assalamualaikum friends & families 😍
selamat petang.
petang khamis yg indah... macam biasa la, hari khamis saya di Cheras, rumah kakak.
ada kelas pagi. so pepagi tadi before gi kelas, breakfast dgn emak abah sambil borak-borak...
sambil layan ulangan drama Hero Mr.Cinderella kat Astro Ria.
ha ha ha ha 😅 is like separuh dari hari-hari saya sekarang dok terkenangkan assignments.
ni belum lagi buat phD. oooooooh, surely makan tido minum baring berdiri duduk semua terkenangkan research.
take a break... update blog 😎.
ni adalah entry jjcm JDT yg keempat la. tabah la ye kalau baca blog kecil ni. part time blogger la katakan.
tak dpt nak up cerita sekaligus hi hi hi hi...
maka, morning tu, anak-anak spent time di swimming pool.
selepas breakfast di cafe. telling you the truth, breakfast di thistle JB sedap. puas hati. seronok anak-anak makan.
izzat masih free entry. kakak-kakak RM30 per entry. so memang saya paksa diorang makan banyak2.
sib baik la dua dara ni pandai berenang... senang hati saya. just pantau dari kejauhan je.
then seperti biasa la, check out 12 pm. dah ada plan dah where to go 😍.
pertama, kita tapau dulu murtabak majid special cheese no. 1 di JB.
bila google pasal murtabak cheese di JB ni, ada 2-3 tempat yg dicadangkan.
boleh la pilih ikut sedap rasa. saya pilih untuk cuba yang no. 1 la kan korang. alhamdulillah.
tak susah pun nak mencari kedai ni kalau ikut google map. lancar je perjalanan kami.
keluar hotel dlm jam 12.10 pm. tiba di situ lebih kurang jam 12.25 gitu. few minutes before 12.30 pm, waktu kedai no. 1 ni dibuka.
masa tu belum ramai orang. sempat la saya berborak dengan sorang customer yg sama-sama sedang tapau murtabak majid.
kata regular customer tu, dia memang seminggu 1-2 kali akan tapau murtabak majid ni utk anak-anak minum ptg. memang dia recommend sangat la. alhamdulilllah...
untuk rujukan korang 😍
cheese murtabak daging special
murtabak ayam special
😍 👍
settle tapau murtabak-murtabak di atas, kami terus bergerak pantas ke satu lagi destinasi makan.
mahu cepat-cepat keluar dari JB ke arah destinasi makan yg lama teringin dah!
sempatlah anak-anak bertiga 💤💤💤 sebab perjalanan amik masa lebih kurang sejam.
akhirnya.... setalah begitu lama lalu-lalang depan restoran ni, hari tu kami sukses berpijak di restoran ni. masuk exit ayer hitam.
memang ramai orang ari tu. restoran kari kambing 40 hari. waktu operasi nya 7.30 pagi hingga 3.00 petang ye korang. take note.
parking penuh sepanjang jalan!
dengan cuaca yg panas terik masa tu. nasib baik la kami cepat dapat ruang parking. perut pun dah berkeroncong time tu. yeszaaaaaa...
ni la juadah lunch kami.
nasi arab versi 40 hari campur ayam dan kambing.
1 dulang ni memang cukup utk kami 5 sekeluarga. RM48 saje. free 1 jug air.
kami pilih air sirap. ada lagi air lain, order aje la. yg penting 1 jug 👍.
kami makan dalam dulang... best!
boleh juga makan dlm pinggan plastik, ada disediakan. terpulang kepada korang la.
saya sangat suka la makan sini. nasi sedap. kuah kambing sedap. and konsep dulang tu sgt menarik.
kami makan hingga licin la dulang tu. tinggal tulang aje tau. alhamdulillah.
pasti akan singgah lagi kiranya ke ayer hitam... korang yg lom pernah singgah, singgah le.
nampak tak muka kekenyangan izzat ? 😅
izzat saya sendukkan nasi penuh sepinggan. makan sorang.
dia tak reti makan sedulang dengan kami...
kenangan di kemudian hari...
bye. moga berjumpa lagi...
satu perkara nak inform. waktu operasi restoran ni kan hingga jam 3 petang.
kami dapati, bermula jam 2.30 petang, pekerja restoran da start lipat meja-meja yang tiada org duduk.
masa tu masih ramai yg memasuki restoran. masih ramai yg sedang beratur nak membeli.
but tu la... mereka da mula ready untuk tutup restoran.
maka, korang yg nak singgah, make sure sampai by jam 2 petang la. kita kena akur dgn waktu operasi restoran 👍.
perut dah kenyang. hati da rasa happy... maka seterusnya, saya ajak mr.asben exercise pula before mula perjalanan balik ke melaka.
exercise? apakah?
next entry saya cerita ye hi hi hi....
bye for today korang 💜
8 Comments
Memang femes 2 kedai ni, x pernah x ramai. Belum sempat nak try. Terliur ni. Hehe
ReplyDeletewow dari haritu lagi ramai betul yang share pasal kari kambing 40 hari ni. Jealousnya
ReplyDeleteTerliurnya tengok martabak dan nasi arab tu!
ReplyDeleteBelum pernah pergi lagi kalau ke johor, pasni da tahu tempat lain yg boleh tuju.. salam perkenalan sis,saliza sachari
ReplyDeletetak perasan pulak kedai ni kt jb.. byk sgt aida smpai tak tahu nk ke mana. food truck pun bersepah. dh besar anak2 dara ye 😀
ReplyDeleteperghhh. murtabak cheese tu biler la nk smpai kelantan. and that nasi arabb, hihi teringat buat kat rumah hr tu
ReplyDeleteNasi kambing tu nampak sangat menggoda.. memang ohsem sangat.. Puaeh kalau dapat makan..
ReplyDeletewahhh sedapnya mkn dlm dulang...yummehhh !
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.