Mar 27, 2013

NGAUUUUUUMM !!!

2 comments:

ko ada??!
izzat dah ada :-)



 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif
Photobucket

Mar 26, 2013

BILA AYAH MELUKIS...

2 comments:

saya tak reti melukis!
but, my asben tgn dia kalau melukis, so cute...



homework syuhada...
i like so much!

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif
Photobucket

Mar 25, 2013

"SEKSI ITU HAK SAYA!"

1 comment:

sharing is caring...
majoriti da tau kisah ni, just nak tempek for those yg tak tau...


Salam ukhuwah
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.  
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : 'Who cares?', Dr Har jawab 'I do care! A lot!'
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
  1. Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!  
  1. Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku! ‘
 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif
  1. Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan.  Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
  1. Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaĆ­) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu. 
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!

Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)


Photobucket

Mar 22, 2013

FIDYAH |wajib ye kawan-kawan|

1 comment:
perkongsian saya di pagi jumaat :-)

dari segi bahasa : tebusan
dari segi istilah : satu kadar tertentu yg wajib dikeluarkan sebagai suatu pemberian sebahagian harta (makanan) kepada fakir miskin di atas sebab-sebab tertentu...

dari segi bahasa kita org biasa ni, fidyah ni mcm satu denda kepada org yg tak dpt ganti puasa bulan Ramadhan yg lepas sehingga bulan Ramadhan satu lagi tiba. dalam islam, hukum byr fidyah ni wajib! dan bila kena byr fidyah, puasa tu kena ganti juga, bukannyer tak payah ganti ye... kena faham la kat situ. ganti tetap ganti.

and, kalau la bilangan hari tu da melangkah tahun berikutnya, fidyah tu akan digandakan. sehinggalah fidyah tu diselesaikan...

kadar fidyah plak dikira ikut kadar harga beras secupak. sebab beras ni adalah makanan asasi kita kat malaysia ni kan. kadar harga ni pun berubah-ubah. kita kena refer di negeri masing-masing... so, kalau ikutkan kita boleh bayar dlm bentuk tunai ikut kadar harga di atas atau kita terus beli beras.

kalau kita bayar dlm bentuk tunai kepada pemungut zakat, diorang akan belikan beras dan agihkan kepada fakir miskin. diorang takkan agihkan dlm bentuk lain seperti tunai ke, pakaian ke, perabot ke... agihan dlm bentuk beras juga.


 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif

sape ye yg dikenakan fidyah dlm islam ?
  1. org yg uzur iaitu sakit kuat dan tiada harapan utk sembuh atau org tua yg memang da tak mampu puasa atau kedua-duanya sekali...
  2. wanita yg hamil. dgn syarat, wanita tu bimbang akan keselamatan anak dlm kandungannya. so, wajib byr fidyah dan ganti puasa...
  3. wanita yg menyusukan anak. dgn syarat juga wanita tu bimbang anaknya kurang air susu dan terus jejaskan kesihatan anak tu. wajib byr fidyah dan ganti puasa...
  4. org yg telah meninggal dunia. waris kena sempurnakan bayaran fidyah dgn ikut bilangan hari yang si mati tinggal puasa dan sebelum pembahagian harta pusaka dibuat.
  5. org yg lambat qada' puasa. lambat ganti puasa hingga bulan Ramadhan satu lagi sampai. wajib byr fidyah dan ganti puasa. then, bayaran fidyah tu akan berganda ikut jumlah tahun-tahun yg ditinggalkan. selagi tak qada' abis, fidyah bertambah.

ni satu lagi perkara dalam islam yg patut kita bebetul faham.
ia mungkin berlaku kepada kita.

hmmmm saya ni kena ganti 1 bulan ni sebab last Ramadhan cuti lahirkan izzat :-)
tu yg tiba-tiba sibuk cari info pasal fidyah...
but, in shaa Allah dlm masa terdekat ni saya akan start ganti puasa...
ikut kalendar 1434H ni, 1 Rejab bakal jatuh pada 11 mei nanti.
tak sampai 2 bulan dari sekarang, kan?
hmmmm cepat nyer masa berlalu... ganti puasa cepat wahai puan aida oii!

kalkulator ringkas...
dpt kan di sini ~ fidyah...

