Tuesday, February 26, 2019

Lunch Reunion | Makan di Restoran Asam Pedas Pak Man

assalamualaikum 😌

lama dah gambar-gambar 👇 dlm draft folder.
terlupa nak update dek kerana lambakan entri draft 😅.
ada kalau just edit gambar masuk dlm draft tanpa ada idea nak buat ayat.
tangguh tangguh la...
kemudian, terlupa.
since ada masa skit ptg ni hah, marilah mengarang. jap jap lagi bebeerapa minit Izzat pun sampai ni. balik dari skola.
dah tak dpt si ibu ni pegang laptop, update blog dah... lagipun this is another moment yg wajib saya tempek dlm blog. nak dikenang sampai bila-bila.
throwback tghari Isnin (4.2.2019) lepas, minggu cuti panjang CNY 2019.
Ahad ke Selasa tu memang adik-beradik saya dtg berkumpul di rumah, Bukit Katil.
holiday di Melaka jer kami-kami.
nak dijadikan cerita best, abang saya bwk student dia satu bas dari UUM jalan-jalan Melaka.
diorang ada bengkel 3 hari 2 mlm di PD. ntah la bengkel apa.
Isnin tu, memang tentatif program diorang nak makan asam pedas Melaka, merasa keria antarabangsa, lepak di Jonker Walk, naik cruise menyusuri Sungai Melaka 😊😊.

maka, memandangkan saya la jadi tukang reserve tempat di Restoran Asam Pedas Pak Man, teruslah kami plan utk lunch sekali dgn rombongan abang saya.
lagipun, abang saya sorang ni sgt jarang nak join reunion dgn kami.
dia jauh di UUM, kan. sorang tercampak di utara jadik lecturer hu hu hu hu...
alang-alang abah emak pun ada, marilah berjumpa dgn anak boy nyer yg jauh di mata 😌.

Lunch Reunion | Makan di Restoran Asam Pedas Pak Man
asam pedas tetel confirm pilihan most of us lah...

but, most of student abang saya tak pernah dgr 'tetel'.
mereka kehairanan bila dlm menu ada asam pedas tetel. what is tetel? 😊
saya ada explain skit kat entry NI.
saya dan adik-beradik memang dari kecik dah makan asam pedas tetel. org Melaka kan (meskipun lahir di negeri lain 😅).

Lunch Reunion | Makan di Restoran Asam Pedas Pak Man
mak abah di belakang tu.
tgk jer gelagat anak-anak cucu-cucu tak abis-abis bergambar 😄.

Lunch Reunion | Makan di Restoran Asam Pedas Pak Man
dlm gambar ni complete kami 5 beradik. mak tak tgk camera plak hu hu hu hu...
lagi sorang, adik pompuan saya, tak join reunion kami di Melaka kali ni.

da abis makan, gigih pimpin mak abah ke tepi jalan ni semata-mata nak amik gambar berlatarbelakangkan Restoran Asam Pedas Pak Man 😅😅  😆.
itu yg nak share, kalau nak lunch di sini, boleh buat reservation at least sehari sebelum.
terutama if rombongan tu ramai melebihi 20 org. mcm rombongan abg saya & student nyer ni lah.
akan disediakan tempat di tingkat 1 dengan tambahan caj RM150.
kerana ada air-cond, makan berhidang dan very ekslusif la, hanya kita-kita aje.
deko pun menarik. sgt selesa...
reservation:
Cik Sasha 0 17-201 8241
selamat merasa lah ye asam pedas di Melaka. tak kenal, maka tak cinta!
utk abah saya, otai asam pedas, dia tak puas hati 😅. byk juga la dia komen, itu tak kena, ini tak kena hi hi hi hi...
tetap nakkan asam pedak Kedai Mak Limah, di kampung saya nun di Telok Gong, Kuala Sg. Baru.
memang sedap lah pun yg di kampung tu, masak cara kampung. takde involve viral-viral ni.
mcm masakan di rumah. sedap. cukup rasa. cukup la semuanya bagi abah saya.
tekak org tua kan...
nanti bebila kalau saya balik kampung, singgah Kedai Mak Limah, saya share ye.
kedai kampung tepi pantai. 

apapun, bagi org luar yg baru nak mencuba asam pedas, terutama asam pedas tetel, marilah ke Melaka.
lambakan kedai menyediakan asam pedas. mana2 kedai pun ada lauk asam pedas ni tak kira la for lunch or for dinner tau.
pasti puas hati, in shaa Allah...

👌👌😊

10 comments:

  1. sedapnya asam pedas melaka..lama xmakn..:)

    ReplyDelete
  2. asam pedas melaka, mmg sedap....
    kalau pegi melaka tak mkn asam pds mcm tak cukup lengkap kunjungan ke sana

    ReplyDelete
  3. Lapar asam pedas pula. Baru aritu makan ni nak lagi.

    ReplyDelete
  4. Tetel, daging antara fav SA..tapi sejak dapat darah tinggi bulan 10 tahun lepas, memang dah jarang2 makan daging..kalau makan pun setakat 2-3 ketul je..itupun risau takut darah naik..paranoid sangat kan SA ni..hahaha

    ReplyDelete
  5. Asam pedas melaka memang ohsem 😋

    ReplyDelete
  6. Sha pun suka asam pedas tetel.. Kalau ke Melaka memang inilah menu harian..

    ReplyDelete
  7. Kita bkn peminat asam pedas tp mkn la juga

    ReplyDelete
  8. kat rumah ni, kalau husband teringin nak makan asam pedas, dia akan masak sendiri. Fail kalau saya masak asam pedas ni. ;)

    ReplyDelete
  9. ok dah tau apa tu tetel..yaya tak boleh telan kut..sate ayam yang ada lemak sikit2 pun tak boleh telan..ngade sangat kan, haha!

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)