Friday, April 29, 2016

TEMPAT BEST UTK CIUM !

11 comments:

time anak-anak masih baby, memang terbaik la jadikan mereka pelepas stress!
memang terbaik. tangkap diorang, peluk and cium!!!
seluruh badan diorang sedap giler utk dicium...

now saya masih ada ijat yg menjadi mangsa kegeraman ayah ibu.

ibu : "ijat, come here. ibu nak cium." biasa nya saya panggil ijat.
kekadang dia buat tak tau je. memang jarang la sgt la dia terus dtg tau.
kena la panggil few times.
then dia dtg, antara dua ~ dia terus hulur muka dia utk dicium ibu atau dia yg cium saya.
tempatnya yg wajib saya cium :

  • mulut / bibir
  • pipi kedua-dua belah
  • dahi
  • ubun-ubun
  • hidung
ada kalanya, ijat hulur leher plak :) ha ha ha...

and ini sebenarnya dari nurin & syuhada kecik dulu lagi.
wajib la cium situ dan situ dan situ.

bau syurga... menusuk kalbu, menenangkan jiwa :)
terima kasih ya Allah. beri peluang utk melalui saat cium-mencium diorang ni.

Photobucket

ADA CARA, TAPI TAK TAU GUNA!

9 comments:

ada cara...
ada sumber...
ada jalan...

...tapi!

 tak tau nak guna...

...tak berguna!
selamanya apa yang ada tak pernah cukup.
selamanya kita akan berada di tahap itu.
selamanya kita takkan maju ke hadapan!

hanya menoleh kiri dan kanan.
memandang-mandang ke sekeliling mencara-cari...
pencarian yang sia-sia.

maka.
gunakan semua apa yang kita ada dgn sebaik-baiknya.
hargai apa yg kita miliki seadanya.


Photobucket

Thursday, April 28, 2016

GIFT FROM JARI MANIS

5 comments:

lagi buah tgn dari frens blogger terchenta.
kali ni from JM. uolls singgah la blog JM.
aida kalau klik ke situ, tak tau nak komen.
jadi silent reader jap. sebab pe?
tekun baca travelog JM and frens...
nak komen, kita tak pernah gi tempat tu kan, camne nak komen ha ha ha ha...
tq JM atas ingatan ni.
bunga sakura... indah. yg best fm tu ada nama kita :)
forever terpahat tanda ingatan...
header blog JM.
nampak tak ~ kat situ aje da bwk kita fly away....

rasa-rasa uolls nak travel, bleh klik jap ke blog JM.
pasti ada info berguna :)
klik klik jer kat sidebar kanan mana korang nak baca.

Photobucket

AWARD FROM CIK ASH

9 comments:


alhamdulillah :)
sijil ohsem diberi oleh ekin.
sebab byk tinggal komen kat blog ekin :)
tq so much utk penghargaan ni, ekin...

boleh la ye terjah and friend dgn ekin :)
the more the merrier, kan...


Photobucket

STREAMYX OH STREAMYX KU SAYANG :(

9 comments:
salam pagi khamis :)

saya nak citer kisah bermasalah dgn TM.
start aduan 14 april. settle problem 19 april. kira la brape hari saya tak boleh guna streamyx.
memang hangin dgn telefonis TM di line 100.
memang ler susah giler nak report!!!
modem rosak je pun...
tapi tu la ~ seksa nyer !!!

ni la brg kes ~ modem yg da rosak & warranty pun da abis.
memang ta boleh dpt ganti percuma la...

13.4.16
lewat mlm, call la TM di line 100 tu.
inform masalah yg modem ni lampu signal langsung takde.
just signal kat POWER tu ajer berkelip.
telefonis tu kata ~ confirm modem rosak. dia bagi 2 options :-
  1. beli modem kat TMpoint berharga rm74+, ataupun;
  2. renew kontrak streamyx setahun lagi, free modem. tapi x bleh cancel akaun for 1 year.
saya reply kat dia, understood. but kena diskus dgn mr.asben dulu. sok pagi saya call balik.

