Apr 30, 2013

HASIL TANGKAPAN DI PC FAIR |best!|

5 comments:
jumaat lepas terjah jap pc fair. bawak nurin. gi time ofis hour hi hi hi... balik dari out stesen ke JB, petang tu tak masuk opis ler kan... harus terjah pc fair ler...


lengang. tak ramai org. bleh belek membelek sepuas hati. bleh bertanya mcm2 soalan kat semua sales person. tanya tu... tanya ni... and seperti yg dirancang, ikut bajet dlm handbag, beli la ini... da lama target!



beli 2 ~ saya dan asben sorang satu hi hi hi...
1 = RM169
external hard disk WD my pasport

asben khas utk office work dia, movies, etc hal-hal dia yang berkaitan. saya punyer more sebagai compilation album and video anak-anak bertiga tu. dah pun berjaya ditransfer dari dvd ke external hard disk ni. but all the dvd tu tak di buang la. still simpan, back-up if anything happen to external hard disk tu. but minta-minta jauh la dari apa2 malapetaka kan. memori gambar anak-anak, tiada nilai!!!

baru jap siap transfer ~ semua nyer 37 Gb. album 2012 lom transfer, dlm laptop acer kat umah :-) baru ler best guna external hard disk ni. 24 jam semua gambo anak-anak dlm handbag...

but to those frens kat melaka yg terlepas gi pc fair, do not worry. uolls bleh gi stygix bukit beruang, berdepan dengan windmill. main road nak ke IPK melaka tu. harga dia sama sebijik harga kat pc fair. dia ada promosi... but, surely uolls da tau kot. sebab satu melaka diorang da pasang banner cam kat bwh ni...


 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif

tu jer...

Photobucket

Apr 29, 2013

BLAH LA LU!!!

5 comments:

sape ko nak persoalkan org yg profesional?
ko masuk umah org, ko buat la perangai elok-elok...
da le ckp org tu ko tak nak dgr, ko persoalkan plak kebijaksanaan diorang...
kalu la ko dgr skit tips from chef jo tu, bertambah perfect le hidangan ko.
yg kat atas tu bagi tips tak cukup bahan, diorang tu competitor dooooo...

setuju dgn chef jo ~ ni umah kami, kamu semua hanya tetamu...


selayaknya la ko dibuang...
masak tak pandai, mulut kurang ajar...
tak profesional!

para artis, sila ambil pengajaran.
jgn cakap org ikut sedap mulut aje lenkali.
hormat! hormat! hormat! skang satu malaysia da tak hormat ko!

masterchef & masterchef selebriti ni my feveret program. 
elok sgt ler ko takde lagi. meluat mak...
anyway, congrats to pak nil... i like pak nil forever...

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif
Photobucket

TABUNG DUIT |menabung ker???!|

6 comments:
alhamdullillah, izzat dah pun saya buka kan akaun yippie last 2 weeks.
bank in RM1k and dpt tabung rimau grad ni hah. cute!!!




menjadi keutamaan buka akaun utk izzat, seperti kakak2 nyer. then tiap bulan ibu & ayah menabung ler ke akaun uolls. start 2013 ni, akaun yippie ni saya set guna utk kegunaan diorang naik skola end of the year nanti. sebelum ni, function akaun yippie nurin & syuhada sebagai tabung kecemasan! hi hi hi... bila akaun ibu da out of service, kurang baki, ibu pun cucuk ler few RM dari akaun uolls berdua.

but this year, ibu promise! ibu tak amik lagi duit korang ye, termasuk la duit izzat.

sspn izzat pun da buka same time dgn yippie ni. sspn ni saya join bukan ler sebab nak kan sgt loan ptptn tu. kan ke syarat nak loan ptptn kena ada akaun sspn. saya just buka sebab nak saving ke arah education mereka di hari depan. mana la tau memang perlu ptptn tu, ok la... semua bergantung kpd kewangan ibu ayah masa depan ye anak-anak...

akhir bulan ni juga, masuk 3 kali dah ibu ayah bayarkan duit insuran pendidikan takaful ikhlas izzat. alhamdullillah Allah murah kan rezeki ibu ayah and cukup saving utk uolls bertiga beradik.

kat bawah ni tabung syuhada. time buka akaun yippie syuhada dulu saya bank in RM250, layak dah dpt tabung. nurin tak dpt tabung rimau gini. sebab time tu saya buka akaun nurin dgn RM100 je...



cute sungguh rimau-rimau di atas!!!



tabung-tabung rimau tu semua dlm bilik ibu ayah. dikumpulkan semua tabung yg ada di satu tempat. syiling masukkan je mana-mana tabung. and semua tabung yg ada dlm gambo di atas tu berisi dah tau. 

saya tak suka syiling byk sgt dlm kereta and dlm purse. biasa nyer bila da berat purse, saya amik semua syiling and masuk dlm mana-mana tabung. sekali masuk, segenggam syiling nyer. anak-anak pun saya ajar menabung. diorang memang tau da...

di antara tabung-tabung tu terselit gambo pengantin lama!!! segan nak enterframe hi hi hi...

