Feb 29, 2012

MINGGU KE-6 DLM 2ND TRIMESTER

12 comments:
February 26th ,201218 weeks & 0 days.2nd trimester 154 days to go.18 weeks pregnant
February 27th ,201218 weeks & 1 days.2nd trimester 153 days to go.
February 28th ,201218 weeks & 2 days.2nd trimester 152 days to go.
February 29th ,201218 weeks & 3 days.2nd trimester151 days to go.
March 1st ,201218 weeks & 4 days.2nd trimester150 days to go.
March 2nd ,201218 weeks & 5 days.2nd trimester149 days to go.
March 3rd ,201218 weeks & 6 days.2nd trimester148 days to go.

"sayang anak ibu...
maaf ekk sebab ibu batuk-batuk teruk 1-2 minggu ni.
mlm memang ibu tak dpt tido!
pagi-pagi ibu kena bangun awal kejut kakak-kakak gi sekolah.
moga perkembangan anak ibu berlaku dgn baik.
dilindungi Allah 24 jam sehingga lahir ye
i love you!"


Thing to know ~ due date is an estimate, it is an average. In the reality :

  1. At the beginning of week 38, 2 out of 10 women already gave birth.
    2. At the beginning of week 39, 4 out of 10 women gave birth.
    At the beginning of week 40, the due date, 7 out of 10 women gave birth.
    At the beginning of week 41, after the due date, 9 out of 10 women gave birth.

    Babies delivered, relative to due date

Photobucket

MINAT BELAJAR MEMBARA-BARA !!!

6 comments:

sejak ada meja belajar baru, sampai je rumah tiap ptg syuhada mesti terus buat homework. kalau takde homework pun, dia mesti meluru masuk bilik and terus buat apa je yg patut kat meja belajar ni :)



tersusun rapi kat atas meja syuhada. colour pensil, sharpener, botol air, desk caddy... ada hari-hari tertentu, penuh dgn ntah apa-apa lagi. ibu membebel, baru la kurang penuh meja belajar ni...



ni meja kakak nurin. ada buku teks sekolah, buku iqra', cekak rambut nurin, purse duit nya yg mcm-mcm jenis, colour pencil, bakul barang yg isi ntah apa-apa.... hmmmm....



meja sebelah menyebelah... set meja ni RM89.90 satu, hadiah hari jadi buat dua dara ni dari atok hanafiah & wan rahmah ari tu. beli kat jusco :) nice. boleh lipat-lihat meja dan kerusi nya. and tak le makan space yang besar.



meja syuhada sebelah pintu kuar masuk. so normally tombol pintu tu jadi tempat syuhada gantung beg telekung dia... kat pintu tu nurin la tukang tampal tanda...



meja nurin pula kat bahagian dalam, sebelah sudut komputer and tv ni. komputer tu tempat diorang main game la. diorang da pandai on and off komputer tu... setakat ni rak buku anak-anak masih lagi 3 tingkat tu. da tak tersusun buku-buku kat situ :)



syuhada la yang paling kerap main game komputer ~ her feveret ialah jigsaw puzzle. ok la tu. bina minda :) celik komputer. komputer ni pun takde line internet yg diorang boleh suka hati ber internet. modem ibu pegang. oleh itu, takde la perasaan takut time diorang guna komputer...



syukur pada Allah, meja belajar ni amat berguna. mereka memang suka sgt la dok lepak bilik. tak kisah la diorang buat pe, sini la pot feveret diorang. kalau dulu, penuh la ruang tamu dgn harta karun diorang nak buat homework. tak selesa di mata ibu. tak selesa utk pembelajaran diorang, kan? so now, ibu happy, korang pun xcited nak belajar... alhamdullillah. tq to atok & wan :)


Photobucket

Feb 28, 2012

KALAU AJAR ANAK CARA FONIK, MEMANG BERBALOI ! TERBUKTI !

