Apr 21, 2017

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

(4:05 ptg)
salam di ptg jumaat nan indah dan penuh barokah. entry kedua gitu hi hi hi...
yeszaaaa... amazing days are coming uolls ~ weekend!
moga semua plan kita utk weekend ni dipermudahkan Allah. aminnn...

nak sambung citer. baling belakang few weeks ago iyer uolls...
turun aje dari cameron highlands, mr.asben decide utk ikot jalan lama, instead of ke arah highway.
nak dijadikan cerita, kami sedang pasang mata utk cari tempat lunch sebeno nyer...
tetiba lalu bebetul depan kellie's castle ni uolls 😍.
mr.asben yg perasan at first... saya tukang jerit excited aje hi hi hi...

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
alang-alang da sampai, wajiblah singgah...
dah katanya rakyat Malaysia, wajiblah amik tau sejarah negara, kan 😎.

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
William Kellie Smith
a Scotsman in Batu Gajah

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
nampak tak tu? muhammad izzat mendahului kami semua.
memang pantang pijak bumi, dialah dulu ke depan 😃😃😃.

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

muhammad izzat tiada dlm gambar ye harap maklum...
dia dah pun ke depan explore kellie's castle. mcm tau aje sejarah negara hi hi hi...

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
da di dalam kellie's castle... nun tu hah main entrance.
indah pemandangan hijau kat belakang tu kan 👍👍👍.

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

memang kebetulan cuti skola, ramai pengunjung singgah sini.
pelancong luar negara pun tak kurang ramainya.
maka, tak le terasa seram ke takot ke nak explore kellie's castle ni.
sebab, before that google la jugak pasal kellie's castle ni ~ ada terbaca yg building ni berhantu.
surprisingly, memang ada tag di kellie's castle yg tulis 'balkoni serambi berhantu'!
hadoi lah... nape la buat tag sebegitu rupa, tak ke seram uolls???!!!
BALKONI SERAMBI BERHANTU
"Ghostly Cloister Balcony"
William Kellie Smith telah meninggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal dan telah dikebumikan di tanah perkuburan British. Namun rohnya dikatakan berlegar pada waktu malam, terutamanya sepanjang koridor, bagi menjaga rumah agamnya ini.
maka, saya ni yg memang ngaku penakot, memang tak byk amik gambo dlm building ni.
kena gi and experience sendiri la ye. built up nyer memang marveles.
ada le part part yg di touch semula utk kukuhkan struktur. but mostly, memang marveles.
ianya adalah sebuah building yg tak siap... tak sempat disiapkan.
antara bilik anak-anak kellie tu, ada lorong rahsia yg connect tandas diorang.
ada very small stairs. ada tali penghalang. tak boleh guna tapi izzat nak turun situ!!!
hadoi lah! ibu ni dah le seriau, anak bertuah sorang ni plak excited over sgt.

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
... bakal dijadikan lif pertama di Malaya tau.
tapi tu la, tak sukses nak import masuk lif dari england, kellie meninggal dah...

then ada lif. sgt original tau bentuk nyer. lif zaman dolu2. boleh kot tgk dlm citer koboi omputeh.
tak boleh masuk, tgk jer dari luar...
kami anak-beranak naik building ni sampai la ke atas bumbung tau.
naik letih kepala lutut naik tangga nyer yg kecik-kecik...

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak


Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
paling tinggi tau.
nampak tak tu, tgn izzat digenggam erat oleh mr.asben.
setakat ring halus ditebing tu, hadoi lah... seram ibu wahai anak oii.
karang takot ke bawah pergi nyer! Allahu Akbar.
tak lama kat atas ni. angin kuat. matahari terik. marilah turun ye anak-anak...

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
again... nampak tak?
izzat mengetuai rombongan kami 😄.
seriau lagi nak turun anak tangga kecik molek ni uolls.

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak
ni plak building di belakang kellie's castle.
iaitu kellas house.

ada juga noticeboard yg citer. kellas house ni adalah rumah pertama kellie dan wife, agnes.
bila diorang da ada 2 org anak ~ helen & anthony, kellie start bina istana utk agnes ❤❤❤.
ala-ala story taj mahal lah ni uolls.
tapi tu la, selepas balik dari england (nak uruskan lif tu lah) kellie ke portugal.
di situ lah dikatakan, mengikut sejarah, dia meninggal.
maka, tersadailah projek istana utk agnes.

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

mengikut noticeboard yg ada di situ, agnes tak mampu la nak dok situ tanpa kellie.
dia jual semua ni kpd ejen hartanah. and agnes tinggalkan malaya for good.
and dikatakan kellas house ni runtuh / rosak time perang dunia ke-2.

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

ada satu board tentang sejarah ni... but mcm kecik sgt kan tulisan nyer... jap saya taipkan.
boleh la kot baca tambah ilmu...

Rise Of Wonders : Kellie's Castle, Batu Gajah, Perak

" Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra, India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau telah kembalik ke rumah beliau untuk berkahwwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes. dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan meraka yang bernama Hellen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengabil alih kerjaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tennis berlantaikan simen.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya. "

something simple ~ just a plain building... but sejarah di belakang nyer tu sgt menarik.
omputeh dtg ke malaya. membangunkan tanahair kita. it was a kind of penjajahan.
but... tu la.

kena singgah.
sekali seumur hidup ke sini. suatu peninggalan sejarah yg unik.
tahun 2017 ni kan tahun melawat perak 😍.

4 comments:

  1. dah lama teringin nak pi sini. belum smpai lg hehe

    ReplyDelete
  2. Tak berjaya lagi singgah.. Asyik lalu je.

    ReplyDelete
  3. Tak berjaya lagi singgah.. Asyik lalu je.

    ReplyDelete
  4. teringin juga nak pergi sini, tak pernah sampai pun

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi...
Nanti aida balas kunjungan ye :)