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif


Photobucket

Apr 28, 2013

EHEM EHEM... BUAT PER TU?

3 comments:
izzat masuk umur 9 bulan hari ni....
alhamdullillah.... bersyukur kerana hingga hari ni Allah jadikan izzat baby yg sihat, cerdik, cantik, hensem... semoga Allah berikan izzat kesihatan dan kecerdikan yg tiada berpenghujung ye sayang ibu ayah...

kami di klang hari ni. hadir ke kenduri abg ipar, dia nak tunaikan umrah dgn isteri nyer. in shaa Allah. skang ni kan musim org buat umrah. terutama ramadhan dah nak dekat. memang waktu-waktu sesuai la nak tambah dan tingkatkan ibadah.

izzat skang kan da cerdik, mcm2 ler cerdik nyer...

dlm bilik ibu ayah ni ada juga feveret spot izzat.
tempat ibu ayah charge phone.
penuh ler wayar!!!

time ni dia tak sedar saya kat belakang dia...

cak!!!

berjaya cabut charger phone ibu!!!
good boy hi hi hi....
saya perhatikan je, ada tak cubaan utk masuk ke mulut??!
tiada...

dari berdiri, duduk...
masih diperhatikan, jgn masuk dlm mulut ye sayang...

lihat perkembangan boy sorang ni memang buat keje lain tak jalan. dok amik gambo dia... video dia... dok layan dia... dukung dia.... hmmmmmm... best nyer ada baby. kecuali tgh mlm, izzat akan lena 100% start kul 5 pagi!!! sebelum tu dia akan terbangun-bangun selang 1 jam...

takpe la dik. sementara... lagi 3-4 tahun ok la kan. mcm kakak-kakak da besar. tido lena tak ingat susu hi hi hi...

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif


Photobucket

Apr 26, 2013

AL-FATIHAH...

No comments:
TIMBALAN KETUA PENGARAH KASTAM MATI DITEMBAK: 


Putrajaya, 26 April - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.


Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.

"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.

Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.

Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran. - BERNAMA




bahaya ada di mana-mana. ajal maut itu di tangan Allah. dalam kita menunaikan tanggungjawab seharian sebagai penjawat awam dlm jabatan penguatkuasaan ni, sesungguhnya memang terdedah kepada bahaya sebegini rupa. namun, segalanya pasti di tangan Allah...

diharapkan agar PDRM dpt la buat siasatan segera dan lengkap tentang kes Allahyarham Datuk S ni. Datuk S ni memang seorang yg tegas. jgn nak main-main cakap dgn dia. dia tahu apa yang kita patut tahu. garang!!! garang berprinsip demi pungut hasil negara.

Allahyarham adalah org no 1 dlm department import/eksport & cukai dalam negeri, kastam malaysia ni.  2 department la tulang belakang kastam. pungut hasil terbesarrr!!! pernah 3-4 kali datang melaka untuk beberapa majlis penting.
time keje - tegas. tapi hati baik, bak kata bos saya...
al-fatihah sekali lagi buat beliau...


Photobucket

Apr 25, 2013

JOM ORANG MELAKA SERBU MITC WEEKEND NI!!!

4 comments:
bukan org melaka jer, negeri-negeri berkaitan pun bleh join kami... pe ada kat MITC tu ye? expo apa ye? memang kat MITC ni tiap bulan, and sometimes tiap minggu ada expo mcm2. menarik!!!

sedang stop tunggu trafik light hijau kat bkt baru, snap banner pc fair ni...

maklum la, zaman sekarang ni bukan dewasa je yg guna komputer dan aksesori nyer, anak-anak sekolah rendah as early as darjah 1 da belajar komputer. komputer ni dah bukan alien dah dlm hidup seharian kita. but, anak-anak zaman sekarang pun da tak brape layan komputer, more to smartphone and tablet. kan?

saya bajet nak beli pendrive 32gig dan external hard disk 500gig utk save gambar dan video anak-anak.

nak citer skit la pasal bkt katil. utk PRU 13 nanti, tok ali rustam tak bertanding dun bkt baru dah. tok ali bertanding parlimen bkt katil. therefore, melaka bakal ada CM baru. moga melaka lebih maju la ye, tak kira la parti pe yg bakal memerintah. yg penting, rakyat didahulukan...

area bkt katil ni memang da cantik. tak kurang dgn lanskap yg ok ok la kan. baru-baru ni amik nurin skola, agak terkejut la bila tgk jalan depan skola nurin dah turap!!! dan dilebarkan skit, utk elak trafik jem melampau...



 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif

very good. selesa. bkt katil ni area luar bandar tau. sebab saya diberitahu oleh cikgu skola nurin, skola dia ni kategori skola luar bandar. walaupun luar bandar, tapi... maju!!!

i love bkt katil!!! selesa seindah nama nyer hi hi hi...

Photobucket

Apr 24, 2013

WW : DRIVER IBU IN THE MAKING !!!