3 comments:
lama tak share perkembangan pelajaran nurin. after mendengar sesuatu yg menggembirakan semlm from my beloved husben pasal nurin, terus nak citer citer la ni hah. apa kah itu yg menggembirakan ? ia terpaksa di K.I.V kerana husben da janji dgn nurin not to tell anyone (including ibu!!!)... apa pun, ia berkaitan 'rakan masjid' di sekolah ...

now, memang saya ngaku tak dpt bersama anak-anak setiap mlm ~ belajar bersama. masa amat mencemburui saya! dgn keadaan kesihatan yg kurang mengizinkan, hmmmmm harap maklum saje la. penat! letih! ngantuk! just yg saya cuba sedaya upaya kuatkan tenaga zahir dan batin adalah ~ iqra' bersama mereka selepas maghrib. insya'Allah... ilmu dunia je mana bleh, akhirat mesti nak pupuk juga...

maka, pendekatan saya untuk nurin adalah ~ tgk dulu ada tak homework. then, after settle homework, saya akan buka setiap text book dia. tanya dia, da belajar sampai mana. ulangkaji text book dia. and dia pun happy la and sungguh xcited membaca text book nyer...



bahasa malaysia ~ nurin da perfect...
english ~ basic da perfect. just nak start da dengan word yg lebih mencabar...
matematik ~ ok good. pada saya lom perfect sebab jari jemari masih digunakan. termasuk la jari jemari kaki. i dunt like!!!
iqra' ~ ok good. lom perfect. tak lancar...
arabic ~ he he he ibu pun tak reti nak ajar la... K.I.V... setakat basic yg ibu tau je he he he...

as for english la kan, apa yg saya perhatikan... word baru, nurin boleh sebut (walaupun sometimes salah) guna pendekatan fonik. cara dia sebut pun saya tekankan cara fonik. contoh nya di antara perkataan 'sad' dan 'sat'... bunyi 'd' dan 't' tu beza! maksud pun beza! nurin dpt tangkap sebab da dia diajar membaca cara fonik. bak kata orang, kalkalah nyer lain he he he... then, bunyi 's' if perkataan tu singular or plural. tu pun penting... ada beza with / without 's'...

bila dia tahu menyebut ikut bunyi yg betul, mudah saya nak explain maksudnya. biar ia lekat kat fikiran dia. biar dia suka nak meneruskan pembacaan. biar dia minat... semua ni saya ulangkaji guna text book sekolah dia. so, saya rasa amat berbaloi masa yg telah saya korbankan untuk nurin sebelum ni since dia umur 3+ tahun. ia memberikan kesan yg amat bagus. memudahkan dia, memudahkan saya sekarang ini... alhamdulillah...



saya ni bukan la cikgu bertauliah. maka, cara saya tu ada yg kurang sesuai. but, tu la dia cara saya. dan nurin dpt follow dgn baik. as for syuhada, no problem. because everytime kakak belajar, dia memang ada depan kakak nyer... dia mendengar...


IKLANSmiley
MARI JOIN ADIKBIJAK
Smiley


Photobucket
Smileydaftar sini !


so, pada semua kengkawan ~ klik iklan di atas and start la beli BACALAH ANAKKU & READEASY untuk anak-anak di samping sumber bacaan yang lain. sgt bagus pendekatan fonik ini. saya da guna, saya da amal... saya puas hati.

atau terus kat bawah ni hah, link terus ke produk yg saya rekomen...

Pakej lengkap ini mengandungi set-set berikut:
(RM130 saje if jadi ahli)
  • Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku (Bahasa Melayu)
  • Buku Aktiviti Fonetik Ekspres 1 & 2
  • Early Reading Series ReadEasy Phonics (Bahasa Inggeris)
  • ReadEasy Activity Book 1 - 2
  • Siri Cepat Membaca Al-Quran Al-Furqan (Jawi & Al-Quran)
  • Buku Mewarna & VCD Lagu-Lagu Al-Furqan

Photobucket

Feb 27, 2012

WALAUPUN KECIL, BAGI IBU IA AMAT BERMAKNA

9 comments:
kejadian petang 23.2.2012 yang lalu
sambutan kecil buat sayang ibu
walaupun kecil ia beri makna seribu
detik indah kembali saat melahirkan diri mu
puteri ibu nombor satu...


moga nurin nazihah jadi anak baik
moga nurin nazihah jadi anak cerdik
akan ibu dan ayah berdoa utk nurin setiap detik
jadi contoh cemerlang buat adik-adik...


"selamat hari lahir ke-7 sayang ibu nurin nazihah"

Photobucket

Feb 23, 2012

AL-FATIHAH ::: menarilah dikau dgn gembira di pintu syurga

5 comments:
hari ni birthday nurin ke-7.
happy birthday my love...
moga anak ibu jadi anak yg solehah.
dlm sibuk fikiran ibu dok plan celebration for nurin tonite, ibu dpt tahu berita sedih ni...
sebak nyer alaaahai...


