assalamualaikum & salam sejahtera...

saya nak kongsi tentang emas dan pajak gadai. coretan saya ni adalah guna bahasa biasa, tak brape teknikal agar mudah faham. dan ia adalah dari kefahaman saya sendiri, pendapat peribadi 😊😊😊.

baru-baru ni, bila mana PM umumkan je PKPB, salah satu yg viral di media massa adalah kedai pajak gadai dan arrahnu (pajak gadai Islam). 😳 yes. kedai pajak gadai dah boleh beroperasi. sepertimana beberapa perniagaan yg lain. nak up kan ekonomi negara. beri peluang kpd sektor ekonomi negara kembali berkembang sedikit demi sedikit.

pajak gadai?

Pelaburan Emas | Cara Memajak Di Arrahnu
social distancing di luar kedai pajak gadai.
viral gambar serupa ini pada 4-5 mei lepas, kan.

perlu tahu kenapa pajak gadai menjadi tumpuan. emas di tangan, ditukarkan utk wang tunai bagi meneruskan kehidupan. nampak tak keyword di situ, emas di tangan. jgn anggap org yg ke pajak gadai tu org yg tiada harta, org susah, org tak berduit. saya tidak berfikiran begitu. be positive. sampai masa mereka meleburkan pelaburan mereka (dalam bentuk emas) utk wang tunai.

"nasib baik ada emas, kan..." 😌😌😌
emas ni ramai yg anggap bukan satu bentuk pelaburan. ramai yg masih negatif dgn pelaburan emas.
sebab bila nak jual atau gadai, takkan dpt nilai semasa. pasti ada susut nilai. kena tahu cara memajak di arrahnu, bila sesuai utk ke arrahnu... ilmu mesti ada, barulah pelaburan tu nampak nilainya.

[Penting untuk baca : Mulakanlah Simpanan Emas Dari Sekarang, Sementara Masih Mampu...]

saya setuju. cara melabur yg bijak adalah :
  1. dlm bentuk wang tunai. ni tidak termasuk simpanan kecemasan, simpanan untuk renew roadtax & insuran kereta, simpanan untuk belanja Aidilfitri. bukan. simpanan khas utk masa depan. suka saya nak sebut sekali lagi seperti ASB, Tabung Haji atau SSPN-i. ini kita melabur utk masa depan dgn tetap tanpa gagal setiap bulan. dan duit itu tidak dikeluarkan!
  2. emas. tak kisah la dlm bentuk brg kemas, dinar atau jongkong emas. 999 atau 916 👍. sedikitduit simpanan kita tukarkan ia kepada emas. 

emas ni menjaga nilai duit kita utk jangkamasa panjang.
5 tahun. 10 tahun. 15 tahun. kerana, nilai emas akan tetap naik. susut nilai tu takkan jadi isu di masa depan. emas tu kita tukar semula kepada wang tunai. in shaa Allah kita tetap untung.

diri saya mula menukankan duit kepada goldbar & dinar sekitar tahun 2015. waktu itu 1 gram bernilai kurang rm200. hari ni nilai 1 gram emas 999 lebih dari rm250. alhamdulillah.
sampai target saya beberapa gram pada 2018, saya berhenti. sebab dah mula alihkan wang tunai utk masuk rumah baru (rumah sekarang yg saya duduk ni hah 😊 ).

[Baca juga : Kenapa Emas?]

gunakanlah arrahnu kerana 2 sebab :
  1. dpt elakkan diri kita terlibat dgn riba'. riba' adalah dosa besar! Arrahnu mengenakan upah simpan ke atas emas yg kita gadaikan. bukan faedah (riba').
  2. elakkan penindasan. sebab, pajak gadai akan rampas emas anda kiranya anda gagal bayar dlm tempoh yg ditetapkan. tiada sebarang pampasan! sedih, kan 😐. Arrahnu tidak begitu. jika anda gagal membayar pinjaman dlm tempoh yg ditetapkan, emas anda akan dilelong. hasil lelongan tu la nanti akan menebus pinjaman termasuk kos simpan & apa-apa kos berkaitan. jika ada lebihan, ia akan dipulangkan kepada penggadai. nampak tak? tiada penindasan Arrahnu tidak sesekali mengambil hak peminjam. mereka hanya mengambil hak mereka. selebihnya, dikembalikan kepada peminjam 😌.

saya terangkan secara asas ye 👉 cara memajak emas di arrahnu. kita kongsi ilmu sikit ye kawan-kawan semua. mana le tahu ada yg nak guna duit utk raya nanti... ada emas. ada duit, kan? 😄 saya kongsi maklumat secara umum bagaimana cara memajak di Arrahnu.

Pelaburan Emas | Cara Memajak Emas Di Arrahnu

💥  Apa yang perlu di bawa?
Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

💥  Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?
Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

💥  Berapa banyak pinjaman akan diberi?
65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan dan sebagainya, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website. Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.

💥  Berapakah caj yang dikenakan?
Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.
Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

💥  Berapa lama tempoh pinjaman?
Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 12 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.
Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

💥  Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?
Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

Pelaburan Emas | Cara Memajak Emas Di Arrahnu
contoh kira-kira secara kasar je ye. 
tak secara spesifik.

Tapi itu kalau harga emas naik masa kita pegi renew surat. Kalau harga emas turun? Kita kena tambah pulak baki pinjaman.

Pelaburan Emas | Cara Memajak Emas Di Arrahnu

sila la cek arrahnu terdekat dgn tempat tinggal anda. dan ketahuilah cara memajak emas di arrahnu. selamat di dunia & akhirat. percayalah, "ada emas, ada duit". in shaa Allah.

nota penting : ilmu ni saya dpt dari bacaan posting para pelabur emas di facebook. ketahuilah bahawa meskipun gadaian emas ini adalah gadaian bercagar, ia tetap akan ada rekod di dalam CCRIS ye. tau la, CCRIS ni ada impak bila kita nak buat pinjaman bank di kemudian hari. beli kereta. beli rumah. pinjaman peribadi. CCRIS ni bakal beri masalah dan kita sukar dpt pinjaman tu. 1 kali gadai, 1 rekod. bayangkanlah kalau 5 kali gadai, dah 5 rekod. impak besar tu. maka, hati-hatilah dlm buat keputusan.

... sekian and bye 😀.
moga perkongsian saya ni dpt beri manfaat kpd semua.