Sunday, October 22, 2017

Menu Sarapan | R&H Cafe Satay Maharani, Muar

assalamualaikum...
baru la dpt update blog. baru dpt relax depan tv di umah ku syorga ku 💚.
rabu - khamis holiday di JB. 
jumaat - sabtu balik kg plak, umah emak abah tersyg.
balik umah emak abah, memang out of internet coverage ler uolls. tiada apa ler yg nak di update kan 😅.
now la baru nak select gambo nak upload. edit mana patot. bubuh ler watermark yg simple tu...

dari rabu tu, di JB, cuaca memang panas terik uolls. hingga la ari ni.
tadi lalu di timeline fb saya --> Panas terik kesan tempias Taufan Lan.

..."Semenanjung menjadi kurang berawan, cuaca stabil dan insolasi (radiasi pancaran matahari) dan suhu meningkat. Cuaca panas akan berterusan beberapa hari untuk keadaan cuaca musim peralihan monsun kembali. Dijangka ia menyebabkan keadaan berawan dan hujan pada lewat petang." katanya kepada BH. Beliau mengulas fenomena cuaca panas kering yang dianggarkan melebihi 33 darjah celsius, melanda ibu kota dan semenanjung sejak selasa lalu. ...
so, bertabah la kita kan beberapa hari ni. minum air byk. kurangkan kot aktiviti luar rumah. terutama anak-anak. in shaa Allah...
ok ok nak citer ni. plan jjcm ke JB beberapa kali dah terbatal... tertangguh... dek krn memcm sebab.
latest is few weeks ago - sukan skola izzat
so ntah camne, isnin pagi baru mr.asben wasap and informed yg dia cuti khamis & jumaat.
hmmmm as for saya, takde kelas = mid-semester break 😎. terus lah tercetus 💥💥💥.
tanpa lengah-lengah, masa tu jugak terus call Thistle JB. yeszaaaa, dipendekkan citer, yahooooo kami jjcm ke JB!!!

rabu tu, pepagi kami dah gerak ke JB. tapi ikot jalan dlm la nak ke muar. mau bekfes 👍👍👍.
ni kali kedua saya & anak-anak bertiga ke r&h cafe ni. pertama kali dulu kami gi dgn geng ofis, picnic di kuala tanjung emas.
sekarang ni uolls, r&h cafe ni dah pinah tau 👇👇👇.

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
so kalau korang nak gi, carik la r&h cafe satay maharani ke dua.
di jalan temenggong ahmad.

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
agak selesa la kat sini uolls. mudah nak parking. 
kawasan nyer luas. if penuh, uolls boleh parking kat tepi jalan kat luar jalan ni.

kalau dulu, r&h cafe ni bebetul kat depan bus station muar tu. dekat dgn end of the road nak masuk simpang.
amat ler susah nak parking kereta, jalan utama tu. dah le r&h cafe ni no 1 kalau search tempat makan di muar.
now, better la.... dipermudahkan.

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
kami sampai pagi tu, memang agak penuh la r&h cafe.
cuti umum kan uolls... ada 2 area makan la, dlm cafe & kat luar. kami tak pilih pon luar ke dalam.
nampak aje meja kosong kat dlm, terus duduk. org ramai, tak boleh ler nak pilih-memilih...
walaupun panas kat area luar tu, matahari pagi, tetap penuh tau meja-meja nyer. 
selesa... meskipun ramai org, layanan sgt cepat. kami tak sempat rasa bosan, makanan da sampai.

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
ibu memang malas nak selfie. kakak-kakak jadik mangsa. izzat tak sporting masa ni...

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
waktu operasi : 7 pagi - 12.30 tghari setiap hari, kecuali jumaat.

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
menu dan harga

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
ini la dia yg paling kami cari 💙. satay maharani...
lupa plak nak kira brape cucuk, but suka nak inform, satay kita tak perlu order.
sebab memang akan diletakkan sepinggan satay mcm 👆👆👆.
nanti hanya akan dikira brape btg satay yg kita makan aje.

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
mee rebus jawa. pilihan saya & kakak-kakak.
saya hirup kuah nyer hingga ke titisan terakhir. sedap. i like...

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
roti manja. mr.asben's... it was nice 👍.

Menu Sarapan | R&H Cafe Sate Maharani, Muar
meatball kampung ku. ni sedap 👍👍👍. ni pon mr.asben yg order.
meatball nyer moist! gravy nyer marbeles... recommended.

settle makan, baru la kami gerak ke JB. our morning started with 💛💥💛💥 💛 and sgt best perasaan nyer.
berputar dah otak saya dok plan what to eat next for lunch 😃.

ok bye for now... nanti mlm baru nak select lagi gambo for next JB entry.

10 comments:

  1. sedap2.. boleh la try gi sini klu dtg muar

    ReplyDelete
    Replies
    1. recommended cik EN.
      terpulang kpd tekak masing2.
      ia sesuai dgn tekak saya alhamdulillah...

      Delete
  2. panas - panas macam ni memang rasa malas nak keluar gi jejalan , huhuu , terliur tengok semua makanan kat atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes CCL. last week panas, ya Allah!
      tapi tu la bila panas tu, mudah nak berjalan.
      tapi aida dok bising kat anak2 agar minum air suam byk. wajib!

      Delete
  3. wow menarik semua makanannya tu..kenan jjcm ke johor jugaklah nanti saya ni blia tu entah la pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida ke johor memang utk makan-makan aje AA.
      legoland in shaa Allah thn depan. kumpul duit dulu :)

      Delete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)