14.4.16
dlm kul 8.15 pagi saya call la line 100 tu lagi.
then kali ni saya terus buat report dan inform nak renew kontrak lagi setahun.
buat apoinmen utk technician dtg hari ahad (17 april).
sebab nyer weekend tu kan saya gi holiday ke JB.

ok settle...

17.4.2016
kul 8.00 pagi saya call lagi line 100, utk bertanya kul brape technician nak dtg.
telefonis tu kata technician akan call. tunggu aje.
seharian saya menunggu. lepak rumah. releks... dok tunggu technician TM dtg.
sehingga kul 4.30 ptg tak dtg jugak si technician ni!
saya pun call sekali lagi line 100 dlm kul 4.30 ptg gitu. nak bertanya la kan, mana technician ni.

setelah bercerita dari A to Z masalah saya dan report yang saya telah buat kat telefonis tu, saya terkejut dgn pe telefonis tu inform akhirnya ~ "sebenarnya option utk renew kontrak tu tak wujud da. puan kena beli modem kat tmpoint. kami takkan renew kontrak."
masa tu terus saya naik hangin seluruh badan :( grrrrr...

dipendekkan cerita, dari conversation saya dgn telefonis pompuan tu ptg ahad tu selama lebih 30 minit :
  • technician takkan dtg sebab technician tu busy repair port di seremban.
  • report da ditutup pada jam 3 ptg ahad tu.
  • saya disuruhnya buat report baru. dan kena beli modem sendiri.
memang mlm tu saya sgt tak aman. sgt marah!!!
tak sabar nak tunggu esok nyer sebab nak call 100 lagi.
da plan dah what to report.

18.4.2016
again, kul 8.30 pagi saya call lagi line 100.
this time, saya terus buat report bhw technician tutup report saya tanpa dtg baiki kerosakan dan selesaikan masalah.
telefonis seperti biasa tanya history and compare dgn history dlm sistem dia.

ok. dia akan buat report baru.
tapi dia minta plak serial no modem streamyx.
memang la tak dpt saya bagi, modem kat rumah!
"sebelum ni buat report, takde plak sesape minta serial no tu." komen saya la kan.
dia reply, "tu la, sepatut nyer diorang kena minta ni..." hadoi la TM oii. lain-lain pe'el telefonis ko ni la :(
"ok puan. mlm nanti antara jam 8 mlm sehingga 10 mlm kami akan call puan utk amik detail modem. lepas tu baru saya boleh amik report puan."
ok la kata saya hu hu hu :(
mlm tu takde pun sape manusia call!!! aduhai, giler teruk la TM ni!!!

19.4.2016
sekali lagi pagi-pagi jam 8 pagi saya da call line 100.
saya kata kat telefonis: " ni kali ke 6 ke 7 ke saya call streamyx but masalah saya tak selesai. berpuluh ringgit kredit phone saya khas utk call korang abis! kalau pagi ni masalah saya tak selesai, saya akan report ke SKMM."

and dia memang take note dgn whatever saya bebelkan pagi-pagi tu lepas tu ha ha...
hasil conversation saya dgn telefonis pagi tu plak :
  • memang betul option renew kontrak tu da tak di offer kpd pelanggan. 
  • silap telefonis-telefonis yang beri option tu kat saya. and if saya nak renew kontrak, dia kena refer to higher level officer. bukan senang-senang nak renew kontrak.
  • technician memang dtg ke rumah saya (bukan ke seremban sebenonyer ahad lepas) but technician tu hanya cek port streamyx kat belakang rumah. bila dia cek ok, terus dia tutup report.
terus saya respon, "better u refer to your higher officer now. i'll wait."
after 10-15 minit call saya tu kena hold ~ akhirnya, telefonis tu kata, kontrak saya akan di renew. yeszaaaa...
"bila plak technician nak dtg ni?" tanya saya.
telefonis tu kata paling lewat esok nyer... "ok saya tunggu, kalau tak dtg juga kali ni memang la i saman u!!!"