Photobucket

Mar 21, 2013

TUALA BARU KHAS UTK SWIMMING |kakak2 excited tak hengat!!!|

1 comment:
beli kat sini ~ MuslimahBijak :-)
beli online jer. kalau offline tak reti nak mencari nyerrr...



kakak-kakak berdua ni punyer la excited tahap maksima.
da complete ler aksesori diorang utk kelas berenang tiap sabtu.
"yg penting anak-anak ibu happy, ibu sanggup beli kan apa je..."
yg bermanfaat je ye, elakkan pembaziran ;-)

sehelai RM39 lom masuk kos poslaju...
boleh la frens semua terjah link di atas dan beli, jika berminat...

Photobucket

Mar 20, 2013

FAMILY STORE DA BUKAK !

3 comments:
serbuuuuuuuuuuuuuuuuu!!
yahoooooooooooooooo!!

semalam saya EL. bawa izzat ke spital pantai... lepas tu yg ter pergi family store ni hi hi hi...

trafik lights nak masuk taman merbok. kat situ la trafik lights nak gi melaka mall :-)
balik keje suatu hari tu, sempat snap gambo ni...
agar tak lupa!!!

melaka mall...
tempat lepak kami sekeluarga...

bawak cash RM250 aje.
ni jer la sempat sambarrrrr!

saya da plan dari awal just nak survey harga. nak compare la dgn mydin. family store kat melaka mall ni dekat sgt dgn umah. jusco (seberang jalan) tu mahal yg amat!!! tapi, tgk harga offer pembukaan sgt bagus, sambarrrr la... drypers, susu dutch lady 456 madu, softlan refill besar, dynamo 4.4kg... semua tu limit 2 unit jer, offer ler katakan... yg lain beli apa yg perlu sekadar cukup RM250 tu aje. baki? RM5 jer!!! 

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif


paling haru........ beratur nak bayar selama 1 jam 15 minit tuh!!!!
panjang giler line up nyer....
offer punyer pasal, layan jer la...

welcome to family store :-)

Photobucket

Mar 18, 2013

WAJIB BAYAR ZAKAT |panduan nak kira|

2 comments:
salam hari isnin semua :-)
memang hari ni mostly kita lemah nyer la nak gi keje, kan?
tambahan plak izzat mlm td tak selesa tido sebab batuk!
memang kelam kabut la malam tadi saya dok bangun-bangun tgk izzat...
pening kepala pagi ni hu hu hu...



nak citer pasal zakat...
bulan lepas, 15.2.2013, kat ofis ada taklimat pasal zakat.
memang bersyukur sgt pengurusan buat taklimat ni.
memang byk beri kesedaran...

ada 3 jenis zakat yg saya take note on that day yg memang saya kena kira-kira :
  1. zakat pendapatan
  2. zakat simpanan
  3. zakat emas

antara mesej dari pemberi taklimat (ustaz dari Pusat Zakat Melaka) :-

  • zakat tu sama berat dgn solat. dlm al-Quran memang byk sebutkan perkataan zakat & solat secara bersesama... wajib!!!
  • hanya 2.5% je dari pendapatan kita wajib dizakatkan. if tidak, haram!!! tak halal tau pendapatan kita. ni perkara yg paling saya terkejut time ustaz tu inform. alamak??! zakat fitrah time aidilfitri tu lain... kita bersedekah tu lain. zakat ni lain and zakat ni paling penting. wajib!!!
  • berzakat kerana Allah. bukan sebab tak nak bayar income tax...
  • kalau kita buat loan dan masuk ke dalam akaun utk tujuan peribadi / saving. wajib byr zakat simpanan sekiranya loan tu kita buat secara islamic. if loan konvensional, tak wajib dizakatkan...
  • wang simpanan, if tidak lagi menjadi milik sempurna kita, tak wajib zakat lagi. sebagai contoh, masuk ke simpanan tetap dgn tempoh matang 3 tahun. selama 3 tahun tu nilai simpanan tetap tu tak wajib dizakatkan.

ada 2 cara camne kita nak kira zakat pendapatan :-
  1. gaji hakiki + elaun. then darab dgn 2.5%.
  2. gaji hakiki + elaun. then, penolakan perbelanjaan yg dibenarkan seperti di bawah ni hah...

