Aug 31, 2016

Salam Kemerdekaan Buat Semua Kawan-Kawan :)

8 comments:
Salam Kemerdekaan Buat Semua Kawan-Kawan :)

assalamualaikum  :)

#sehatisejiwa

moga kita ramai-ramai hargai kemerdekaan negara ni.
lebih ramai hargai jasa-jasa pejuang kemerdekaan.
yg jadi pemimpin, jaga la negara dari ancaman luar.
jgn jadikan kuasa dan kedudukan utk meraih kesenangan hidup sendiri.
tanggungjwb diberikan utk bela nasib rakyat...
rakyat ? support pemimpin yg anda da pilih. setia dan sayang kan pemimpin yg adil & saksama.
tanpa rakyat, sape la pemimpin tu...
tanpa undian rakyat, takkan dia dok di tempat yg dia dok tu...

yg paling penting ~ jaga agama dan bangsa yg berbilang-bilang tu.
malaysia ni bukan satu agama, bukan satu bangsa.
hormat. hormat. dan hormat.

ptg ni kak nurin tuisyen.
tghari tadi jer spend dlm 2 jam lepak kat jusco.
tu pun tak shopping, main kat tempat permainan tingkat 1 tu.
skang... lepak kat umah, anak2 tonton boboiboy the movie.
ibu nak gosok baju jap lg :)

ok la bye !

Photobucket

Aug 27, 2016

Soal Jawab Tentang Pembilan TNB

14 comments:
assalamualaikum...
pepagi ni dlm grup wassap, saya dpt info di bwh.
ok kot kalau terus share, dpt la info skit and tak le melatah ntah hape2 kan :-)
lately memang ada isu skit tentang bil tnb.
saya pun termasuklah dok cek before byr bil semlm :-)
maklum la kan. makin hari makin menaik figure kena byr meskipun kekadang usage tu mcm kurang hu hu hu...

moga sharing ni beri manfaat kpd sesape yg berkenaan...

*
*
*
*

BCRM FAQ Pembilan

Seperti semua sedia maklum, sistem pengebilan TNB sedang dalam proses dinaiktaraf berikutan pelaksanaan Billing Customer Relationship Management (BCRM). Sehubungan dengan itu, bagi mempertingkatkan lagi pemahaman, Bahagian Pembahagian ada mengeluarkan soalan-soalan lazim (FAQ) untuk dikongsi bersama warga kerja.

1.
*Kenapa saya masih tidak menerima bil bulan Julai 2016?*
JAWAPAN: TNB sedang dalam proses menaiktaraf sistem pengebilan. Bagi pengguna yang tidak menerima bil bulan Julai, mereka akan menerima bil dalam jangka masa yang terdekat.

2.
*Apakah impak kepada saya sekiranya saya lambat menerima bil?*
JAWAPAN: Pengguna tidak akan mengalami sebarang kerugian kerana TNB menggunakan cara pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pengebilan.
Sebagai contoh: Tempoh pengebilan bersamaan 35 hari
Andaikan penggunaan adalah 203kWh
Faktor prorata 35/30 hari = 1.16667
Oleh yang demikian, prorata blok pertama persamaan x 1.16667 = 233kWh
Berdasarkan pengiraaan di atas, walau pun pengguna tersebut menggunakan 203kWh, beliau masih menikmati kadar tarif pada blok pertama.

3.
*Adakah saya akan dikenakan caj penalti disebabkan kelewatan pembayaran bil?*
JAWAPAN: Caj penalti lewat bayar tidak akan dikenakan ke atas pengguna sekiranya kegagalan pembayaran disebabkan oleh pengguna tidak menerima bil elektrik.

4.
*Kenapa nombor akaun saya bertukar?*
JAWAPAN: TNB telah menggunapakai sistem pengebilan yang baru dinaiktaraf. Pertukaran nombor akaun ini dirasakan perlu bagi memastikan kami memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda.Walau bagaimanapun, nombor akaun lama anda masih boleh digunapakai sehingga diberitahu kelak.

5.
*Adakah saya perlu mendaftarkan semula permohonan Autopay atau Direct Debit dengan nombor akaun baru?*
JAWAPAN: Tidak perlu.