2-3 jam lepas tu terus technician call saya tau.
ptg tu jugak dia dtg and tukar modem. huh!!!!
senang la plak, tak sampai separuh hari settle...

ni la dia benda yg saya tunggu berhari-hari...

benda kecik, tapi dirumitkan.
kita juga yg rugi, 1 minggu tak boleh guna streamyx tapi bil jalan.
pastu nak kena cakap kasar-kasar, marah-marah, ugut-ugut, baru la servis cepat.
kalau tak, pelanggan ni tak dipedulikannya...
pastu modem lama tu langsung technician tu tak amik sampai skang ni. hmmmm...
harga makin lama makin tinggi. internet slow.
customer service bengong!!!
apa la punyer syarikat telekomunikasi :( sedih!
ok bye :)

Photobucket

Wednesday, April 27, 2016

FOREST CITY ~ MALAYSIA MY SECOND HOME

8 comments:
salam frens :)
agak ketat keje minggu ni.
but best bila berkeje dlm cuaca yg sederhana baik.
melaka & seremban = hujan turun. alhamdulillah...
moga keadaan ini bertahan lama la skit.
membasahi bumi yg gersang!
bila keje ketat, akan jarang la nampak aida di dunia blog ye.
hi hi hi... mlm-mlm baru bleh lepak blogwalking... in shaa Allah.
nak sambung kisah forest city ~ part 1 di SINI :)

ni map yg dipamerkan.
kalau diperhatikan, forest city ni antara malaysia & singapore.
yg saya letak anak panah merah besar tu.
ingat kan hanya 1, rupa nyer 3 pulau daratan baru akan dibuat utk pembangunan forest city.

ni adalah gambaran awal forest city.
memang la wonderful...
ada international school sebuah akan dibina.
antara bandar akan dihubungkan oleh keretapi.






skit info yg saya snap dari dinding kenyataan.
nak elaborate panjang, rasa nya dari image atas tu frens semua dpt da info lengkap :)
tak reti and tak mampu nak komen hi hi...
secara pendek nyer, ia adalah satu pembangunan yg mewah, kan?
and utk bukan warganegara menjadikan malaysia sebagai rumah kedua.
memang terbaik la pe yg saya tgk.
memang saya tak mampu la nak beli ha ha ha :)

apapun, bangga la dgn perkembangan jb, tempat kelahiran saya.
hi hi hi... kita lihat lagi beberapa tahun ye ~ forest city :)

Photobucket

WORDLESS : OH MANISNYA... MANISNYA SENYUMAN MU :)

16 comments:




cafe thistle hotel johor bahru
  ~memori 16.4.2016~


Photobucket

Tuesday, April 26, 2016

IKAN BAKAR PARAMESWARA ~ HARI ISNIN TUTUP :)

18 comments:

kisah hujung minggu.... throwback last 2 weeks.
kami dinner di sini. da lama tak layan menu seafood...
before maghrib kami da ke sini. konon nak elak ramai org.
hmmmmm sampai aje = full house i tell u!
kena la tunggu... mencari-cari tempat kosong.

ada diberikan sepinggan buah bila kita dok di meja, kudapan sementara tunggu makanan sampai. 
bukan free ye. rm4 sepinggan.
kalau tak nak, just inform aje pada yg anta tu.

alhamdulillah, dpt meja tepi laut.
indah... happy anak-anak dara :)

sini memang style makan seafood dgn nasi lemak.
nasi lemak yg memang sedap! 80 sen sebungkus...

da tersedia kicap cili dan air asam di atas meja.

bila da lama tak makan sini, naluri keinginan tu membuak-buak.
itu nak... ini nak... tapi, sabar ye aida, sabar...
karang end up tak abis makan, rugi!
and sesungguhnya membazir tu amalan syaitooonn.