~ diri saya ~
bleh tolak 3 jer la iaitu utk diri sendiri, kwsp & tabung  haji/takaful tu.
pemberian ibu bapa tu saya tak declare sebab tak beri dlm nilai yg tetap.

then, after declare everything, just klik 'kira Zakat' kat bawah tu.
akan dpt brape nilai zakat yg wajib dibayar...

mode of settlement, bleh terus ke pusat zakat negeri masing-masing...
samada nak byr lump sum or tolak bulan-bulan for that year...
next, bila kita nak declare for income tax, bleh letak amaun zakat kita, dpt la pelepasan.

kata le utk tahun 2012, kita bakal kena bayar income tax sebanyak RM1400.
but, kita da bayar zakat pendapatan sebanyak RM1000.
so, kita just kena bayar income tax sebanyak RM400.
and if kita bayar zakat pendapatan lebih dari RM1400, kita da tak payah byr income tax.
gitu la secara kasar yg bleh saya explain...
lebih lanjut, refer kat pusat zakat dan LHDN.

pendapatan bagi negeri Melaka.

untuk negeri Melaka.

yang kedua, jangan tak tahu ~ ada zakat simpanan tau!!!

baki TERENDAH untuk setiap simpanan...
kata la kita ada simpanan ASB...
dalam tahun 2012 kita ada masukkan duit, ada keluarkan duit... byk la transaksi dlm setahun tu.
kita just ambil nilai baki yang paling rendah di antara byk nilai baki yang ada.
then, letak le kat kotak nilai di atas...

begitula if kita ada byk akaun simpanan...
jumlah semua tu if lebih nisab, baru wajib dizakatkan...
tapi perlu ingat, kena deduct dulu faedah ye before nak calculate...

ketiga ~ zakat emas... ni sebagai perempuan kita kena take note la ye...

  1. emas yg kita pakai. walaupun sekali pakai, kira pakai la tu kan. sebab kita ni kan tukar-tukar pakai emas ikut function. semua emas yg kita da termasuk la yang baby girl kita pakai, anak-anak dara kita pakai. jgn lupa!!! if lebih dari 200g, da wajib byr zakat...
  2. emas yg tak pakai, contohnya jongkong emas. ataupun orang lelaki dpt hadiah klip tali leher emas, pen emas, dll... semua tu pun kena timbang. if lebih dari 85g, wajib byr zakat dah...   





itu aje perkongsian utk ari ni...
orang melaka ~ jengah sini utk maklumat lanjut dan dpt kan kalkulator utk kira zakat uolls :-)


"sikit kita beri, in shaa Allah lebih byk kita dapat..."

Photobucket

Mar 14, 2013

ALAMAK??! GAJI SAYA TAK CUKUP!!!

5 comments:
2-3 minggu ni sikit masa blogwalking...
and reading only, tak byk masa nak bubuh komen.
moreover, if online kat tab, memang sungguh tak selesa nak klik klik komen box.
lembab line internet nyer...

nape ye? busy sgt ke?
yeeee, busy tahap gaban!
semalam pagi badan rasa tak sihat... rasa nak demam!
hidung pun da rasa separa tersumbat...
kul 7 pagi da sms bos ~ "saya nak apply EL la tuan, tak sihat"...
bos reply simple ~ "ok..."

ada keje skit, konon-konon nak email jer la ke ofis.
internet kat umah plak problem, ntah apa-apa lagi problem nyer!!!
~ internet limited or no connectivity ~ hu hu hu!!!
terpaksa amik keputusan pada jam 8:30 pagi utk hantar izzat ke taska dan.....
.... masuk ofis utk bekerja!!!!!!!!!!!

hua hua hua ~ rasa nak nangis!

itu la mula fikir ~ gaji aku tak cukup la!!! sedangkan tok najib baru umum naik gaji kelmarin.
sebab??!
saya sorang... tapi buat keje mcm 3-4 orang. tak tercapai dek tangan dan otak!
di sana saya...
di situ saya...
di sini pun saya!