6.
*Bolehkah saya terus menggunapakai nombor akaun lama saya?*
JAWAPAN: Boleh. Pengguna masih boleh menggunakan nombor akaun lama untuk semua transaksi dan pembayaran bil sehingga dimaklumkan kelak.

7.
*Adakah saya perlu mendaftar semula favourite bill payment di dalam internet banking?*
JAWAPAN: Pengguna perlu mendaftar semula favourite bill payment dengan menggunakan nombor akaun baru KECUALI untuk maybank2u dan Bank Islam.

8.
*Saya telah membuat pembayaran tetapi tunggakan masih tertera dalam bil yang diterima.*
JAWAPAN: Pembayaran yang dibuat dari 8-19 Julai 2016 tidak tertera di dalam bil kerana bayaran hanya akan dikemaskini selepas 20 Julai 2016. Sekiranya pembayaran dibuat selepas 21 Julai 2016, pengguna boleh menghantar emel kepada tnbcareline@tnb.com.my.

Byline: Seperti semua sedia maklum, sistem pengebilan TNB sedang dalam proses dinaiktaraf berikutan pelaksanaan Billing Customer Relationship Management (BCRM). Bahagian Pembahagian TNB ada mengeluarkan soalan-soalan lazim untuk dikongsi bersama warga kerja.

Sumber: Bahagian Pembahagian


... ok babai. have a nice weekend!

Photobucket

Aug 25, 2016

Bravo, Mr Postman, Well Done

11 comments:
Bravo, Mr Postman, Well Done

assalamualaikum...

mesti uolls semua da tau da kan citer Mr Postman yg marbeles atas tu :)
aduhai... sgt la touching kan?
usaha... kerja keras... surat tu dari ipoh and sukses diterima di kota kinabalu.
Allahu Akbar. indah nya la...

" ...have gone beyond reasonable expectations to ensure that the letter was delivered to the right address across the Sourth China Sea."

tu yg kita nak. amanah dan bertanggungjawab.
apapun yg kita anta, sampai ke destinasi dgn sempurna.
terutama skang ni zaman shopping online.
tiap hari kot pasti poslaju busy anta parcel di sana di sini.

bekerja dgn ikhlas dan dpt pahala in shaa Allah :)
terima kasih Pos Malaysia.

ok bye...

Photobucket

Aug 24, 2016

Family Fun Day di Gold Coast Melaka International Resort

13 comments:
assalamualaikum...

tq la for landing here baca entry ni. yes, ari ni nak citer pasal hari happy kami sabtu lepas.
opis mr.asben buat family fun day di gold coast melaka, bukit katil tu.
memang teringin nak dtg gold coast ni, but sebab terlalu dekat, tak dtg2 :) ha ha ha...
bertuah badan la bila mr.asben inform, ada family fun day kat sini.

kedudukan resort ni di sebelah bayou lagoon resort saje.

pagi tu nurin ada skola tambahan, maka, nurin hanya ada separuh hari saje.
but she was ok, dia suka gi skola :)
ibu's good beautiful clever girl ~ kak nurin...


pepagi tu, seawal kul 9 pagi kami 4 beranak da sampai di gold coast.
after anta nurin ke skola tambahan.
skola nyer dan gold coast ni dlm 5-10 minit jer.

my little clever boy, izzat :)

da tak sabo nak masuk dlm pool !

wajib la selfie sekeluarga, kan. 
syg sgt, nurin takde dlm gambo ni :(





so pagi tu kami ada taklimat & ucapan...
then, ada sessi bergambo ramai2 di atas kapal...

lepas bergambo tu, patut nyer ada sukaneka tau.
but kami tak join, sebab anak2 tak sabo nak terjun kolam.
memang tu ler niat asal ~ mandi-manda...
ok la kawasan mandi-manda di gold coast ni.
ada 4 tempat bersuka ria di waterpark nyer :

  • pool ada mainan kanak-kanak
  • pool berombak
  • pool swimming biasa
  • air pancut


ni hah la pool yg ada permainan kanak-kanak.
malang nyer izzat langsung tak nak mandi-manda sini.
dia gerun tgk air pancut sana-sini :(

syuhada sorang aje yg syok main air... join anak-anak lain.

