Tuesday, March 05, 2019

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu

assalamualaikum 😊
salam sejahtera...

alhamdulillah. perjumpaan dgn kontraktor tghari tadi berhasil 😃.
lusa akan start kerja utk kabinet dapur kecil ku. sekadar-sekadar saje.
bila dapur dah siap, baru la langkah-langkah utk pindah bermula. moga dimudahkan semuanya.
sebuah rumah akan complete bila dapur da complete 😀 hi hi hi hi...

sedikit sambungan dari entri pagi tadi. resepi macaroni bakar versi saya. kemelayuan skit lah...
dan yg penting, bahan-bahannya ikut apa yg ada dlm peti ais saya.
tak la too strict on the resepi.
gaya bebas 😎.

bahan-bahan :

(part 1)
  • macaroni (direbus empuk terlebih dahulu)
  • ayam cincang
  • tomato (potong dadu)
  • carrot (potong dadu)
  • cendawan butan (dihiris)
  • bawang besar holland (potong dadu)
  • bawang putih (dihiris)
  • ciliboh (2-3 sudu saje, utk rasa pedas)
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • sos pasta adabi
  • daun bawang & daun sup (dihiris kasar)
(part 2)
  • mentega
  • cheese chesdale (2 keping)
  • susu full cream (200ml)
  • sesudu tepung jagung (dicampur dgn air skit, jadikan larutan)
  • cheese (utk diparut)
hhh

cara-cara :
(utk buat kuahnya)
  • tumiskan bawang besar holland & bawang putih hingga naik bau. then masukkan ciliboh, sos cili, sos tomato & sos tiram. kacau kejap biar elok sebati dan masak rata.
  • kemudian, masukkan ayam cincang dan kacau rata hingga ayam tu masak.
  • ayam dah ok, then, masukkan sos pasta adabi, tomato, carrot dan cendawan butang. sprinkle kan garam dan gula.
  • lastly, masukkan daun bawang & daun sup. ni baru lah naik bau wangi melayu tu. nice jer.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • kuah yg telah disiap tu digaulkan sekaligus dgn macaroni yg telah direbus tadi. gaul rata.
Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
dah gini, makan jer pun da sedap.
Syuhada amik semangkuk utk dimakan 😋.

(utk buat sos putih)
  • cairkan mentega. masukkan 2 keping cheese. larutkan.
  • masukkan susu. kacau sebati.
  • masukkan larutan tepung jagung. ni nak memekatkan dan jadikan sos putih likat.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • then, start to scoop kan macaroni ke dalam bekas. terserah la nak bekas kecik atau besar. mana-mana mudah utk dimakan.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • then, masukkan pula sos putih. gaul skit la macaroni tu dgn sos putih. biar rata. biar sedap nanti dimakan. rasa lemak-lemak susu gitew...

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
  • lastly, sebelum bakar, taburkanlah cheese parut tu 😋.

Resepi | Macaroni Bakar Di Hujung Minggu
dibakar. suhu 180'C selama 20 minit je.
keluar dari oven, tak sempat sejuk pun dah disambar oleh kak Nurin & Syuhada.
da kata dah, panas lagi.
hmmmmm... "takpe Bu. kitorang sejukkan bawah kipas...". hadoi lah anak-anak 😅.
Izzat? hmmmm jeling jer. tak minat 😆😆😆. dia langsung tak minat nak cuba pun hu hu hu...
simple. senang.
boleh la dikatakan sedap.
utk makan-makan famili boleh la 😉.

12 comments:

  1. sedapnya..klau dkt dah g mintak ni..hihi

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa.....lama x buat macaroni bakar...

    ReplyDelete
  3. Ermm.. memang nampak sedap dan menyelerakan :)

    ReplyDelete
  4. sedap nih..Izzat nape sikit pun tak terliur..rugi la..

    ReplyDelete
  5. nampak menyelerakan ....tapi sayangnya husband x minat western sgt ....balik kampung nanti boleh la try

    ReplyDelete
  6. sedap tu..nk2 ltk cheese extra kalo wat sdiri ni kn

    ReplyDelete
  7. W'salam..

    Macaroni bakar salah satu makanan kegemaran LZ juga.. Lama tak buat.
    Buat kecil-kecil dalam cup pun okay kann senang anak makan atau bekal ke sekolah..

    ReplyDelete
  8. bila nak buat lagi tuuu kak ? nak ketuk pintu rumah mintak sikit.
    eeyh nak mintak banyak sikit keke.. fevret ni =D

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)