update blog jap di mlm minggu.tghari td, kami lepak tepi sungai melaka ~ makan2 dgn emak abah.
kebetulan ada masa... ada peluang... bleh on laptop utk blogging :)
semlm lah, mak call saya kat opis, "abah nak ajak cucu2 makan sate tepi sungai esok tghari..."
ok saje.
memang xde hal lain...
dulu da pernah up satu entry pasal tempat ni ~ mee rebus terbaik !!!
kedai makan sate ~ restoran line clear, kampung jawa.
kalau frens nak gi, cari nama tu kat maps...
kat town melaka ajer. tepi sungai melaka.
da pesan makanan, bwk la izzat jalan2 tepi sungai... wefie :)
naik jambatan kampung jawa.
kami malas nak naik awal nyer. izzat ajak, "nak naik tangga..." kata nyer.
pemandangan dari atas jambatan... indah!
dari atas jambatan, tu hah dia kedai makan sate yg legend di melaka ni.
agak terkenal la ni... dari saya start keje (2002) dah wujud da.
just masa tu, kedai nyer tak le lawa camni :)
ada la cruise sungai melaka lalu lalang :)
kecik jer jalan nak ke sini tau uolls.
masuk nyer dari jalan bunga raya. jalan yg sgt la hot di melaka ni :)
hah tu saya close up skit lokasi kedai ni.
ni amik gambo dari kedai.
nampak tak tu la hah jambatan kampung jawa.
uwan bergambo dgn cucu-cucu :)
rojak mee :)
mmmmuuahs !
abah order mudah aje "50 cucuk sate, campur-campur ye"
sate ayam, daging, perut, kerang & hati... marveles!
anak bertuah sorang ni, makan mee goreng yg sedap sepinggan :)
terbaik.
kenyang alhamdulillah.
tapi tu la, just nak share few perkara negatif skit la :(
- servis sgt slow. bukan dari segi nak dpt makanan tau uolls. nak order pun susah. 2-3 kali kena panggil si pekedai utk amik order. sgt la tak mesra pelanggan!!! kita panggil, dia buat dunno jer. ignore. saya terpaksa bangun dan pergi kat pekedai. rasa nak marah, tapi sabar...
- meja sgt lambat dibersihkan. walaupun dia da amik order kita, and nampak meja masih kotor dgn pinggan & cawan yg lom berangkat, masih tak diangkat! mr.asben saya yg gagah perkasa & malas nak ckp byk, terus angkat pinggan & cawan ke dapur diorang, amik kain buruk dan lap meja uolls. hingga kan ada pelancong omputeh kat situ bertanya, "are u working here?" hu hu hu...
- nak dpt makanan, kalau da yg lain nyer slow lembab lambat dan sebagainya, apatah lagi nak dpt makanan, kan?
- pastu, masa tgh makan tu abah saya panggil la one of them. nak ckp sesuatu. pekedai tu ada x brape jauh dari meja kami. dia just toleh and angkat tgn for nothing. terus jalan balik ke dapur dia. and tak dtg langsung jengah pelanggan yg memanggil tadi. hadoi la punyer la kurang ajar, kan? sib baik angin abah saya elok.
ada famili kat sebelah meja. kami masa tu dah nak balik dah...
2 kali dia panggil pekedai nak order makanan. pekedai tu kata "nanti".
then pekedai dtg bertanya "da order lom?"
pakcik tu kata, da 2 kali awak tanya saya tapi tak jugak amik order...
hu hu hu... very bad servis la pada saya.
apo nak dikato...
12 Comments
nasib baca sampai abis.. sbb kata sate legend dkt melaka.. baru ingat nak pergi merasanya.. tapi kalau servis mcm tu.. urmm sorry la sy jenis tak sabar bgus jgn pegi nnti lain pula jadinye.. tp selalu g melaka takde la pulak sepupu bg taw ada tmpt sate bez.. haha..
ReplyDeleteBagi aida sate nyer sedap. Tu yg sabo jugak meskipun servis mcm tu hah.
Deletemakanan nyer pun not bad.
but dulu kala lg sedap :-)
Bak kata mak abah aida, rasanya mcm dah bertukar org / owner. Mak abah lebih dulu makan sini...
hopefully ia x berlaku lagi pada org luar.
sebab ia amat tak best.
Makanan is one thing. Layanan is one thing kan...
Kalau kedai camni....sekali jelah yan masuk...pastu bai bai jelah
ReplyDeleteTu la yan.
Deleteaida naik geram gak semlm!
Sib baik mak abah teringin sgt nak makan. Sabo jer la kan...
dulu dulu sgt bagus. Skang mcm lain beno :-(
terliur lak akak tengok mee goreng tu
ReplyDeleteakak pernah gi sekali...org memang ramai...tu yg x sanggup nak gi ...
ReplyDeleteokay boleh terjah nanti :D
ReplyDeleteKalau servis macam tu ekin mesti hilang sabar hahahahahha
ReplyDeletefuhh kalau Eyda memang tak sabar.. pernah kena kedai yang servisnya tetiba lambat, dah la time tu memang lapar sesangat.. memang dah tak jejak sampai sekarang bila teringat jadi macam tu..
ReplyDeleteKalau saya mmg hangin laa ... Itu lah yg pertama dan terakhir masuk kedai tu ... Hmmm, kalau diteruskan jgk dgn servis yg cam tu mmg lingkup ler jawab nyer ...
ReplyDeletemakanan nampak sedap tapi service pula tak bagus, susah kalau macam tu
ReplyDeleteowh.. x suka bad servis macam ini.. memang boleh buat selera makan hilang..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.