Monday, May 07, 2018

Day 7 ::: A Photo Of An Animal You’d Love To Keep As A Pet

assalamualaikum 😌


2 hari lagi ke hari mengundi 😀. berdebar???
sure hari ni dah ramai yg dah gerak balik kampung utk mengundi.
cuti di tgh minggu uolls. memang amik cuti seminggu lah kan... unless da tukar alamat di tempat bekerja. lebih mudah.

ok ok ok... day 7 challenge. kena plak bercakap pasal pet. hu hu hu saya ni tak suka membela haiwan.
sebab tanam pokok pun tak terbela @ mati kering, ini kan plak nak bela haiwan 😄.
kalau tak bebetul membela, jatuh plak hukum berdosa nanti. bela haiwan ni mcm bela anak jugak.
kena beri makan.
kena beri minum.
pembersihan. tempat utk ia berak kencing.
kena bagi ruang utk ia bermain...
tempat tinggal yg selesa, ini keutamaan...

one thing, saya ni memang penggeli semua haiwan berbulu.
anak patung anak-anak saya pun dulu-dulu jarang saya belikan yg berbulu. 
adik-beradik saya memang suka la menyakat saya kalau ada benda berbul-bulu halus ni.
penggeli saya tahap maksima. cannot help it.
kesimpulannya, kucing pun saya tak pernah belai. apatah lagi nak bela.

burung saya suka. dari kecik, abah saya bela burung. kat belakang rumah memang ada sangkar besar dgn mcm2 jenis burung dulu tau.
burung merpati lah... sampai satu masa, abah lepaskan semua burung-burung yg kami bela.
lepas... bebas... kembalikan mereka kepada alam semulajadi 😄.

ok ok ok... saya teringin nak ada ni hah 👇👇👇.
nanti umah baru da boleh duduk, nak buat proposal kat mr.asben. boleh ke tak nak bela ikan.

Day 7 ::: A Photo Of An Animal You’d Love To Keep As A Pet

  1. akuarium yg sederhana. mudah nak hias. mudah nak dibersihkan. maintainable lah kiranya.
  2. ikan hiasan yg berwarna warni. kecil besar sederhana... wajib ada pokok hijau, jambatan, batu batu yg indah. sederhana aje, tak mau pepenuh sgt!
  3. bila mlm, pasang lampu. wow! bunyi air tu pasti nyaman ajer. 
  4. elemen air kan dikatakan elemen feng shui kan. in shaa Allah. yg baik-baik saje.

and ni maklumat yg saya baca-baca jap tadi. saya combine dan bubuh dlm own words ye...

  • memang ikan berenang di akuarium selama 10 minit dapat kurangkan tekanan darah tinggi dan detak jantung berlebih. dapat kurangkan stress, tingkatkan ketenangan dan kurangkan ketegangan otot.
  • dalam waktu yg lebih singkat, 5 minit, memandang akuarium boleh menghipnotis dan menenangkan. ini adalah sebab kecenderungan genetik manusia yang berkaitrapat dengan alam semulajadi.
betul lah pilihan saya tu 👍.
tak sabar plak nak realisasikannya...
teringin jugak nak buat kolam kecil kat laman. yg siap-siap ada air pancut. ala-ala bali gitu.
then bela ikan warna warni jugak. pepetang, dok kat meja kopi, minum petang tepi kolam.
wah... nyaman nyer rasa kan. unsur air jugak tu...

Day 7 ::: A Photo Of An Animal You’d Love To Keep As A Pet
ikan koi... dpt 3-4 ekor jadik la... mahal kan ikan ni?

p/s : korang ada pet apa yg sekarang? selain daripada kucing  ðŸ˜Ž

ok. sampai tu jer la sharing pagi ni.
nak blogwalking jap. releks kan minda, lari dari lambakan assignments.
👌

30 comments:

  1. Setuju...sokong...bela ikan kak....2..3 hari tukar air..bersihkan akuariumnya..bagi makan setiap hari...insyaAllah panjang umur ikan tu...nak lagi mudah bela ikan yang agak tahan lasak,jadi bila kita bercuti sehari dua tak risau sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la, PC. akuarium sederhana aje impian akak. Lebih kpd nakkan bunyi air tu. Ikan yg mudah jaga. Nak kena survey kan.

      Delete
  2. Dulu kat rumah ayah ni ana pernah bela arnab. First batch mati sebab sakit. Second batch menjadi sampai beranak banyak. Haru kejap masa tu sebab takde tempat dah. Kena lah bagi ke jiran dan sedara mara. Lepas tu stop terus sebab tak larat nak bersihkan najis dia especially urin dia yang kuat bau tu. Huhu. Sekarang dah takde bela apa dah sebab selalu takde rumah. Kang naya je ke hiawan2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Arnab beranak memang byk ekk, Na. Aida tau dari member. Itu la. Bab takde umah selalu tu. Ikan pon kalau lama sgt tinggalkan umah, masalah juga...

      Delete
  3. hahahha saya suka tgk burung berterbangan..kalau nak bela tu ambik masa panjang sikit sebab xsempat anak2 kecil lg..hihii tapi terapi juga tu bela ikan..ikan ekoqnya warna warni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tulis entry ni baru teringat yg abah Aida ada pernah bela burung byk. Takde gambar plak :-(
      Sebab ikan dlm akuarium cantik. Jadik mcm deko dalaman.