sotong sambal

kailan ikan masin

kerang bakar

siakap stim

ikan bakar parameswara ni di antara tempat top di umbai, melaka.
kalau ada function ofis, surely kami akan reserve sini la.
special price? sama je harga dgn tempat-tempat lain... sebab, faktor tempat :-
  1. luas
  2. tepi laut
  3. bersih
walaupun luas, memang sentiasa full house.
so uolls, mana-mana nak dtg makan sini, sila la buat reservation ekk.
sila dail 06-2616106.

ikan bakar parameswara = registrant gst ye :)

itu aje sharing ari ni :)
jom dtg jalan-jalan melaka.
melawat melaka bermakna melawat malaysia... chewh!

Photobucket

Saturday, April 23, 2016

TASIK DI TAMAN TASIK BUKIT MERAH KERING ??!

14 comments:
adakah benar gini skang ni, frens di perak?
andai nyer benar... Allahu Akbar.
kering...
jerebu...
semua ketentuan Allah.




pernah holiday di bukit merah ~ SINI citer nya.
tu yg mcm percaya tak percaya tu :(
sama-sama la kita berdoa dan terus berdoa, agar keadaan ini kembali pulih.




Photobucket

JELAJAH DARATAN BARU ~ FOREST CITY JOHOR BAHRU

15 comments:
salam sabtu pagi... ke mana weekend ni uolls?
hat-hati ye. beberapa negeri da jerebu skang. kl & selangor kan?
negeri sembilan & melaka pun yes, berjerebu dah.

lagi sambungan holiday jb ye :)
on the way balik melaka, singgah nak jengah forest city yg glamer tu.
alang-alang cuaca pun baik, panas terik... mari kita jelajah daratan baru itu.



jauh ke dlm jugaks... yes la, tepi laut ler katakan.
yg penting, nampak signboard tulis forest city, lega la kan.
all the way ada signboard tu :)
mustahil sesat uolls !!!

sudah sampai entry nyer...

terus bertukar wajah alam... indah!!! hijau...



ramai gaks org sabtu tu ~ 16.4.2016.
semua nak bwk anak-anak jalan-jalan... but lebih ramai yg dtg nak survey property :)
property pe, next entry saya tempek skit few informations ekk.
skang just tgk keindahan daratan buatan manusia ni.
alangkah best nyer if taman perumahan kita gini cantik... gini teratur...



bukan main sihat kaktus nyer :)

sepanjang jalan bunga-bunga segar mekar :) indah!




harap maklum ye, dilarang pijak rumput.
skit jer pijak nanti prettt prettt pak guard bangla bunyi kan wisel nyer hu hu hu...
negara kita, dia plak prettt prettt kan kita ha ha ha :)


singa laut ni utk pameran. dilarang duduk...
syuhada gi duduk ~ kena wisel dek pak guard bangla ha ha ha :)

berkerut dahi ku kepanasan... demi nak wefie, ku layan ajer...




time ijat lepak sini, ada pelancong dari china / taiwan berkenan dgn ijat.
ijat jeling aje pelancong-pelancong tu.
pelancong tu siap bergambo dgn ibu ijat tau... jgn jeles uolls ha ha ha ha...
agak nyer dia kata, "wah, kepoh betul pompuan ni dgn boy kerinting dia..."
lepas amik gambo dgn ibu ijat, diorang snap beberapa gambo ijat. ijat masam jer muka hua hua hua...


kempen membaca buku di tepi pantai :)




hero-hero ku :)




after weolls da abis tawaf tepi pantai, terus la masuk dlm and naik atas.
saje saje nak tgk pe benda sebeno nyer forest city ni.
next entry saya kabo kan ye. karang entry ni jadi panjang sgt ha ha ha :)

ok bye.
have a nice weekend :)

Photobucket