assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊
tghari jumaat ni nak share maklumat tentang SSPN-i. Nurin, Syuhada & Izzat ada setiap seorang akaun SSPN-i dari sebelum mereka mula bersekolah lagi. ni adalah akaun simpanan pendidikan mereka yang utama, selain dari takaful pendidikan mereka.
setiap bulan, alhamdulillah, saya masih mampu memasukkan certain amount ke dalam akaun SSPN-i anak-anak bertiga ni secara konsisten. memandang tepat ke arah mendapat pelepasan pembayaran cukai pendapatan 😆.
hari dapat tabung telur ni memang dalam kenangan...
berusaha untuk mendapatkannya 😃 demi utk anak-anak.
cara saya mudah.
wajibkan diri untuk menyimpan. dapat je gaji, saya akan agihkan ke akaun-akaun simpanan anak-anak. saya lebihkan amaun simpanan utk Nurin, berbanding dengan adik-adiknya. considering dia da pun nak masuk IPT, in shaa Allah. amaun simpanan mereka bertiga tidak sama.
banyak ke sikit ke amaun, bergantung kepada kemampuan saya pada waktu tu la. setiap tahun gaji kita semakin bertambah kan, begitulah kadar simpanan kita 😊. saya tidak pernah menggunakan amaun kenaikan gaji tahunan. ia terus saya masukkan ke dalam simpanan khas utk masa depan. hmmmm anak sulung pun dah lebih 16 tahun. memang tak patut la kalau simpanan utk anak masih tak capai ribu-ribu, kan.
simpanan dalam bentuk emas (dinar atau golbar berketulenan 999) saya galakkan, simpanan dalam bentuk tunai paling utama. kepelbagaian simpanan utk masa depan.
[Baca tips pelaburan : Pelaburan emas sentiasa relevan]
nampak tak tu? dlm kereta izzat da excited dgn tabung telur emas SSPN-i.
ni time dapat 3 tabung telur akhir tahun 2016 yang lepas.
boleh buka akaun SSPN-i secara online.
sekarang semua da dihujung jari. buka akaun SSPN-i. buat simpanan bulanan SSPN-i. buat semakan penyata SSPN-i. semua kita boleh buat secara online saje. tak perlu dah susah-susah nak ke cawangan pejabat PTPTN. mudah. tiada alasan untuk kita tidak menabung dalam SSPN-i.
keistimewaan SSPN-i :
- simpanan kita dijamin kerajaan
- patuh syariah (ini menjadi keutamaan saya)
- dividen kompetitif
- perlindungan takaful - percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas
- pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000
- layak memohon pinjaman PTPTN (ini juga perlu bagi saya, membantu saya menanggung kos pendidikan anak-anak nanti)
- geran sepadan - sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak
klik image 👆 utk maklumat lanjut Stay Safe & Win 2021 👍
klik image 👆 utk maklumat lanjut cara nak buka akaun SSPN-i secara online.
SSPN-i dan SSPN-i PLUS.
banyak bezanya, lebih banyak manfaat SSPN-i PLUS ni. tambahan keistimewan SSPN-i PLUS berbanding SSPN-i :
- komitmen serendah RM30 sebulan
- simpanan kita dijamin kerajaan
- patuh syariah
- dividen kompetitif
- elaun kemasukan hospital
- manfaat perlindungan sehingga RM1,000,000
- pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM15,000
- manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
- tiada pemeriksaan kesihatan
- khairat kematian - termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
- layak memohon pinjaman PTPTN
gaji beribu, boleh la cakap! dahla PKP banyak siri 😒.
nasihat saya, jika yang belum bermula menyimpan, mulalah hari ini. sedikit pun, menyimpan juga. lama-lama, jadilah banyak. in shaa Allah. dividen SSPN- i pun ok, kompetitif. jadik la kan buat tambah-tambah 👍. kalau nak menunggu bebetul berduit, bila? yang sedikit yg kita ada, yg itulah yg kita manfaatkan.
yg penting, bermulalah dengan hanya RM10 - RM30 sebulan. once kita da bermula menabung dalam SSPN-i atau mana-mana jenis simpanan, kita akan jadi ketagih. mood berbelanja kepada perkara yg lagha pun akan berkurang 😄.
23 Comments
Wah dapat tabung telur yg besar tu..
ReplyDeleteBestnya :)
bestnya...baru baca...x sempat nak dpt tabung huhu
ReplyDeleteselamat tahun baru :)
ReplyDeletesudi2 la join contest Nurul ni ye :)
http://syahirahvaliant.blogspot.my/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html
selamat menabung ;)
ReplyDeleteBaguss menabung
ReplyDeleteSaya pun ingatkan adik-beradik dan ahli keluarga saya untuk mula menyimpan bila anak baru lahir. Mudah kan. Sikit2, kita cuba naikkan sikit demi sikit secara tahunan. Jika mampu, naikkan bulanan. Alhamdulilah, adik beradik jenis dengar cakap (sebab abang long nie garang kot hahaha), nampak banyak la hasil tabungan itu.
ReplyDeletekak mieja datang sini aida....
ReplyDeletemenarik tabungnyaa aniez :)
ReplyDeletePerkongsian yang baik. Penting ada tabungan tambah2 utk pendidikan anak2. Alhamdulillah dah ada duit utk ke IPT nanti.
ReplyDeleteComel nya tabung tu.
ReplyDeleteMacam kita belum buka akaun sspn tuk anak. Just simpan dalam Asb je dulu. Duit duit pemberian orang masa mereka kecik dulu. In Shaa Allah, kalau ada rezeki lain, boleh bukakkan tabung sspn pulak..
Sspn-i ni mmg bagus. Siapa yg ada anak mmg kena menabung camni supaya masa depan atleast terjamin kan..ada simpanan
ReplyDeletesaya pun baru je buat simpanan sspn ini untuk anak. Bagus sebab ada banyak manfaat. Appaun thanks perkongsian.
ReplyDeleteMasa sy masuk IPTA dulu, parents tak perlu keluarkan apa2 duit pun, cuma utk perbelanjaan asrama je sikit2. Masa tu juga saya baru start buka akaun sspn.
ReplyDeleteMarsha pun alhamdulillah tiga-tiga anak dah ada acc sspn. Potong gaji senang. Ada duit simpanan utk dorg belajar nanti
ReplyDeleteBatul tu, anak-anak Sis pun semua ada, semua atas nama Sis ..tapi dah tukar dah, tiap tahun Suami dapat pelepasan cukai dr situ gak..
ReplyDeleteBaguskan ada SSPN ni..keep now for their future so tak membebankan bila mereka sambung pelajaran ke menara gading nanti.. :) time i masuk uni, baru tahu about this SSPN thingy.. bagus skrg banyak yang dah tahu about it.. awareness ni penting juga..
ReplyDeletealhamdulillah ada simpanan. mudah anak2 nanti tak perlu ambik education loan sebab kos sekarang makin tinggi.
ReplyDeletecanteknya tabung telur dia hehehe.. kita punya warna lama biru-merah dan kuning.. yg baru ni nampak cantik sgt
ReplyDeletebgus utk future ank2..atlist lps diorg habis beljar tak perlu trbeban dgn hutng..
ReplyDeleteAlhamdulillah..bagus amalan menabung ni. Comelnya tabung tabung tu. Mesti anak anak rajin lagi menabung ada tabung telur yang comel.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
ReplyDeleteComelnya tabung telur tu. Alhamdulillah, seronok baca perkongsian Aida ni. Memang puas hati apabila kita berjaya menyimpan kan...
ReplyDeleteSha pun ada buat simpanan dekat sspn i ini..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.