toloooooooooooongg...

kes mahkamah pun da beratur dlm diari... sob sob sob...
petang ni ada mesyuarat agong, so ari ni keje half day...
pagi sok ada perhimpunan setia pulak, juga lebih kurang hingga kul 11.
jumaat, pastu terus balik umah ler gamak nyer...
petang dpt la masuk ofis.
mlm sok pun ada program, kat hilton.
majlis perpisahan dgn dato' pengarah kastam negeri.
next week dpt dato' baru...

mana ler keje atas meja tak surut-surut!

tidaaaaaaaaakk...

next week and next week lagi, mr.asben plak gi kursus 2 minggu.
sediiihh!! bergelumang la si ibu ini bersama 2 anak dara dan 1 baby boy yg comel sahaja di rumah :-)



sebeno nyer yg PM umum tu bukan naik gaji ye. jgn salah anggap.
kenaikan tahun depan diawalkan. maksudnya ~ tahun ni kami dpt 2 kali kenaikan.
kenaikan 2013 dan 2014. tu aje...
ni pun after dpt explaination dari cc kat bahagian kewangan.
yg pasti nyer, tunggu jer la bcoz sometimes, lain diumumkan and lain yg dpt...
apa pun, akan dapat extra skit tahun ni.
i like!!!
pe pun, saya bersyukur dgn apa je yg dah ada skang ni...

mesej utk diri sendiri :
~ jgn difikirkan sangat wahai aida. keje tu takkan abis!
sabar....
sabar....
sabar....
enjoy life! ~


Photobucket

Mar 13, 2013

'JANGAN' DALAM ISLAM

7 comments:


JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
- JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Share kepada rakan-rakan anda....



sgt tertarik tang 'urusan dunia' tu...
saya ni memang amik peduli sgt urusan keje la, rumah la... kalau ada masalah memang naik 1001 tension. jadi pemarah la, baran tak tentu pasal la... hmmmmm...
kalau difikirkan, memang boleh jadi gila!!!

sabar wahai aida... dunia itu sementara...

Photobucket

Mar 11, 2013

PINTU REZEKI ALLAH BUKA SELUAS-LUASNYA...

5 comments:
alhamdullillah ....
alhamdullillah ....

rezeki anak-anak ayah & ibu ....

beri motivasi utk diri sendiri buat keje, kutip cukai, tambahkan hasil negara ....
kerja keras, hasilnya masyuuuukk...

PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.
"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.
Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. - Bernama

Photobucket

Mar 5, 2013

SEBAK!!!

3 comments:
hmmm... baru ada time utk taip taip di blog terchenta ni ptg ni. meskipun tuntutan kerja masih byk, namun tetap nak juga update blog. da lama ditinggalkan. byk memori tak sempat nak tempek dlm ni...

anak-anak semua sihat alhamdullillah. melakukan aktiviti seharian dengan ceria dan gembira. izzat da pun masuk umur 7 bulan 28.2.2013 ari tu.

budak gembol yg cerdik pintar !!!



sabah...

copy paste dari fb member, org sabah...

al-fatihah kpd semua 8 wira negara yg telah pulang ke rahmatullah...

sedih tiap kali baca post pasal pencerobohan di lahad datu kat fb. sedih! sebak! kiranya la asben ku seorang dari yg dipanggil berjuang ke sana, aduuuuuuhai! doa jer la dpt kita iringi pemergian dia yg ntah akan balik dgn senyuman gembira ataupun diusung dlm keranda dilapik bendera negara tercinta... aduuuuuhai!!!

rindu serindu-rindu nyaaaaaaaaaaa...


sedih! sedang taip ni pun sebak, mcm nak nangis!

sentiasa on fb utk tahu perkembangan di lahad datu, kunak dan semporna... sentiasa berdoa agar apa jua konflik yang berlaku dpt diselesaikan dgn cara diplomatik. Allah Maha Tahu dan Allah Maha Mendengar... moga malaysia kembali aman dan sabah kembali damai...

amin...

Photobucket

PETUA MASUK RUMAH BARU

2 comments:



Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
 


Photobucket