3 comments:






 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif


Photobucket

BARANG ANTIK !!!

6 comments:

kenangan manis...
anak-anak remaja zaman skang ni tak merasa handphone besar gajah motorola dulu kala...
saya pernah ada satu, berat!!! ada antena plak tu...
tahun 1999... lama dah dulu...
zaman saya kat universiti...
segan nak tunjuk orang!!!
abah saya yg bagi... gi dating dgn asben (boypren time tu), dia gelakkan saya!!! kureng...

credit to google

then pakai plak phone ericson kaler kuning, kecik aje, separuh tapak tangan saya...
asben bagi...

credit to google

then pakai plak phone sagem, bentuk mcm kacang... cute!!!

credit to google

then pakai samsung flip...
time ni baru la handphone ada skrin berwarna tau.
jakun kejap ler baru-baru beli phone tu.
saya pakai dari final year kat campus hingga masuk keje...
lebih kurang tahun 2001 - 2003 gitu gitu la...

credit to google

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif

semua phone di atas tu tak bleh amik gambo tau!!!

then, semua yg dibawah ye...
yg masih saya simpan rapi...
tak nak jual / trade in!!! bukan nyer ada harga hi hi hi...

koleksi nokia milik asben di barisan atas...
dari si biru ke si kelabu ke si putih...
si biru skang da turun kpd nurin, phone rumah gitu hi hi hi...

dan koleksi sony ericson milik ibu...
dari yg ala-ala walkman kpd cybershot, blogger tegar ler katakan...
function camera menjadi keutamaan!

si biru nokia dan si kelabu nokia masih boleh digunakan in case of emergency...
yg lagi 3 tu da jadi arwah... totally out of service!

skang kami da ke android ~ samsung :-)

kenangan manis sungguh....

Photobucket

Apr 23, 2013

SI GEMBOL BUCUK MASHAM BU BU...

3 comments:
alhamdullillah, izzat sihat...

semlm ptg kul 4 gi jumpa dr. lee. berat izzat ~ 8.8kg. dr. lee said orait. then dpt kan 3rd injection for pneumococoal. ada 1 lagi dose yg free, after 12 months. extra imunisasi for izzat in shaa Allah sihat walafiat & cerdik pintar, mcm kakak-kakak nyer berdua...

perkembangan izzat lain-lain?

terus-terang, izzat lom merangkak tau! duduk pun baru 1-2 minggu ni saya paksa dia duduk. tu pun duduk lama sikit, dia rebahkan badan dia yg gembol tu. duduk pun gigil hi hi hi... berdiri tegap if saya sokong ketiak dia. berdiri sendiri? alahai sayang anak ibu, malas ye...



mulut bising pulak! brot bret brot bret borak... jerit jgn cakap la. paling best, bab gelak bila kena agah. i like!!! kalau amik izzat from taska, dlm kereta hingga sampai umah, rajin sgt la dia buat bising and gelak ketawa... hilang masalah ibu kejap dgr izzat & kakak syuhada bising dlm kereta hi hi hi...

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif


bye!
Photobucket

Apr 22, 2013

RUTIN KE SPITAL BERSAMA IZZAT :-)

8 comments:

petang ni in shaa Allah bw izzat cek up bulanan kat Lee Child Speacialist, spital pantai ayer keroh. hopefully ok semua. izzat pun da tak demam. da tak berak-berak. 1 hari berak dlm 2-3 kali aje... normal ler tu.


anak-anak saya skang ni if ada tak sihat skit aje terus bw ke spital pantai, dr lee pakar kanak-kanak. if tak de pe kronik, byr fee dlm RM40-RM80 jer. tak mahal sgt. and berbaloi la dgn jumpa pakar kanak-kanak, kan... if gi klinik amal bkt katil tu pun, tak kurang RM40 da skang if bw anak-anak demam. so, why not byr lebih skit, direct ke doktor pakar...

monthly cek up di klinik kesihatana ayer keroh pun still gi. tu wajib ler sebab da start dari lahir. saya pun amik extra imunisasi utk izzat dgn dr lee.

ok. nak breakfast. nanti citer-citer lagi :-)
bye. wasalam uolls...

 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif
Photobucket

Apr 19, 2013

EVERYTHING I NEED !!!

7 comments:

suka gi sini... mcm-mcm ada!


yg latest gi daiso, mahkota parade, beli craft puncher utk anak2 dara... tali tape utk ibu, senang nak ukur2 apa2, magnet bulat (nak fix fm yg da tak bleh melekat!) and box utk letak brg jahit menjahit ibu... ikutkan hati time tu nak beli mcm2 lagi. tapi, sempat sabarkan diri sendiri... satu RM5, jumlah shopping ari tu RM40. 


 photo anigif-ADIANIEZ_zps8f560909.gif

craft puncher tu amat best!!! dah pun buatkan craft for nurin, homework sekolah dia ~ card birthday. easy... nice... nampak kreatif...

next week nak singgah lagi beli few things very important. and nak sambar few lagi craft puncher different design :-)

Photobucket