Sunday, June 10, 2018

Day 26 ::: A Photo Of Somewhere You Want To Go

assalamualaikum korang-korang semua 😃

saya ni memang suka berjalan.
setakat ni, takde perancangan jauh-jauh seberang laut china selatan pon.
dedekat aje plan yg ada dlm kepala ni.
menabung dan menabung dan menabung dulu...
gi holiday ni, kita kena byk duit. hotel / homestay wajib selesa dan bersih.
perjalanan ke sana, tak kisah la naik kenderaan pe pun, kena la spend duit agar selamat pergi dan balik.
then, paling penting, bila holiday ni, kita kena spend utk makan-makan. tu wajib.
saya & mr.asben memang kaki makan. pantang la ke mana-mana, agenda utama kami, makan 😄.


gambar lama dari entri ni 😍

da berkali-kali ajak mr.asben ke langkawi, masih lom ada kesempatan.
nak ke sana bwk anak, drive saje.
naik kapal terbang, kos tinggi. dok hunting for harga terbaik dan termurah, tak pernahnya dpt. tak kuasa dah nak survey flight.
naik ets, lebih kurang kot kosnya dikira-kira dgn flight hmmmm... just murah skit lah kot.
better naik kereta.
along the way boleh menyinggah-nyinggah di mana-mana.

why Pulau Langkawi?
  1. bila driving, ke pulau akan naik feri. gonna be first experience utk anak-anak naik feri. beri mereka pengalaman.
  2. di sana planning nak stay di Pantai Chenang. di tepi pantai. area Pantai Chenang pun now happening. mlm memang boleh berjalan-jalan la kan. tempat makan pun mudah.
  3. 👍👍👍 di Pulau Langkawi ada laut  & pantai. ada juga air terjun. then, nak bwk anak-anak naik gunung by cable car. di area situ pun byk tempat boleh bersiar-siar. termasuk la kilim geopark langkawi. yg ni menyusuri sungai pula. then boleh island hopping. kesimpulannya, memang byk tempat boleh bwk anak-anak.
  4. makan chocolate murah!!! boleh la, lebih murah dari semenanjung, kan hi hi hi...
  5. aim tak la spend time di Pulai Langkawi saje. most probably nak singgah dan bermalam di Perlis or Kedah. dua negeri ni saya tak pernah stay and jalan-jalan. teringin!
moga thn depan dpt la kami ke Pulau Langkawi sefamili.
seronoknya bila plan holiday ni, kan. terasa nak gi sekarang jugak hi hi hi hi...
tapi tu la, very the cannot. cuti sekolah 2 minggu ni nanti dah le puasa & raya.
tak dpt ler plan pape holiday pon. holiday ke umah sanak-sedara aje lah.
raya is the very best time to ziarah sanak-sedara dan kawan-kawan. meriah.

then sedang cari tarikh yg sesuai nak ke 👇👇👇...

Singapura...

tak la drive ke sana. nak gi naik bas. now kan byk trip balik hari ke Singapura.
just dpt jalan-jalan lihat panorama Singapura aje... tgk mercu-mercu tanda di sana.
tak berniat utk stay di singapura pun. prefer stay di JB. JB best! suka ke JB.
USS tu tgk la di masa akan dtg. sekarang ni Izzat masih kecil, tak best plak nanti dia byk attractions yg dia tak boleh naik, kan. rugi!
so saya plan jalan-jalan Singapura saje dulu. makan murtabak singapura di singapura.
asyik makan kat JB, muar or melaka aje kan. nak gak pekena di negara asalnya 😀.
nak bwk anak-anak ronda singapura in one day :-
  • Merlion Park
  • Esplanade
  • Garden By The Bay
  • Mustafa Center
  • Bugis Street
  • Arab Street - Masjid Sultan
  • Sentosa Island - Palawan Beach
  • Sentosa Merlion
  • Marina Bay Sand - Light and Water Show
  • Globe USS (tak masuk USS)

tu la dua aje planning saya.ntah bila akan ditunaikan.
mengenangkan anak nak exam, tu yg lemah rasa kaki ni nak holiday...

moga menjadik la kan...
aminnnn...

2 comments:

  1. mcm dah lama jugak rasanya tak berjalan. teringat pulak lepaih dok godek2 tgok blog ni..

    ReplyDelete
  2. jgn g langkawi time cuti sekolah sesakkkkkkk weekends x pe...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)