Saturday, August 17, 2019

Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai

assalamualaikum 😊

Sabtuday 😃😃😃.
lepak rumah je. gurau senda dgn anak-anak.
membelek kebun @ taman mini tepi rumah.
masak-masak.
kemas-kemas.
now, update blog jap 😏    😊😊.

alhamdulillah.
kenyang kami anak-beranak dinner mlm tadi tau.
ikan tenggiri masak tempoyak.
sambal ikan bilis.
2 lauk tu sebenarnya lauk brought forward dari kelmarin (Khamis) tau 😅.
sekor ikan tenggiri, lebih dari sekilo beratnya, saya buat masak tempoyak.
ada lebih kurang 10 keping, sekor tu dipotong kecil-kecil kan.
2 lauk ni kami sekeluarga makan utk 2 kali dinner. jimat, kan?
puas hati.
kenyang.
just mlm tadi, saya tambah ayam goreng. tambah lauk Izzat. dia tak nak makan ikan.

Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai

first time saya buat masak tempoyak ni.
kebetulan, kampung adik ipar, durian keluarganya menjadi-jadi thn ni, alhamdulillah.
dari membazir, diorang jadikan tempoyak. dpt lah saya 2 balang besar 😍.
apa lagi, terus la test buat masak tempoyak, ikan patin takde.
ikan tenggiri pun jadik lah...

resepi yg saya guna 👇👇👇.
bahan-bahan:

  • ikan tenggiri
  • kunyit hidup - 2 -3 inci
  • cili padi - 20 biji (cili padi laman sendiri 😍😍😍)
  • secekak daun kesum (dari laman sendiri juga)
  • tempoyak 3-4 senduk
  • air 3-4 mangkuk (agak-agak lah ni ye, jgn cair sgt kuahnya)
  • garam secukup rasa
  • sekeping asam keping
cara-cara:
  1. kunyit hidup & cili padi 👉 tumbuk halus. ada resepi gunakan beberapa cili merah juga ye. tumbuk halus sekaligus time ni. kebetulan saya takde stok cili merah 😅. next time kot boleh tambah dlm resepi.
  2. then, dlm lesung batu yg sama, masukkan tempoyak. lenyek-lenyekkan sekali dgn kunyit hidup & cili padi tadi.
  3. dlm periuk 👉 masukkan bahan yg da dilenyek-lenyek tu dan air. saya masakkan sampai mendidih sekali. kepekatan tu agak-agak.
  4. masukkan ikan, daun kesum dan asam keping. secukup rasa semuanya. ada resepi masukkan bunga kantan. saya tak masukkan kali ni 😄.
  5. siap lah lauk ikan tenggiri masak tempoyak kita 😋😋😋...


rata-rata saya search, lebih kurang jer bahan dan caranya.
so ok ok la tu kan utk first timer mcm saya ni. org Melaka buat masak tempoyak 😅 hi hi hi hi...

Menu Makan Malam | Ikan Tenggiri Masak Tempoyak & Sambal Ikan Bilis Petai
sambal ikan bilis petai 😋.

menu kedua ni, tak perlu la share resepi. biasa jer kan...
takde ramuan rahsia.
saje je couple kan dgn masak tempoyak tu.
ada tempoyak. ada la kawan nyer si petai.

selepas ni, in shaa Allah, nak try buat sambal tempoyak budu.
pernah makan dulu sekali di Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. sedap nyer lah...
terkenang-kenang!

👇   👇   👇

😋😋😋

mlm ni, saya nak buat nasi lemak + sambal ikan bilis + telur dadar + timun jepun 👍.
lepas asar karang baru start masak.
👌👌

32 comments:

  1. Adoi.. sedap pula bila terbaca menu makan malam aida.. best seseklai makan nasi lemak di waktu malam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi lemak paling senang buat, sha.
      nasi nyer.
      sambal nyer.
      add on - ayam goreng / telur dadar.
      settle...

      Delete
  2. sedapnya tempoyak dengan sambal tumis tu.. :)

    ReplyDelete
  3. sambil ikan bilis nampak sedap sangattt

    ReplyDelete
  4. Sambal ikan bilis petai tu membuatkan nasi bertambah tambah. Hehehe. Nampak sangat sedap la kan....masak tempoyak ikan tenggiri tak pernah rasa tapi kalau ikan patin memang sedap la kan...makan pulak dengan tempoyak dan ulam ulaman.....nyum nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perfect is dgn ikan patin lah kan.
      tapi sini sukar nak cari yg fresh :(
      pasrah jer lah...

