assalamualaikum 😎
yahoooo.... hari terakhir bekerja sebelum bercuti raya seminggu.
moga dipanjang umur berjumpa keluarga di hari raya, aminnn...
happy nyer tak terkira uolls!
tu yg nak citer, kelmarin kami sekeluarga berbuka di luar ~ old town white coffee, aeon ayer keroh.
happy... happy... happy...
berbuka di luar atas 2 sebab :
PERTAMA, ptg kelmarin apoinmen dgn bangla potong rumput di rumah baru kul 5.
suruh dia kekemas sekali sekitar laman rumah.
sementara tu tgk-tgk kan rumah kesayangan tu. da 3-4 minggu kami tak dtg melepak situ.
hah tu... lapang skit nampak nyer.
tu hah, belakang tu, nampak tak abg bangla berhelmet ? 😃
KEDUA, alhamdulillah... kelmarin juga kuar keputusan application further study.
"your application is successful. the letter of offer will be available 2 weeks from today".
happy... happy... happy...
😍 😎 😍 😎
tu yg terus aje membara perasaan nak makan luar.
da siap2 reserve secara phone call. takut jugak nak gi walk-in. karang penuh, kecewa anak-anak!
kenapa saya suka ke old town white coffee?
- akan suruh anak-anak order nasi. biasa la, saya akan tentukan apa yg diorang akan makan, elakkan pembaziran makanan kalau tak abis, dan elakkan pembaziran duit! and di old town ada nasi lemak & nasi ayam. and sgt la sedap! recommended. nasi lemak ayam masak merah, nasi lemak ayam rendang, nasi lemak kari ayam, nasi lemak ikan bilis, nasi ayam bbq,.... mana2 pun sgt la sedap & mengenyangkan.
- side dishes dia pun ok. karipap, popia, nugget, fish & chips, ... best!
- izzat memang ada pilihan makanan utk kanak-kanak. pernah citer dulu kat SINI.
- tempat nya bersih & selesa. anak-anak pun sesuai.
- pilihan makanan nyer bagi saya sgt variety. nasi, mee, mihun, mee wantan, nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam, nasi putih,... minuman nyer jgn ckp la, feveret saya is teh tarik la. yg kedua, air coklat. aduhai, terbaik !!! yes betol tu uolls, harga di sini da naik skit compare 1 thn yg lepas. buku menu pun dah baru. nak buat camne uolls... zaman gst kan 😄😄😄.
ari ni, kalau takde aral, berbuka nanti akan berbuka umah mak abah.
kalau sempat berkemas lah balik keje karang... if not, sok pagi jer la balik kg.
esok kami laki bini dah cuti, in shaa Allah.
abah saya da 3-4 kali call dah dari semlm, tanya bila cucu-cucu nyer nak balik kg ha ha ha...
hadoi lah atok...
ok lah... abis sini aje crita criti saya 😄. babai for now.

21 Comments
kita pun suka makan kat oldtown.WAH..rumah baru..tahun ni tak beraya kat rumah baru ke..hehehe
ReplyDeletelom lg beraya umah baru :) hi hi hi...
Deleteharap nyer thn depan la in shaa Allah.
moga dimurahkan rezeki nak tambah dapur. aminnn...
wow besarnya rumah
ReplyDeletecantik
ilusi optik aje tu.
Deleteumah kecik jer.
seronoknya..last day keja.. Ayu tak cuti.. tunggu minggu satu lagi tu baru leh cuti.. balik Malaysia
ReplyDeleteOld Town White Cafe..pernah gak lepak sekali dulu..minum2.
balik kg la ekk?
Deletemesti rindu dendam makanan sini kan, ayu? :)
Tak penah lagi cuba makan di Old Town White.. Maybe one day..
ReplyDeleteSelamat menyambung belajar ye sis..
oic.
Deletebest.
aida suka.
Alhamdulillah tahniah aida :)
ReplyDeletetq :)
Deleterumh baru ke?hehe
ReplyDeletetak la baru sgt, ciknor.
Deletedah 2 thn dah amik kunci.
just lom duduk permanently ajer.
wahhh..rumah baru. nanti boleh share deko-deko
ReplyDeleterumah lama, fida :)
Deletelom deko pe pun.
nanti nak duduk, baru la mendeko.
kalau deko skang, takut habuk aje nyinggah.
Tahniah for getting a place to further your study.
ReplyDeleteSelamat hari raya
Tahniah Aida. Patut la berbunga2 update facebook. continue master yer?
ReplyDeleteyes. in shaa Allah :)
DeleteSelamat hari raya, Aida. Maaf zahir batin.
ReplyDeleteWow, good luck further studies tu. ^_^
tq :)
Deletealhamdulillah...cantiknya rumah, bila nak pindah rumah baru tu?
ReplyDeleteTahniah aida dapat sambung belajar.
dah 2 thn amik kunci, AA. tapi lom pindah permanently.
Deletebeli brg rumah sedikit demi sedikit.
isi rumah la jugak. weekend dtg la lepak umah, kemas laman pe patot.
tq :)
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.