"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.


apakah erti air mata si kecil ini ?


si ibu bersama si anak buat kali terakhir.
aduhai!

gambar di atas ~ credit to Mazidul

semlm nurin demam.
dia dpt mc.
tu pun da buat ibu ni kelam-kabut, pepagi da gi klinik.
alhamdullillah, demam biasa.
Ya, Allah, kau peliharalah daku sekeluarga daripada bala bencana.
tak tertanggung rasa nya dek bahu ku kiranya ada yg berlaku.
kau kekalkan kesihatan, kecerdikan dan kecantikan anak2 ku.
akan ku jaga amanah mu sebaik mungkin, Ya Allah...

Photobucket

Feb 21, 2012

USAHA AYAH UTK KAMI... TQ AYAH :)

1 comment:
lama tak update blog ku ni. last week 2 ari mc. hasil drpd kepenatan yg diciterkan terdahulu, saya ter mc khamis and jumaat... gi scan, uri kat bwh. so, doktor suruh rehat... relax... khamis ni gi cek up lagi... tu pun bukannya dpt rehat sgt, keje kat umah lebih utama diselesaikan !!! da nama nya IBU kan? hi hi hi...

semakin hari semakin terasa yg masa tu semakin singkat! terutama waktu dgn 2 dara pingitan kat umah tu. sian diorang if tak dpt luang kan masa bersama-sama... so, suka hati saya nak citer kan apa usaha husben buat utk diorang. usaha kecil yg impak nyer besar.



  1. dari minggu lepas, maghrib kami solat berjemaah. hmmmm mcm2 kerenah 2 dara tu. tergelak-gelak la... sujud mcm baring la... masuk dlm telekung ibu la... ada beberapa kali gelagat mereka berdua hampir nak buat si ibu ni tergelak. aduuuuuuuhai!
  2. lepas abis solat jemaah, ayah / ibu ajar Iqra'. tak dpt anta ngaji kat orang, lebih baik ajar sendiri. kebetulan minggu ni nurin da start silibus tasmik kat sekolah. moga-moga dpt la 2 dara khatam Al-Quran sebelum umur 12 tahun (insya'Allah)...
  3. khamis mlm jumaat, kami 4 beranak baca surah yassin. pun mcm2 gelagat 2 dara tu. by the time kami laki bini abis baca surah yassin, both of them da bogel ~ telekung da bukak!!!

doa kan la ye agar kami terus dpt meneruskan amalan di atas dengan jayanya. and post ni tak de gambar berkaitan perkara di atas. sebab karang org kata over plak, solat & ngaji pun nak bergambar ha ha ha

dlm masa yg saya, saya cuba sedaya upaya after dinner luangkan masa dgn diorang dlm bilik buat apa-apa. nurin sedang minat sgt buat maths . and syuhada pula asyik membaca & mewarna, feveret dia skang ni hi hi hi... alhamdullillah. sebab diorang da ada meja belajar baru, hadiah bday from atok hanafiah & wan rahmah. yahooooooooooo...

Photobucket

Feb 15, 2012

YESTERDAY & TODAY ::: da lama tak rasa penat sebegini !

2 comments:
semalam ke kuala pilah...
ari ni ke tangkak...
esok pagi ada kursus kat ayer keroh...
penat nyer alaaaaaaahai!
tiap hari masuk ofis after 3 pm.



dgn badan yg memang la tak fit dah...
dgn anak-anak yg semakin membesar yg memerlukan...
alaaaaaaaaahai...!
kepala da start pening meragam nih!
dgn cuaca kat melaka yg panas terik mak ooi, tak tahaaaaaannn!

