assalamualaikum & salam sejahtera semua 😊

tghari jumaat ni nak share maklumat tentang SSPN-i. Nurin, Syuhada & Izzat ada setiap seorang akaun SSPN-i dari sebelum mereka mula bersekolah lagi. ni adalah akaun simpanan pendidikan mereka yang utama, selain dari takaful pendidikan mereka.

setiap bulan, alhamdulillah, saya masih mampu memasukkan certain amount ke dalam akaun SSPN-i anak-anak bertiga ni secara konsisten. memandang tepat ke arah mendapat pelepasan pembayaran cukai pendapatan 😆.

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...
hari dapat tabung telur ni memang dalam kenangan...
berusaha untuk mendapatkannya 😃 demi utk anak-anak.

kini alhamdulillah, simpanan SSPN-i Nurin dah pun melebihi RM10,000. legaaa... dia pun dah berumur 16 tahun 4 bulan. kos nak masuk ke IPT bukan murah! takot bila dgr cerita kawan-kawan yang anak-anak mereka dah pun masuk IPT, ribuan ringgit nak kena prepare. kalau ada, ok la. kalau masih belum cukup, Allahu, tak ke masalah?

cara saya mudah.  
wajibkan diri untuk menyimpan. dapat je gaji, saya akan agihkan ke akaun-akaun simpanan anak-anak. saya lebihkan amaun simpanan utk Nurin, berbanding dengan adik-adiknya. considering dia da pun nak masuk IPT, in shaa Allah. amaun simpanan mereka bertiga tidak sama. 

banyak ke sikit ke amaun, bergantung kepada kemampuan saya pada waktu tu la. setiap tahun gaji kita semakin bertambah kan, begitulah kadar simpanan kita 😊. saya tidak pernah menggunakan amaun kenaikan gaji tahunan. ia terus saya masukkan ke dalam simpanan khas utk masa depan. hmmmm anak sulung pun dah lebih 16 tahun. memang tak patut la kalau simpanan utk anak masih tak capai ribu-ribu, kan.

simpanan dalam bentuk emas (dinar atau golbar berketulenan 999) saya galakkan, simpanan dalam bentuk tunai paling utama. kepelbagaian simpanan utk masa depan.

[Baca tips pelaburan : Pelaburan emas sentiasa relevan]

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...
nampak tak tu? dlm kereta izzat da excited dgn tabung telur emas SSPN-i.
ni time dapat 3 tabung telur akhir tahun 2016 yang lepas.

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...

boleh buka akaun SSPN-i secara online.
sekarang semua da dihujung jari. buka akaun SSPN-i. buat simpanan bulanan SSPN-i. buat semakan penyata SSPN-i. semua kita boleh buat secara online saje. tak perlu dah susah-susah nak ke cawangan pejabat PTPTN. mudah. tiada alasan untuk kita tidak menabung dalam SSPN-i.

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...

keistimewaan SSPN-i :
  1. simpanan kita dijamin kerajaan
  2. patuh syariah (ini menjadi keutamaan saya)
  3. dividen kompetitif
  4. perlindungan takaful - percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 ke atas
  5. pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000
  6. layak memohon pinjaman PTPTN (ini juga perlu bagi saya, membantu saya menanggung kos pendidikan anak-anak nanti)
  7. geran sepadan - sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...
klik image 👆 utk maklumat lanjut Stay Safe & Win 2021 👍

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...
klik image 👆 utk maklumat lanjut cara nak buka akaun SSPN-i secara online.

SSPN-i dan SSPN-i PLUS.
banyak bezanya, lebih banyak manfaat SSPN-i PLUS ni. tambahan keistimewan SSPN-i PLUS berbanding SSPN-i :
  1. komitmen serendah RM30 sebulan
  2. simpanan kita dijamin kerajaan
  3. patuh syariah
  4. dividen kompetitif
  5. elaun kemasukan hospital
  6. manfaat perlindungan sehingga RM1,000,000
  7. pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM15,000
  8. manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal
  9. tiada pemeriksaan kesihatan
  10. khairat kematian - termasuk pasangan dan sehingga 3 orang anak
  11. layak memohon pinjaman PTPTN

Menabung Dalam SSPN-i | Tabung telur emas dalam kenangan...

gaji beribu, boleh la cakap! dahla PKP banyak siri 😒.
nasihat saya, jika yang belum bermula menyimpan, mulalah hari ini. sedikit pun, menyimpan juga. lama-lama, jadilah banyak. in shaa Allah. dividen SSPN- i pun ok, kompetitif. jadik la kan buat tambah-tambah 👍. kalau nak menunggu bebetul berduit, bila? yang sedikit yg kita ada, yg itulah yg kita manfaatkan. 

yg penting, bermulalah dengan hanya RM10 - RM30 sebulan. once kita da bermula menabung dalam SSPN-i atau mana-mana jenis simpanan, kita akan jadi ketagih. mood berbelanja kepada perkara yg lagha pun akan berkurang 😄.

ok bye... moga beri manfaat ye 😉.