Tuesday, October 30, 2018

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

assalamualaikum 😊
sebelum ni, saya dah review citer hindustan. citer yg menarik, Pad Man.
korang da tgk lom citer Pad Man? wajib la tgk. amik iktibarnya. amik semangatnya 😉.
oleh kerana itu, pepagi ni nak update blog dgn satu lagi movie yg telah ditonton weekend lepas, dgn kak Nurin. kali ni citer korea plak.
kak Nurin tu memang suka sgt drama korea. sejak tukar ke android box ni, hmmmm mudah la kami nak layan drama korea.
and this movie, Be With You is highly recommended lah...
mengalirlah jugak air mata saya, membasahi pipi time tgk movie ni. syahdu! 

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian
Soo-ah (isteri)
Woo-jin (suami)

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

bermula cerita dgn kematian Soo-ah. meninggalkan Woo-jin dan anak lelaki, Ji Ho.
Soo-ah berjanji akan kembali di musim hujan, setahun kemudian.
Woo-jin dan Ji Ho hidup berdua. kurang terurus. tanpa isteri. tanpa ibu, utk menguruskan mereka.
Woo-jin berusaha keras utk cari rezeki dan menjaga Ji Ho sebaik-baiknya.
korang pun tau la, bila ayah jaga anak, takkan sesempurna bila diuruskan oleh ibu.
apa yg penting ialah anak tu selamat, kan 😌. dia tidak merasakan yg Soo-ah akan kembali.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

namun, si anak, Ji Ho percaya yg ibunya akan kembali bila musim hujan tiba. ni pengaruh dari satu buku cerita yg dibacanya.
mengisahkan ibu penguin yg memerhatikan anaknya di bumi dari awan. bila musim hujan, awan tu akan turun jadilah hujan, kan.
maka turunlah si ibu penguin bertemu anaknya di bumi. mereka bersama seketika sehinggalah tamat musim hujan.
bila tamat musim hujan, ibu penguin perlu segera balik ke awan. tinggalkan anaknya di bumi.
maka, atas kepercayaan ini, Ji Ho sentiasa berharap agar dtg la musim hujan. 
perasaan dan kepercayaan anak kan, logik atau tidak, belakang kira lah...
dia sgt rindukan ibunya. dan berdoa agar ibunya turun dari awan juga.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian
Soo-ah & Woo-jin waktu bercinta. sweet sgt kisah percintaan mereka.
rupanya mereka tidak bertepuk sebelah tgn.
kedua-duanya jatuh hati lebih kurang pada waktu yg sama. love at the first sight...

tibalah musim hujan...
Ji Ho sungguh excited. memang benar!!! ibunya kembali.
namun, si ibu tiada memori berkaitan dia, ayahnya mahupun kehidupan mereka sebelum ini.
Ji Ho gembira tak terkata.
namun, dlm citer ni, dari raut wajah Woo-jin, dia agak confused. takut mungkin. tak percaya mungkin!
ye la, yg dah mati, kembali hidup. tiba-tiba muncul... confirm takut, kan?

kembalilah mereka hidup bertiga.
sehari demi sehari Soo-ah mengenali keluarganya dan dirinya sendiri.
aduhai... 
si suami kembali beristeri. bersama-sama lepak di mlm hari. bercerita. gelak bersama.
si anak kembali ada ibu. bermanja. bermain.
hidup Woo-jin dan Ji Ho kembali lengkap.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

namun, di pertengahan kegembiraan itu, Soo-ah kenal dirinya, mula tahu kisah silam mereka dari diarinya sendiri.
maka, tahulah dia kenapa dia kembali.
maka, tahulah dia kenapa dia berada di sisi suami dan anaknya semula.
dan tahulah dia bahawa dia bakal pergi meninggalkan mereka sebaik sahaja musim hujan berhenti.
aduhai... selepas dari ni sgt la sedih korang oii...
Soo-ah mula membentuk semula Ji Ho agar tahu buat keje sendiri seperti mandi sendiri dan sediakan makanan.
Soo-ah menjaga Woo-jin sebaiknya dan menyediakan suaminya itu agar boleh terus hidup teratur bila dia telah tiada nanti.
mereka bertiga menghabiskan masa bersama-sama sambil sama-sama berdoa agar musim hujan tidak berakhir.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