      Delete
  5. Wah nampak macam sedap dan menyelerakan. Terima kasih share resipi ini. Insha Allah boleh Naim try masak lepas ini

    ReplyDelete
  6. Pergh! Padu ni! Memang fevret sc lauk² pedas gini. Tmbh lagi ada tempoyak. Wallaweh! Memang bertambah² makan. Hahaha!

    ReplyDelete
  7. sambal ikan bilis petai tu memang fav. sedapnya! tapi kat rumah ni kalau masak nanti iza sorang je yang makan. husband tak makan. huhuh. masak lemak tempoyak tu pun sedap. terliur pulak kita.

    ReplyDelete
  8. Perghhh pantang tengok sambal ikan bilis masakpetai ni :( huhu....mana nak cari subuh buta ni..kejam memang kejam....saya tak boleh nak tengok sambal bilis masak petai ni coz kegemaran saya..huhu

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaa.. Mudah je nak buat.. Lama tak makan tempoyak.. Dulu oernh buat tempoyak waalupun tak reti.. Hahaha.. Tgk youtube. Nanti nak caril tempoyak.. Terliur pulak tengok

    ReplyDelete
  10. Sedapnya gulai tempoyak tu. Sebagai anak jati pahamg mmg menu gulai tempoyak tu adalah menu wajib sekeluarga

    ReplyDelete
  11. Adoiiiii sedapnya masak tempoyak. Saya suka tapi suami tak suka. Sambal ikan bilis petai tu makan dengan nasi panas2 sedap kan.

    ReplyDelete
  12. Nur tak pernah makan lauk tempoyak dan tak pernah juga masak. Macam mana lah rasanya ya? Tapi kalau tengok gambar, mmg menggiurkan. Ikan tenggiri pula tu. Bertambah tambah!

    ReplyDelete
  13. Sedapnya. Saya ni petai mmg tak sentuh langsung. Ayah dgn mak saya mmg hantu petai. Haha. Lapar pulak bila baca sini.

    ReplyDelete
  14. wahh.. ore klate ke ni. sedap pulak tengok sambal petai tu. Merah menyala..
    adoii.. terasa nak masak la pulak balik ni. tq sharing ya

    ReplyDelete
  15. sedapnya menu kak aida masak. adiuuuu meleleh. tempoyak budu always win la kak. hahahah. meh datang kelantan, kita lunch sama sama.

    ReplyDelete
  16. Ya Allah kenapa baca posting ni time malam-malam macam ni hehehe semua makanan ni nampak sedap dan sangat menyelerakan kita nak cuba buat juga hehehe tapi tak boleh makan selalu nak diet wakakakak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. diet lah sgt, Maha oii :)
      dlm blog dok share gambar tgh makan jer...

      Delete
  17. Sedap tau sekali sekala layan masak tempoyak memang best. Nak nak pula di gandingkan dengan sambal bilis tu. Memang bertambah la makan. Thanks sebab share resepi. Bolehlah eiza cuba nanti.

    ReplyDelete
  18. Ikan tenggiri tu mmg fav kita sangat. Buat masak lemak sedap.. Masak asam sedap.. Sambal sedap.. Asam pedas sedap.. Semua pun sedap.. Baru teringat ada ikan tenggiri dalam peti sejuk.. Huhuhu

    ReplyDelete
  19. Terima kasih untuk resipi, bolehlah try masak ni malam ni. Asyik masak dekat rumah je kadang-kadang jadi buntu nak masak apa.

    ReplyDelete
  20. nampak sedap. semalam sy tapau makanan dekat restoran ni nampakla sambal petai ikan bilis..rasa mau cuba. sekali makan huhuhu tekak x bole terima sudahnya terpaksa buang ja

    ReplyDelete
  21. Hoho power Aida pandai buat lUk Ni. Mama xpe g buat lg

    ReplyDelete
  22. sedapnya masak tempoyak.... rasa mcm dah lama nau tak mkn ni...

    ReplyDelete
  23. ya Allah kak, sedapnya !!! dah lama tak makan menu2 nie. sejak duduk dekat kolej nie jarang balik rumah. rindu air tangan ibu. ikan tenggiri tak pernah sy cuba makan dengan tempoyak. selalu ikan patin je. nanti boleh try nie. aduiii serious terliur sangat dah nie. rasa nak balik skrg jugak.

    ReplyDelete
  24. dua -dua menu ni saya suka. Ya Allah terliurnya. lama dah tak makan menu-menu ni. nanti nak pergi carilah.

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

WAJIB MILIKI, KLIK SEKARANG UTK PILIH & BELI | SAYA KONSULTAN NARINAR MALAYSIA


Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.