarilah kehidupan dgn rasa keinsafan setiap masa.
kerana, pada bila-bila masa saje roh boleh berpisah daripada jasad...

Photobucket

Tuesday, May 22, 2012

MOOD YG BAIK DI PAGI YG MULIA | moga jadi satu titik permulaan yg sempurna

12 comments:
rugi nya rasa ari ni tak dpt puasa :( rugi! considering keadaan diri yg da tak larat walaupun kerap makan. cuaca yg amat panas! minum berbotol-botol air. ari ni usia baby dlm janin da pun 30 minggu 2 hari :) baby dlm perut yg sgt aktif, alhamdullillah... time baby bergerak tu, hmmmm memang terkujat kita dibuatnya! bukan setakat menendang, saya rasa seolah-olah dia berguling-guling :) hi hi hi... sayang adik baby...

bukan alasan tak nak berpuasa ari ni, tapi mr.husben pun tak menggalakkan. dia lebih tahu keadaan saya. meskipun hati ni nak sgt berpuasa ~ nak qada' puasa tahun lepas la ni. sambil tu, moga Allah berilah ganjaran pahala berpuasa di bulan Rejab, kan... namun, percaya bahawa diri ini tak boleh tahan, masih lemah, perlu makan... saya tidak berpuasa. Weeekend nanti, insya'Allah. dok rehat di rumah ok kot. tak le terasa lemah sgt agaknya :)
ni saya share skit info tentang fadhilat berpuasa di bulan Rejab yg saya copy paste dari FB saya :-

Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan di beri minum air dari syurga." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)." 
Berkata Saidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 13 hari itu seperti berpuasa 3000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal (baki) dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat." 
Nabi s.a.w bersabda; "Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya, seperti berpuasa sebulan pahalanya." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab, dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar dalam syurga Firdaus." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga), seperti dia berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran di naikkan ke langit), 70 hajat ketika di timbang amalannya di Mizan, 70 hajat ketika berlalu di atas titian Siratul-Mustaqim."
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat di atas titian Sirotulmustaqim pada hari Kiamat." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah." 
Berkata Saiyidina Ali r.a.; "Berpuasa Rejab 15 hari itu seperti berpuasa 100 000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 16 hari pada bulan rejab, akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 19 hari pada bulan Rejab, akan dibinakan baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripada umurnya (pembaharuan umur)." 
Berkata Syaidina Ali r.a.; "Puasa Rejab 14 hari itu seperti berpuasa 10 000 tahun." 
Nabi s.a.w. bersabda; "Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari memasuki syurga."

sekadar menjadi penggalak dalam diri bagi mencapai ganjaran yang Allah sediakan.


just nak tayang barang-barang yang telah dibeli khas utk adik baby. semua ni letak kat ruang tamu je ni. beli... letak... beli... letak... lom buka tag harga lagi. baju-baju baby pun baru mlm tadi cuci. sekarang ni tgh bersidai la kat ampai, cute! slowly da kena ready. mana la tau masuk 36 minggu je terus bersalin. da ready, tak le kelam kelibut but but :)


Photobucket

Monday, May 21, 2012

1 REJAB 1433 | bulan taubat |

3 comments:
alhamdullillah. malam ini adalah malam 1 Rejab.


Imam Syafii rahimahullah berkata, "ada 5 malam dalam setahun, Allah bukakan pintu langit. salah satunya adalah malam 1 Rejab". bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istigfar... Jadi, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, makbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Mohon ampun daripada Allah, banyakkan istigfar...

sabda Nabi Muhammad s.a.w., "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulan ku dan bulan Ramadhan bulan umatku." kemuliaan bulan Rejab dengan malam isra' mi'raj, bulan Sya'ban dengan malam nisfunya dan bulan Ramadhan dengan malam lailatul qadarnya.

saya suka la nak share satu perkara. perkara ni saya dengar kat tv last year before 1 Ramadhan. tak ingat program apa dan ustaz nya apa. but ia nya terpahat kuat kat fikiran saya. gini la lebih kurang :-

bulan Rejab menabur benih. di bulan Sya'ban pula kita menyiran tanaman. bila Ramadhan menjelma, kita menuai. bulan Rejab mensucikan badan. bulan Sya'ban mensucikan hati. bulan Ramadhan kita mensucikan roh. bulan Rejab bulan taubat. bulan Sya'ban bulan muhibbah. bulan Ramadhan dilimpahi pahala amalan... insya'Allah...

antara amalan utk mempertingkatkan keimanan kita adalah :-
berpuasa
berdoa
solat jemaah
solat sunat
berselawat
bersedekah
beristigfar
membaca al-Quran
berzikir
dalam kita Raudhoh Nawawi ada menyebut, "Malam awal Rejab mustajab doanya."

insya'Allah...


