Wednesday, August 08, 2018

Menu Sarapan | Asam Pedas Tetel & Roti Canai

assalamualaikum 😀
memang takde borak hal lain la bila masuk blog mak-mak nih.
kisah anak.
kisah makan.
kisah lauk.
kisah nak kurus 😅 😆😆😆. sabo jer la ye korang.

saya ni biasa sgt masak asam pedas.
tapi 👇 first time buat asam pedas tetel. sebelum ni makan kat kedai aje.
ari tu kan ada citer yg bersenam di pasar, so ni la hasilnya.
sekilo tetel harganya RM15. saya beli setengah kilo ajer.
memang setakat makan sekeluarga kami aje. sekali masak. malas nak buat-buat stok.

Menu Sarapan | Asam Pedas Tetel & Roti Canai
rebus lah dulu tetel & daging tu.
air rebusan tu nanti, masukkan ke asam pedas, jadikan kuah nyer...

resipi spesifik asam pedas, sama saje caranya. 
saya masih suka masukkan daun kesum & daun limau purut. harumnya bau lauk ni bila da masak.
bak kata Izzat 😀, "wangi nyer lauk Ibu!"
then daun kesum memang sedap di makan. feveret!

tetel ni adalah bahagian daging lembu yg lembut bercampur dgn lemak dan urat.
saya suka beli yg lebih lemak lembut tu. sedap! memang request kat penjual tu, lebihkan lemak.
then kuah nyer akan lebih sedap lemak-lemak dari asam pedas daging. sedap!
tak semua org yg makan tetel ni kot. mungkin tak suka bahagian lemak tu. saya pernah jumpa seseorang sebegini. dia prefer daging pejal tu.
sape yg tak pernah cuba makan tetel, cuba la sekali. pasti korang bakal jatuh cinta 😍. in shaa Allah...

Menu Sarapan | Asam Pedas Tetel & Roti Canai

memang ada stok roti canai frozen dlm freezer. beli dgn member. RM8 ada 10 keping. alhamdulillah... 
time ni lah kita kuarkan nyer utk dimakan bersama asam pedas tetel. goreng garing-garing, makan panas-panas!
hmmmmm sekali makan memang confirm 2 keping 😄.
Izzat boleh lajak hingga ke 3 keping tau. aduhai anak ku. rasa berbaloi sgt usaha ibu prepare semuanya.

kat Melaka ni antara signature breakfast dish ialah roti canai cicah asam pedas
mana-mana area di Melaka, memang ada la kedai menjual menu sarapan ohsem ni.
kami org Melaka pun, akan order tu tau 😅. tiap hari pun takpe. tak jemu pun.
tu sebab saya beli aje roti canai frozen, buat stok kat rumah. 
bila nak, saya sediakan.
bila teringin, ada aje utk dimakan.
asam pedas masak sendiri. tak payah la nak gi kedai ha ha ha ha jimat byk duit kat situ. tu matlamatnya hi hi hi hi...

selain daripada asam pedas, suka jugak cicah roti canai dgn kuah sambal sardin. fuiyoh!
ada juga saya buat ni. anak-anak suka jugak.
mereka suka, ibu gembira membuatnya...

orait, tu jer la citer pasal roti canai. moga ada manfaat 😌hi hi hi...
bye👌.

26 comments:

  1. Aduhai, sedapnya sambal tetel! Lama bebenor saya tak makan tetel 😊

    ReplyDelete
  2. ini macam kat roti canai area limbongan pun ada ni.. syaza suka makan situ hehe

    buat sendiri puas hati kan makan :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...lama x makan asam pedas..x pernah lagi makan asam pedas tetel..apa kata share resepi sekali..SA failed la masak asam pedas..asyik x jadi..x sama macam org melaka buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada tu aida letak link resepi nyer, SA.
      aida guna resepi yg sama utk semua asam pedas aida :) hi hi hi

      Delete
  4. ohoiiii memang terangkat selera kalau roti canai cicah asam pedas tetel ni. Saya paling suka makan urat dia ...fuhhhh!

    ReplyDelete
  5. sedapnya asam pedas tetel.Kalau buat asam pedas ni,atau buat kari,ada lebihan mesti buat roti jala atau lempeng.memang berselera makan kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.
      roti jala.
      lempeng.
      roti.
      semua memang kena aje cicah dgn asam pedas :)

      Delete
  6. Tetel asam pedas sedap oh. Pernah makan sekali je dekat kedai makan shah alam. Sedap dia memang menjilat jari. Makan pulak dengna nasi panas. Nangis je rasa. Nanti nak cuba makan dengna roti canai pulak hahahah

    ReplyDelete
  7. Serious awesome. I pergi melaka hari tu makan memang sedap wei. Ni dok baca entry tengok gambar pun dok telan air liur je. Teringin nak makan lagi.

    ReplyDelete
  8. Tetel asam pedas??? Nampak sedap giler. Biasanya tetel ni kita buat goreng jer. Leps tu letak cili api perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah. best tu.
      goreng, garam kunyit ajer ekk?
      sedap gak tu.

      Delete
  9. Tak pernah tahu asam pedas tetel. Camna rasanya nak cuba cari kedai/gerai yaang adaa jual. Share location kalau tahu katmana ada jual ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat melaka ni, mostly kedai asam pedas memang ada jual asam pedas tetel.
      dtg la melaka.
      kalau negeri lain, tak dpt aida nak rekomen kedai :)

      Delete
  10. Asam pedas daging tetel wow ini fav Bonde lah... makan dengan nasi sedap, dengan roti sedap... sengan cucur tepung pon sedap jugak...

    ReplyDelete
  11. Asam pedas tetl..nampak menarik..memang nak buat asam pedas, sebab dah lama tak makan..nak buat asam pedas ikan pari

    ReplyDelete
  12. Roti canai cicah asam pedas ye? Menarik gabungan ni.tak pernah lagi cuba, pasni nak kena cuba gak lah

    ReplyDelete
  13. Memang sedaplah makan roti canai cicah kuah asam.pedas tetel.favourite nih.selalu cicah kuah kari je kan

    ReplyDelete
  14. Wah kari asam pedas letak tetel mesti pekat dan kaw. tapi kolesterol jangan ceritalah kan. Itu yang sedap dan menyengat

    ReplyDelete
  15. Tak pernah lagi ibu buat, selalu cicah kari atau nak pedas cicah saja dengan sambal tumis yang pedas. Lepas ni nak cubalah. Tapi tak letak tetel. Hehe

    ReplyDelete
  16. Asalkan anak anak suka makan kan sis, mereka sedang membesar memang nak banyak zat dari makanan. Tetel tu kalau kita yang makan memang kena standby lah

    ReplyDelete
  17. eh sama lah. stok roti canai memang selalu ada dalam peti ais. ni first time dengan ttg tetel. nak kena cari ni

    ReplyDelete
  18. Adudu..sedapnya..dpt bygkan dah ni..nasib baik diet ja..kalau dak memang pagi esk menu bfast kita tiru akak😂

    ReplyDelete
  19. Sarapan itu wajib di pagi hari sebelum berangkat kerja agar punya banyak energi untuk bergerak. Menu diatas sedap ya

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)