Photobucket

Feb 13, 2012

TAK SIHAT :(

7 comments:
~~~ harap maklum kat Perak da ada satu wabak / virus dan berita nyer berbunyi sikit-sikit gini ~~~


Punca kematian mengejut dua bayi awal minggu lalu, dipercayai akibat sejenis wabak dikenali sebagai Acute Gastroenteritis (AGE) yang dibawa
virus rotavirus yang kini sudah menyerang 2,236 bayi di Perak. Difahamkan wabak dibawa virus itu tersebar melalui air dan makanan dan hanya menjangkiti bayi di Teluk Intan, Hutan Melintang, Chenderong Balai, Langkap di Hilir Perak dan Batang Padang, Tapah, di sini. Berdasarkan aduan diterima, rotavirus lebih mudah menyerang bayi berusia antara dua bulan hingga 10 bulan menyebabkan mangsa cirit-birit dan demam panas sebagai tanda awal.



kebetulan, since sabtu lepas nurin darling saya tiba-tiba tak sihat ~ batuk & selesema ~ nurin asyik la komplen sebab selesema, dia tak selesa! alhamdullillah, suhu badan dia still normal, tak demam. saya suggest dia minum air suam byk-byk... beri dia vitamins.

and terus godek-godek cik google nak tau pasal virus rotavirus... maklumat nya seperti di bawah ~


How does rotavirus spread?
The rotavirus enters the body through the mouth and then infects the lining of the intestines. Rotavirus is very contagious, spreading easily from children who are already infected to other children and sometimes adults. Large amounts of rotavirus are shed in the stool of infected persons and the virus can be easily spread via contaminated hands and objects, such as toys. Children can spread rotavirus both before and after they become sick with diarrhea.

Rotavirus is very stable and may remain viable in the environment for months if not disinfected.

How long does it take to show signs of rotavirus after being exposed?
The incubation period for rotavirus diarrhea is 1-3 days. Symptoms of infection vary and depend on whether it is the first infection or a repeat infection.

What are the symptoms of rotavirus?
In young children, rotavirus disease commonly begins with fever and vomiting, followed by diarrhea. Vomiting and diarrhea may last from three to seven days; the diarrhea may be watery. Children may lose interest in eating and drinking and become dehydrated from loss of fluids.

How serious is rotavirus?
All three symptoms of rotavirus disease (fever, vomiting, and diarrhea) cause children to lose fluids. Vomiting is especially dangerous because it’s difficult to replace fluids in children who are vomiting persistently.

Are any people at greater risk than others of being infected with rotavirus?
Groups at increased risk for rotavirus infection are usually those with increased exposure to virus. This includes children who attend childcare centers, children in hospital wards, caretakers and parents of children in childcare or hospitals, and children and adults with immunodeficiency-related diseases.


maka, hati-hati ye. pantau kesihatan diri sendiri dan anak-anak, terutama baby ! and... paling penting, seperti di bawah ye (ingatan utk diri sendiri juga!) ~

1 - ibu masak kat umah utk famili. terjamin kebersihan !

2- ibu, ayah & anak-anak mesti minum air suam yg banyak - buang toksin !

3 - bersihkan tandas...

4 - pastikan baju / pakaian bersih sentiasa...

5 - pastikan rumah dlm keadaan yang bersih dan teratur...

Photobucket

Feb 11, 2012

BUDAK-BUDAK PUN STRESS !

1 comment:



2 mlm lepas saya bebetul marahkan anak-anak. gi kedai beli brg, diorang elok sgt main kuar masuk kan cd kat muncung radio kereta. tiba-tiba angin saya naik, terus la diorang kena lecture dgn saya sepanjang perjalanan. balik umah je, saya sambung lecture kan diorang. brot bret brot bret saya membebel... aduuuuuuuhai ibu oii... hi hi hi...

mlm tu saya amat penat! tak tahan! sebab ada kes kat seremban siang nyer, seharian berdiri, berjalan... aduuuuuuuuuuuuhai...

so kat ofis semlm belek-belek magazine lama kat ofis.... terjumpa ler artikel pasal anak yg stress. and just wanna share few tips di bawah :

AKTIVITI FIZIKAL
sesekali... or ptg-ptg biar anak-anak main kat luar ~ basikal, main bola, lari-lari dgn anak jiran. sebab udara segar berikan diorang ketenangan. dia main hingga berpeluh ~ sihat, kan? biar dia bersosial...