tu hah ~ melalak tak nak masuk pool tu uolls.
alahai izzat ku sayang... rugi dik oii!


berkepit dgn ibu ler akhir nyer...




ni air pancut...

ni plak pool berombak.
tapi tu la, tak brape menarik... ombak nyer malu-malu sgt nak tunjuk muka.
sebab tu ramai yg tak sewa pelampung. tak memerlukan pelampung pun :)



dlm kul 12.30 tghari saya kuar, gi amik kak nurin.
and wajib la bergambo dgn kak nurin ~ tanda kehadiran dia hi hi hi...


ni la plak pool swimming yg biasa tu la kan.
ada boat utk disewa... tu yg kaler oren bertayar pink hijau.
besar pool nyer, puas hati berenang ke sana ke mari.

and this little clever boy, izzat, was happy here.
dgn pelampung nyer... ok la tu dik. tak rugi la dtg :)




tak dpt la nak review pasal apartments nyer. tak stay. balik hari saje.
harga lebih kurang la ye utk weekend :

  • apartment 2 bilik = RM400
  • apartment 3 bilik = RM600
tiada goverment rate ye org gomen sekalian. sebab diorang kata tempat ni masih baru...

ok kalu nak dtg mandi-manda sini saje pun boleh, tak perlu stay. 
opening hours adalah 8 pagi - 7 ptg & 8 mlm - 12 tgh mlm.
harga tiket waterpark :
  • weekday 8 pagi - 7 ptg = RM30 (adult) & RM20 (children)
  • weekend 8 pagi - 7 ptg = RM35 (adult) & RM25 (children)
  • night session 8 mlm - 12 tgh mlm = RM25 (adult) & RM15 (children)

so, pada yg nak dtg melaka, boleh la kot bwk anak ke sini.
mandi manda... picnic...

pendapat peribadi ~ saya prefer waterpark di bayou lagoon than here :)

ok bye :)


Photobucket

Aug 23, 2016

Nak Kahwin? Meh Sini Ada Tips :)

15 comments:
assalamualaikum...

suka nak inform semua, ari ni ulangtahun perkahwinan saya ke 13 :)
alhamdulillah. bahagia gembira bersama 3 cahayamata yg sempurna.
rumah sendiri, kereta yg cukup selesa, pekerjaan, gaji yg cukup...
tu pasal mau share pasal kahwin ari ni :)

utk yg bujang... sedang bercinta? terutama lelaki.
ni hah tips nak kawin hakak ko nak bagi :)

Kumpul emas sebagai jaminan belanja perkahwinan

cadangan saya, mas kahwin tu guna kan dinar emas.
tak kisah la brape amaun RM yg nak diletakkan ~ tukar kpd dinar emas.
lebih simbolik. emas kan...
instead of saving dlm bentuk RM, why not saving dlm bentuk suku dinar (1.0625g)?
skang kalau tukar RM ke suku dinar is lebih kurang RM217 (harga ahli).
the more the merrier :)
then after kawin, instead of buka akaun bank nama bersama, invest lah emas bersama :)
secara individu surely by that time da ada akaun pelaburan yg lain kan (cth tabung haji, asb, etc).
tu proceed jer la. but, tambah satu lagi ~ simpanan emas.
bcoz konsep nyer 1 gram  1 bulan 1 keluarga.
just share duit gaji 50-50 utk tukarkan ringgit malaysia tu kpd emas 1 gram 1 bulan.

Kumpul emas sebagai jaminan belanja perkahwinan
mas kahwin = 13 dinar emas = RM2,000.
masa nikah thn 2000.
ari ni nilai 13 dinar emas tu kalau tukar kpd RM = RM11,000.
daripada masa tu m nasir hanya beri marlia musa duit cash, kan?

Kumpul emas sebagai jaminan belanja perkahwinan
2012 pernikahan irma hasmie pula... 3 dinar emas dijadikan emas kahwin.
masa ni nilai 3 dinar emas tu = RM2,200.