mereka bersama-sama sempatlah meraikan hari jadi Ji Ho.
utk ini, Soo-ah telah membuat perjanjian dgn kawan baik Woo-jin, si pembuat kek, agar setiap tahun di hari jadi Ji Ho, sehingga usianya 20 tahun, hantar kek dan sekeping kad kpd Ji Ho.
aduhai....
sayu nyer... kasih seorang ibu. meskipun telah tiada bersama, setiap tahun pasti ada sekeping kad sampai ke tgn anaknya.

Review Movie | Be With You : Janji Kembali Dari Kematian

berakhir saje musim hujan, sang mentari menyinari bumi.
bermulalah kesedihan melanda 2 sekeluarga ini di mana, si ibu terpaksa pergi sekali lagi.
aduhai... si anak melaung-laung memanggil ibunya. memeluk erat ibunya. ibarat tak nak lepaskan!!!
si ayah redha...
ni la dia hakikatnya yg si isteri terpaksa pergi selamanya. dia ada cubaan utk tidak membiarkan isterinya pergi, namun... tidak berjaya 😔😔😔.

💜💜💜
a simple family story. not so much on cintan-cintun.
ia berkaitan dgn semangat kekeluargaan. betapa peranan ibu itu sgt penting dlm kehidupan seorang suami / ayah dan anak-anak.
kelihatan bahawa peranan ibu seperti memasak, mencuci pakaian, menyediakan hidangan di atas meja, melayani suami dan anak-anak, semuanya seperti remeh dan mudah.
namun, dlm movie ni dipaparkan betapa lumpuhnya mereka tanpa si ibu.

dan movie ni memaparkan satu sudut penting di mana waktu-waktu bersama keluarga tu sgt la penting.
sgt la perlu kita mengisi masa kita bersama keluarga sebaik mungkin.
makan bersama.
beriadah bersama.
berborak-borak. bergelak ketawa.
kerana moment sedemikian takkan berulang sekiranya salah seorang dari ahli keluarga tiada lagi di dunia.

sudut ni lah yg saya dpt rasakan sgt penting.
ye la kan. kita ni sekarang heboh dgn keje dan gajet.
keluarga diketepikan. anak-anak tidak dipedulikan. aduhai...

movie ni jalan ceritanya agak slow di part part tertentu.
then terdapat byk throwback moments. mesti tgk setiap plot plot yg dipaparkan utk lebih faham dan menjiwai keadaan mereka.
the best part is bila Woo-jin membaca diari Soo-ah, tentang kisah percintaan mereka.
this part, korang kena tonton sendiri. what happened actually. why here? why there? why now?
interesting points saya tinggalkan bagi korang tak la tau semuanya ye.

till then... tu jer la sharing saya.
mcm nak tgk balik jer citer ni nanti.
nice. kak Nurin pun sgt suka citer ni 👍.

25 comments:

  1. Bergenang air mata sha baca review Aida ini.. Kebtulan pula masa baca entry Aida ini Sha bertugas di luar, meninggalkan anak-anak dengan encik suami.. Terasa perasaan itu..

    ReplyDelete
  2. Menarik cerita nih..boleh nengok nanti.

    ReplyDelete
  3. baca review ni pun dah berair mata, mcm mana nak layan ni..maybe sbb ada persamaan dgn my life story cuma beza skt.. emm.., mcm nak layan but kena kat rumah..dlm bilik sorang2. kalu tak sure sedu sedan nanti.. tq for sharing

    ReplyDelete
  4. glad you sharing about this movie, I not seen this movie before. I watch Korea movie too but usually see the K-drama more. Now you mentioned this I can go check this movie soon.

