Wednesday, December 04, 2019

Kerja Hakiki & Masa | Tanggungjawab

assalamualaikum.

selamat pagi.
pagi ni mr.asben anta ke ofis.
dia nak gi bengkel, cek kesihatan kereta kecik saya, cik viva.
dari semlm pagi, ada bunyi dari bahagian enjin 😔.
moga tak la pe pe yg kronik. tanpa cik viva, patah kaki saya nak memecut sekitar bandar Melaka ni.
😒 kereta mr.asben tak brape syok pakai. formal sgt hi hi hi...

Kerja Hakiki & Masa | Tanggungjawab
gambar sekadar hiasan.
nescafe panas yg dikocak di pantri ofis pagi-pagi 😄.

dah nak abis 2019, tak byk dah kerja hakiki yg ketinggalan.
skit skit jer la nak top up.
ready ready perancangan utk thn depan. what to do? how to do? when to do?
boleh la melepak blogging jap. baca surat khabar online. 
amik tahu tentang hal dunia jap pagi-pagi ni.
sementara kerja hakiki menyinggah di meja ntah bila waktunya 😊😊😊.
bila menyentuh tentang kerja hakiki ni, perasaan seram tu dtg.
terutama bila pegawai atasan dok ungkit dan ungkit dan ungkit.
yes. kekadang bingit telinga ni mendgr. tapi, byk benarnya...
dtg keje pagi. sarapan / minum pagi... makan tghari. minum ptg. solat.
kita dah kena audit diri sendiri.

akan ada yg berkata, "keje dah siap. apa lagi nak ngomel?".
bila saya sendiri terfikir, ada betulnya bila pegawai atasan reply, "pe pun, gaji dah dibayar utk berada dlm ofis. ada keje. takde keje. mesti ada dlm kawasan pejabat".
aduhai 😌.

perkara ni standard lah org akan kecam pd penjawat awam.
"penjawat awam tak buat keje, ngular aje keje nya, menghabiskan duit kerajaan!!!".
betul.
dan tak betul.
kerana mereka yg tidak baik, abis semua 80% penjawat awam yg sebetulnya bekerja, difitnah!
if 80% tu tak bekerja sebagaimana yg difitnah, adakah pentadbiran sektor kerajaan akan berjalan lancar?
lelebih lagi, task kami-kami kumpulan profesional ni adalah utk buat keputusan.
kekadang tu, balik rumah pun kepala ni masih lagi berfikir, mencari keputusan tu.
bukan sekadar buat keje di komputer... di kaunter... di lapangan di mana-mana.

viral gambar jururawat sedang main phone.
viral gambar pegawai kastam sedang sarapan pagi.
viral gambar pegawai jpj guna kereta kerajaan utk urusan peribadi.
itu pada masa itu.
yg snap gambar  / amik video tu ada gi tanya / tegur?
tidak.... kenapa? takut?

ada org yg boleh ditegur.
ada yg kebal, tegur lah camne pun, dia tak salah... alasan dan alasan diberikan, bodoh plak tu alasannya 😕.

yg paling tersirat zaman sekarang, antara nampak dgn tak nampak - penjawat awam @ seller online.
yg ni, parah!
kerja hakiki ke laut. tapi update menjual di media sosial, on time! 😄😄😄

orait.
done ngomel pagi Rabu 😆😆😆.
fikir-fikirlah sendiri kan...
saya sendiri pun setiap hari mencuba utk jadik lebih baik dari hari sebelum.
moga rezeki kita semua mendpt keberkatan.

😊

15 comments:

  1. betul. Kerja hakiki diutamakan. dah selesai baru buat yang sampingan. Selamat bekerja (Y)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. setuju sangat. kerja hakiki memang akan diutamakan. semua kita akan pastikan siap dulu kerja hakiki ^_^

    ReplyDelete
  3. sy keje sbgai pembantu makmal sllu kene cop xde keje..
    nak2 lg ms cuti sklah.. ikotkan byk je keje kitorg.. sabar jela..

    yela.. rmai skrg yg part time jual produk.. tp ms menjual tu adalah ms keje hakiki.. ntah la.. xblh komen sgt.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.
      kalau keje hakiki on, ok la.
      ni ada yg culas :(

      Delete
  4. hehehe sesekali ngomel ye kak, dana pun kalau kerja dah setel sementera tunggu kerja tu keluar semula dari bilik boss kadang belek lah blog, belek hp, atau membaca novel... dana jenis orang yang malas nk lepak keluar opis, jenis malas nk drive sana sini sendiri hehehe...

    hari cuti sekolah ni dahla memang kat opis jelah dari pagi sampai petang, sebab tak payah amik aiyan kt sekolah. Nak turun pegi cafe beli makan pun malas, selalu beli siap-siap time pergi kerja tu sekali bfast dan lunch

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita, dana.
      malas nak keluar ofis. kalau keluar nanti, sure lewat balik!
      kalau takde keperluan memang aida tak keluar mana2.
      breakfast aida tapaw. sekaligus dgn kudapan lunch.

      Delete
  5. apa pun benda sampingan yang nak dibuat, benda wajib kita settlekan memang wajib disettlekan. we are being paid for that. kalau abaikan yg wajib dibuat tu..takdelah keberkatan dalam gaji yg kita dapat.

    ReplyDelete
  6. kena dahulukan yang perlu didahulukan! dah siap semua baru boleh buat yang lain lain kan :)

    ReplyDelete
  7. Kalau kerja dah siap...okay la kan... cuma hp jgn matikan. Kalau kerja tak siap tu yang naya

    ReplyDelete
  8. Hehehe sentuh baba kerja, Linda skrg keje ikut masa sendiri, ala-ala keje sendiri. Kalau tak kuat kerja, makan pasir lah gamaknya hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja sendiri lebih la kena kerja keras.
      sendiri nak kena arrange semua.

      Delete
  9. Ya setuju..betol tu..
    Mohon follow juga www.mosumartdesign.com :)

    ReplyDelete
  10. ahahha suka entri ni..apa2 pun dari dir sendiri..kalau nak rezeki berkat..buat lah sehabis baik dan ikut peraturan dan prosedur..x semua penjawat awam tu mengelat tapi kalau ada segelintir yg buat..habis yg lain terpalit huhuh

    ReplyDelete
  11. tak semua penjawat kerajaan curi tulang, ada je jujur. sama jugak dgn swasta pun. ada keje ke takde keje ke, stay je kat opis. jgn kemana2

    ReplyDelete

Blogging...
Blogwalking...
Thank You For Coming :)

Followers AdianiezDotCom | Thank you so much. Please leave a comment, I will follow u back.