Kumpul emas sebagai jaminan belanja perkahwinan
ni fizo mawar... hamek ko 1kg emas nyer!

tak perlu la nak elaborate pepanjang kan uolls.
kaitan antara  perkahwinan / pernikahan dgn emas intan berlian ni memang tak boleh dipisahkan.
so, pe kata tak payah la nak guna kan ringgit malaysia tu, tukar kpd dinar emas.

nak kawin lagi 1 thn? 2 thn? 4 thn?
meh roger hakak ni, start saving emas dari ari ni.
terbaik. memang terbaik.
sampai time yg korang nak guna emas tu, boleh pilih 3 options :
  1. boleh lebur utk jadikan brg kemas ~ cincin ke, gelang ke, ...
  2. ar-rahnu @ pajak kan utk guna RM beli brg...
  3. jual semula, power gold beli balik dgn harga terbaik dari tempat lain.


ok... tu aje utk ari ni tips emas dari Blog Adianiez ni...

Nak Kahwin? Meh Sini Ada Tips :)

sekadar kongsi sesuatu yg bernilai :)
bye!

Photobucket

Susunan Salasilah Nasab Ke Atas & Nasab Ke Bawah

15 comments:
assalamualaikum...

ari selasa, hari yg bahagia :)
in shaa Allah.
ari ni nak share satu ilmu yg saya dpt dari grup wassap.
sharing is caring kan.
sesuatu yg penting. mudah2an dpt la kita sampai kan kpd anak2. ilmu tiada sempadan.

Susunan Salasilah Nasab Ke Atas & Nasab Ke Bawah

nasab ke bawah tu saya pernah dgr semua kecuali miat.
nasab ke atas, sampai moyang ajer pengetahuan saya sebelum ni.

:)
Photobucket

Aug 21, 2016

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Chong Wei Pohon Maaf

7 comments:
assalamualaikum...
pagi ahad ni bukit katil lencun dibasahi hujan lebat sejak awal2 tadi.
sejuk... best... nyaman...

nak citer jugak kat blog ni.
frust la bila dlcw x menang mlm td.
frust sebab ni la penampilan akhir dlcw ke sukan olimpik.
saya sgt nak kan dlcw menang emas utk diri dia sendiri.
kasik sapu la itu gold medal.
but nasib tak sebelahi dlcw. sgt sedih dia last night.
time dia tgh ditemuramah oleh wartawan arena tu, dia sebak!
saya kat sini pun sebak!!!
dia mcm lebih kpd rasa bersalah :-(

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Ching Wei Pohon Maaf

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Ching Wei Pohon Maaf

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Ching Wei Pohon Maaf

antara screenshot yg saya suka nak share.
yg paling sayu, yg last skali tu...

... Chong Wei berkata dia hanya mahu segera pulang ke rumah selepas menghabiskan tiga minggu di Rio. "Sekarang, saya cuma mahu balik jumpa anak-anak saya. Saya rindukan anak-anak, rindu keluarga" ...

kita sedih tak dpt emas di olimpik. mungkin ada yg salahkan dlcw.
tapi... tgk effort dia semlm lawan chen long, aduhai... tak mudah!
dgn lin dan ari tu pun sengit!

ni nak share surat dari lin dan utk dlcw... friendship is all about :)

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Ching Wei Pohon Maaf

" We had wins and losses, of course, allow me a little pride in saying that I won slightly more. "

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Ching Wei Pohon Maaf

" There is only you, who is fit for me to unsheath the sword that I have trained so long for. "

" When i almost didn't persevere, I would remember the promise I had with you, the promise to meet you in the semi finals. "

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Ching Wei Pohon Maaf

" Because of you, only there exists a better me. "

Sukan Olimpik Tertutup Selamanya, Datuk Lee Ching Wei Pohon Maaf

" I will take your jersey to my future child and tell him : "There is an uncle known as Lee Chong Wei, your dad's greatest rival, and also best friend" "


sgt syahdu la olimpik versi malaysia kali ni hu hu hu...
saya ni bukan ahli sukan pun. just tgk bila rasa-rasa best utk di tgk :)

pe pun, semangat kesukanan dan persahabatan gini la yg kita nak terapkan dlm diri.
mereka hanya bersukan. mereka hanya bermain.
tapi, mereka bermain dgn serius. bersukan sepenuh jiwa.
utk keluarga dan negara...

moga lebih ramai lagi ahli sukan berjiwa bersih camni dilahirkan di malaysia, seluruh dunia.
membangun secara sihat :)

ok bye...

Photobucket