    ReplyDelete
  5. Alamakkk... Macam best jer citer ni Aida. Isteri dia sebenarnya hidup ke atau dah mati? Haishhh... Macam nak kena tengok je ni. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  6. Nampak macam best tapi rasa sedih pun ade. Dah lama sebenarnya tak tengok cerita korea ni. Tak ada masa. Selalu je tengok orang cakap tengok cerita itu ini. Teringin nak tengok tapi tak berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  7. aihhh baca kat blog AIda pun, linda dah nangis..nanti nak tengok citer ni lah

    ReplyDelete
  8. wah.. ni mesti citer yang tangkap leleh punya kan.. TB pun suka tengok cerita korea .. tapi tu la.. kalau sedih.. sedih sangat2 kan.. kalau lucu.. lucu sangat2.. hahaha

    ReplyDelete
  9. Alamak citer korea ini kita kurang sikit lah biar pun heroen cantik atau hero hensem mana pun hehehehe sebab bukan jiwa tapi boleh lah tengok sikit-sikit bahagian yang kelakor wakakakka...

    ReplyDelete
  10. I love to watch Korean movie. Will ask my husband and children to watch it together.

    ReplyDelete
  11. Nampak best. Kena donlid lah jawabnya. Lama tak layan korea dah. Swkarang byk layan hindi ngn mat salleh je. Melayu kadang kadang hehehe

    ReplyDelete
  12. Alamak terjebak lagi ke drama kpop tapi drama ni mcm best. Kekeluargaan sangat. Nak kene tengok ni. Thanks kak share this.

    ReplyDelete
  13. waa mcm menarik jugak ye bila baca review cerita ni..mmg best if genre kekeluargaan ni, mesti sedih kan bila part si ibu kena pergi, then hantar kek setiap tahun tu..nanti nk tengok jugaklah movie ni hehe..

    ReplyDelete
  14. minat k drama ye? kawan saya pernah cerita pasal filem ni. katanya best dan sedih.. tengoklah kalau ada masa saya download. hehe. tq

    ReplyDelete
  15. Kalau cerita Korea memang semua best-best. sanggup maraton sampai habis. Nice review with ur style. Kita akan serch cite ni. Hehe

    ReplyDelete
  16. Cerita bang Ji sub memang kebanyakannya sedih belaka ...

    ReplyDelete
  17. Adi ni buat sy nak tengok cerita ni je, sampai hjg x cerita hbs. Ok, nnt sy cari masa utk movie time!

    ReplyDelete
  18. Last drama korea yg emi tengok, familiar wife. lepastu tak sempat tengok lagi sebab busy. Dah tak busy nanti nak try tengok la cerita ni.

    ReplyDelete
  19. Stories like that will make me cry badly but I like the story line and how it goes.

    ReplyDelete
  20. sedihnya cerita ni...rasanya kalau menonton mesti saya menangis teresak-esak..bayangkan kasihnya seorang ibu, cintanya seorang ayah dan harapan anak....takleh bayangkan...

    ReplyDelete
  21. Ruby dah tengok movie ni di TVN. Memang best sebab pelakon yang best. Muka Korean habis pelakon lelaki dan wanita tu. Pelakon wanita tu ada berlakon filem A Moment To Remember. Itu pun sedih. Tapi yang kali ini ada anak. Anak dia paling rindu mak dia. Bapak dia rindu juga cuma mcm biasa la muka cool. Babak ruby suka dalam filem ni bila mereka Ingat mereka bertepuk sebelah tangan masa zaman sekolah tu. Rupanya masing2 ada crush. Kawan baik lelaki tu sampai tua ada. Memang bagus cerita ni. Puas hati tengok.

    ReplyDelete
  22. Cite no mmg best kak pun dah tgk heee..pengajaran jgn cepat berputus asa

    ReplyDelete
  23. I love korean drama / movie.. gonna go and watch this one.. looks sweet and nice story line... great movie..

    ReplyDelete
  24. Pernah tengok iklan dia jer...
    Baca reviews Aida ni sedih kalau nak tengok kat rumah kena tunggu line clear la nampak kalau ada kids nanti bila nangis kena bahan huhuhuu...

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)