      Delete
  4. Bela ikan senang. Hehe.. Saya ada banyak kucing kat rumah ni (sebab mak ayah suka pelihara dan rescue kucing jalanan). Payah juga nak jaga, nak buang najis, makanan dia, kalan nak gi jalan2 pun tk boleh lama2 nanti sapa nak jaga pulkan. Leceh betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg ipar saya pernah bela kucing. Now no more sebab agak susah sebab dia selalu xde umah. Now, dia bagi makan kat kucing yg dtg. Maintain ada 3 plate of makanan kat laman. Kucing jalanan, kucing jiran2 pon dtg join makan.

      Delete
  5. aritu ada bela ikan kecik kecik tu apetah namanya.. ikan gapi kot.. lama jugak jangka hayat ikan tu smpailah anak saya hari hari bagi makan.. lepas tu mati kekenyangan agaknya.. hahahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai :-) mati kekenyangan la plak ekk. Hadoilah... Bela pe pon ada risiko ekk. Tu la. Kena fikir dalam2 before nak komitkan diri membela pet.

      Delete
  6. Dulu ada hamster, 3 tahun bela hamster tu sampai la dia terkena kanser mulut..then mati terus..sejak dari tu tak pernah ada pet dah..dulu- dulu ada la akuarium..macam2 ikan bela bersilih ganti sampai la yang terakhir ikan flower horn, mati gak sebab dia pi gigit wayar akuarium tu..terus xde bela apa dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow, flower horn. Dedolu glamer flower horn ni. Ikan ong gitu :-)

      Delete
  7. teringin nak bela kucing,.tapi tu lah duduk sorang2
    rumah soho pulak. susah! hahhaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes Khai. Susah kalau sensorang. Nanti khai xde, ke mana la si comel nak bw diri :-)

      Delete
  8. masalahnya ikan pun saya takut nak jaga sebab kena komited bagi makan. lagi satu diorang tak boleh bersuara kalau lapar.

    kalau kucing tu selalu belek hari-hari dan mengiau jadi senang nak bela jugaklah kot. haha.

    tapi suka juga tengok ikan hiasan ni. leka. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pe pe ada risiko ekk, hasif. Sebab tu le sampai skang saya xde pet kot. Komitmen tinggi.

      Delete
  9. Dulu pernah nak cuba bela ikan, tapi asyik mati je..hehe..suka tenung ikan berenang-renang dalam akuarium yg ada lampu kaler2 tu, rasa peace and calm je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la. Suka sgt tgk ikan dlm akuarium yg kalerful. Meriah. Damai. Feeling nice sgt...

      Delete
  10. Sis ni memang pencinta kucing. Pantang tengok kucing mesti nak belai..hehehe.
    Dekat rumah memang ada 3 kucing..tapi kucing boarding dan rescue pun ada kadang2.
    Ikan tak pernah lagi bela..takut kang habis kucing kat rumah ni makan..hehehe

    ReplyDelete
  11. Kita dulu pun suka bela ikan memang ada akuarium besar kat rumah ni tapi lama-lama dah bosan lak tengok ikan-ikan tu terus tukar lak minat binatang lain hehehehe kelakarkan...

    ReplyDelete
  12. I love all animals. Had so many since I was young from rabbits, mice, hamsters, birds, cats, turtles and fishes too. So many types of fishes - my favourite was the siamese fighting fish. So beautiful when they spread their tail.

    ReplyDelete
  13. saya bela kucing je. dulu pernah bela ikan laga warna-warni tu tapi kejap je hidupnya sebab tak pandai jaga agaknya hihi.. best jugak bela ikan, stress je tengok akuarium tu

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. T.T why...kitties are super cute and cuddly. huhuuhuh but still fishes are a good compliment to the home. And yes it does help with the feng shui of the house, I would say is more towards because humans are very accustomed to the sound of water. It's a natural anti-depressant.

    ReplyDelete
  15. Lama dah tak tenung akuariam tengok ikan sebab boleh hilangkan stress. Ada akuriam kecil di rumah pun dah okay senang nak jaga dari saiz akuariam yang besar.

    ReplyDelete
  16. Emi pun kalau nak bela pets, emi bela ikan kot. Sebab emi takut kat binantang berbulu seperti kucing dan arnab haha. So takde choice sangat

    ReplyDelete
  17. Airah memang suka bela ikan macam ikan hiasan gapi ke ape tu cantik kalau letak dekat rumah.tapi ni dah pindah memang tak bela la

    ReplyDelete
  18. Umah ika ada kucing je . Tapi.kucing tu kami tak bela. Dia mai sendiri.bila bagi makan. Dia.buat rumah tu rumah dia. Dia duk kat luar rumah je.

    ReplyDelete
  19. Sip la..kita sma kak takut binatang bulu lagi2 kucing adoiiii mmg x blh la if lalu..even lgi 3 meter pun dah standby nak lari..hahhahaha ikan koi tu murah bila beli mase kecik..ikan ni kuat mkn..cepat besar hehe untung beli masa kecik

    ReplyDelete
  20. Rumah abah sha pernah ada aqurium nie.. memang seronok tengok ikan berenang-renang.. rasa rileks je.. Sha pernah bela kura-kura.. best..

    ReplyDelete
  21. eh sama lah nak bela ikan jugak nanti cuma tak jumpa lagi stand nak letak akuarium tu.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)