tiap hari bila tiba umah, nurin & syuhada sure tanya ~ "ibu, boleh main basikal?" ~ tgk gak keadaan saya bagi diorang main. ramai tak budak lain main... sebab kalau diorang sendiri, takut gaks saya nak release. bila tgk ada anak-anak jiran ramai kuar umah play around, baru la diorang bleh kuar... zaman skang ni kena jaga, penculikan berleluasa. gila ibu kalau anak-anak ibu hilang!


MINAT MELUKIS
bagi dia pensil, kertas, alatan mewarna. biar dia buat per dia nak. mewarna sesuka hati sesedap imaginasi dia sendiri. biar dia fokus. dia luahkan apa ada dlm fikiran kat atas kertas tu. dia bleh lupa kemurungan dia, jika ada ler.

nurin & syuhada memang tak abis-abis minat mewarna. pensel warna je ada 3-4 jenis. saya just ajar diorang cara mewarna yg betul.


SENAMAN PERNAFASAN
yg ni baru bagi saya. so, akan saya buat le dgn itu 2 org dara pingitan di rumah. tariiiiiik... lepaaaaass... tariiiiik... lepaaaaaaaaass... huh! hah! huh! hah! sure diorang seronok punyer. ia bleh bagi lebih oksigen kat badan dia. dia pun tenang and relax...

MASA UTK BEREHAT
biar dia buat per dia nak. relax dgn cara dia sendiri... diorang pun nak privasi kan? hi hi...

memandangkan nurin & syuhada memang ada bilik sendiri, hmmmm berkecah betul la bilik itu. sometimes angin satu badan gaks tgk bilik yg bersepah! dia berdua paling gemar main cikgu-cikgu & emak-emak. ada la 3-4 teddy bear dijadikan baby / student :) cute! especially syuhada, suka sgt berlakon jadi cikgu tadika dia.


TUNJUKKAN MINAT SECARA AKTIF
selalu bertanya dia pe dia buat hari ni. suruh dia citer dgn cara dia. from this, anak tahu kita minat nak tau pe dia buat. dia tahu kita amik berat... maka, nanti-nanti dia akan sendiri cerita kat kita... hubungan ibu & anak pun akan rapat...

ni memang tiap hari saya buat. tanya per je diorang buat kat sekolah / tadika. pe cikgu buat. pe kawan buat. byk jugak la pertanyaan saya... just nak tau apa yg diorang lalui saban hari tanpa ibu & ayah... so, diorang pun cerita and cerita and cerita. sometimes, hingga kita pulak tak larat nak dengar ha ha ha...

~sharing is caring~
Photobucket

Feb 10, 2012

PABILA NURIN JUGA TERSENYUM MELERET KEGEMBIRAAN

4 comments:

i like... drama GEMERSIK KALBU @ TV3 ni pun da berakhir ptg semlm. nasib baik tak ter miss! tak tau plak yesterday will be last episod nyer :) my husben pun join the club of ibu & nurin tgk drama hi hi hi... "rezeki ayah la dpt tgk last episod"

orait la jalan citer nyer. dia sedih. si dia plak amik kesempatan dan tackle cara salah @ paksa. paksa kawin. isu pregnant... boyfriend plak tak reti bahasa! i dunt like! drama... drama... drama... until la adegan atas katil yg terakhir semlm ~ bukan ibu je, nurin (yg lom cukup umur tu!) pun senyum melihat kemesraan raihana & suffian... alhamdullillah.

orang kata ~ kalau da jodoh, tak ke mana... apa pun rintangan, apa pun dugaan, sape pun yg lalu di tgh jalan, kalau Allah da kata tu jodoh kita, confirm akan bertemu bahagia :)

now ibu & nurin nak tgk ending VANILLA COKLAT @ TV3 pulak. ~ selasa ~ 9 pm. episod ari tu diorang da buat projek x :) i like happy ending for cute couple...



skit sinopsis pasal citer VANILLA COKLAT start next week ekk :)

Masing-masing malu apabila salah seorang cuba bersikap romantik dan manja. Aamir mengakui dia telah jatuh cinta pada Zara sejak dari hari mereka dinikahkan. Buat pertama kali mereka tidur seperti pasangan suami isteri yang lain.

Zara dan Aamir tidak sabar ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk memberitahu keluarga mereka bahawa mereka ingin meneruskan perkahwinan ini. Sebuah majlis diatur oleh ibu bapa Zara dan Aamir untuk meraikan berita gembira ini. Kamal dan Liana turut dijemput untuk hadir ke majlis tersebut. Mereka berdua telah merancang sesuatu untuk memisahkan Zara dan Aamir.

Pada hari majlis tersebut dijadualkan berlangsung, pelan jahat Kamal dan Liana untuk mengenakan Aamir berjaya. Dr. Ungku Musa mengamuk. Dia menyangka Aamir membuat onar dengan Liana dan terus memukul Aamir. Datuk Ahmad cuba menenangkan Dr. Ungku Musa daripada terus membelasah anaknya kerana menurutnya, kita tidak tahu perkara sebenar yang terjadi antara Liana dan Aamir. Dr. Ungku Musa menarik tangan Zara dan memutuskan hubungan antara Aamir dan Zara.

.... drama... drama... drama....

NOTA KAKI IBU :
tiga weekend yg akan dtg kami sekeluarga akan out stesen. balik kg + kenduri kawin cousin + celebration birthday nurin plak :) ia akan bermakna lambakan baju yg sudah berbasuh lagi di atas sofa hu hu hu sediiiihh!


Photobucket