Photobucket

BOY KAH ? GIRL LAGI KOT ?

6 comments:

 preparation ?
ibu baru di tahap 40%.
da masuk 30 minggu da ari ni.
alhamdullillah...
lom scan lagi anak ibu ni. insya'Allah next week nak ajak ayah gi klinik scan adik baby ye...
boy kah ?
girl kah ?
ibu redha dgn ketentuan Allah sayang...
yg penting, adik baby lahir sihat, sempurna, berakal dan comel :)
tambah seri idup ibu & ayah...


dipamerkan checklist utk ibu berpantang bersama adik baby...
ni ikut keperluan peribadi.
yg bertanda menunjukkan da beli & da buat seperti yang dirancang :)


BELI BARANG KEPERLUAN IBU :-
jamu selapan mustika ratu – 1 set
jamu tea mustika ratu – 1 kotak je
koyok tampal tapak kaki – utk 50 hari (100 pcs)
kotex maternity loop – 2 pek
breast pad
losyen mustajab pati halia – 1 tube ~ nak langsing mcm nora danish!!!
 safi rania gold ~ beli stok utk toner (2 botol)  & serum (1 botol)...
BRANDS innershine pati prune – 2 kotak besar ~ nak berseri mcm maya karin ...


BELI BARANG KEPERLUAN ADIK BABY :-
drypers – newborn – 2 pek besar
selimut – 1 helai ~ selimut lama kakak syuhada ada 1 helai, boleh guna lagi :)
tuala - 2 helai
hooded towel - 1
sapu tangan - 6 helai
set baju tido newborn – 2 pasang lengan pendek & 2 pasang lengan panjang
mitten - 2 sets
romper – 2 sets
tights – 3-6 helai
stokin
barut baby
botol susu kecil
wet tissue – 4 pek kecil
safety pin
baby cotton buds
set mandi baby - drypers head to toe (nak try produk baru ni hi hi)
puting
termos kecik
bag baby


LAIN-LAIN KEPERLUAN YG DIKELUARKAN DARI SIMPANAN :-
baby cot – suruh k na clear kan
baby bouncer – amik kat umah mak
tilam & bantal kekabu – cuci sarungnya
kotak baju (penutup hijau) – kuar kan brg kakak-kakak
bengkung mustika ratu – cuci & jahit (jika perlu)
set sauna – minta mak bwk balik kg & amik dari umah mak
playpen - amik dari umah mak
baju-baju baru baby cuci bersih
breast pump – cuci bersih


tu semua benda / perkara penting ibu perlu settle kan before 1.7.2012 ni. sebab bulan julai tu ibu da 36 minggu, insya'Allah... then, nak siapkan beg hospital lagi... mr.ayah pun da risau sebab brg tak kemas lagi.

ada juga beberapa yg ibu kena beli lagi spt :-
  1. stroller
  2. car seat
but ini boleh di beli after ibu da sihat nanti. as at now tak brape mendesak! boleh ditunda. ibu juga da kena start gosok semua baju baru kakak-kakak utk hari raya. alhamdullillah, blouse kakak-kakak sorang 3-4 helai da beli. baju kurung raya kakak-kakak setakat ni ibu da beli sepasang sorang. orait la tu.

huh! akan menjadi busy ibu ni... mr.ayah pun sama, kan?

esok 1 Rejab 1433. moga Allah panjangkan lagi umur kita utk terus beribadah kepadaNya. bagi yg nak mengganti puasa (mcm saya!!), boleh la amik peluang Rejab & Sya'ban ni. dpt puasa sunat sekali. and dpt la prektis kan diri sempena Ramadhan nanti.
Photobucket 

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.