assalamualaikum 😀
memang takde borak hal lain la bila masuk blog mak-mak nih.
kisah anak.
kisah makan.
kisah lauk.
kisah nak kurus 😅 😆😆😆. sabo jer la ye korang.
saya ni biasa sgt masak asam pedas.
tapi 👇 first time buat asam pedas tetel. sebelum ni makan kat kedai aje.
ari tu kan ada citer yg bersenam di pasar, so ni la hasilnya.
sekilo tetel harganya RM15. saya beli setengah kilo ajer.
memang setakat makan sekeluarga kami aje. sekali masak. malas nak buat-buat stok.
rebus lah dulu tetel & daging tu.
air rebusan tu nanti, masukkan ke asam pedas, jadikan kuah nyer...
then daun kesum memang sedap di makan. feveret![ rujuk sini utk resepi : Asam Pedas Ayam ]
saya suka masukkan daun kesum. harumnya bau lauk ni bila da masak.
bak kata Izzat 😀, "wangi nyer lauk Ibu!"
tetel ni adalah bahagian daging lembu yg lembut bercampur dgn lemak dan urat.
saya suka beli yg lebih lemak lembut tu. sedap! memang request kat penjual tu, lebihkan lemak.
then kuah nyer akan lebih sedap lemak-lemak dari asam pedas daging. sedap!
tak semua org yg makan tetel ni kot. mungkin tak suka bahagian lemak tu. saya pernah jumpa seseorang sebegini. dia prefer daging pejal tu.
sape yg tak pernah cuba makan tetel, cuba la sekali. pasti korang bakal jatuh cinta 😍. in shaa Allah...
memang ada stok roti canai frozen dlm freezer. beli dgn member. RM8 ada 10 keping. alhamdulillah...
time ni lah kita kuarkan nyer utk dimakan bersama asam pedas tetel. goreng garing-garing, makan panas-panas!
hmmmmm sekali makan memang confirm 2 keping 😄.
Izzat boleh lajak hingga ke 3 keping tau. aduhai anak ku. rasa berbaloi sgt usaha ibu prepare semuanya.
kat Melaka ni antara signature breakfast dish ialah roti canai cicah asam pedas.
mana-mana area di Melaka, memang ada la kedai menjual menu sarapan ohsem ni.
kami org Melaka pun, akan order tu tau 😅. tiap hari pun takpe. tak jemu pun.
tu sebab saya beli aje roti canai frozen, buat stok kat rumah.
bila nak, saya sediakan.
bila teringin, ada aje utk dimakan.
asam pedas masak sendiri. tak payah la nak gi kedai ha ha ha ha jimat byk duit kat situ. tu matlamatnya hi hi hi hi...
selain daripada asam pedas, suka jugak cicah roti canai dgn kuah sambal sardin. fuiyoh!
ada juga saya buat ni. anak-anak suka jugak.
mereka suka, ibu gembira membuatnya...
orait, tu jer la citer pasal roti canai. moga ada manfaat 😌hi hi hi...
bye👌.
26 Comments
alahai..sedapnya..:)
ReplyDeleteAduhai, sedapnya sambal tetel! Lama bebenor saya tak makan tetel 😊
ReplyDeleteini macam kat roti canai area limbongan pun ada ni.. syaza suka makan situ hehe
ReplyDeletebuat sendiri puas hati kan makan :)
Sedapnya...lama x makan asam pedas..x pernah lagi makan asam pedas tetel..apa kata share resepi sekali..SA failed la masak asam pedas..asyik x jadi..x sama macam org melaka buat..
ReplyDeleteada tu aida letak link resepi nyer, SA.
Deleteaida guna resepi yg sama utk semua asam pedas aida :) hi hi hi
ohoiiii memang terangkat selera kalau roti canai cicah asam pedas tetel ni. Saya paling suka makan urat dia ...fuhhhh!
ReplyDeletebest kan!
Deletesgt suka asam pedas tetel.
waalaikumussalam kak
ReplyDeletesedapnya asam pedas tetel.Kalau buat asam pedas ni,atau buat kari,ada lebihan mesti buat roti jala atau lempeng.memang berselera makan kan
ReplyDeletebetul tu.
Deleteroti jala.
lempeng.
roti.
semua memang kena aje cicah dgn asam pedas :)
Tetel asam pedas sedap oh. Pernah makan sekali je dekat kedai makan shah alam. Sedap dia memang menjilat jari. Makan pulak dengna nasi panas. Nangis je rasa. Nanti nak cuba makan dengna roti canai pulak hahahah
ReplyDeleteSerious awesome. I pergi melaka hari tu makan memang sedap wei. Ni dok baca entry tengok gambar pun dok telan air liur je. Teringin nak makan lagi.
ReplyDeleteTetel asam pedas??? Nampak sedap giler. Biasanya tetel ni kita buat goreng jer. Leps tu letak cili api perghhh
ReplyDeletewah. best tu.
Deletegoreng, garam kunyit ajer ekk?
sedap gak tu.
Tak pernah tahu asam pedas tetel. Camna rasanya nak cuba cari kedai/gerai yaang adaa jual. Share location kalau tahu katmana ada jual ye
ReplyDeletekalau kat melaka ni, mostly kedai asam pedas memang ada jual asam pedas tetel.
Deletedtg la melaka.
kalau negeri lain, tak dpt aida nak rekomen kedai :)
Asam pedas daging tetel wow ini fav Bonde lah... makan dengan nasi sedap, dengan roti sedap... sengan cucur tepung pon sedap jugak...
ReplyDeleteAsam pedas tetl..nampak menarik..memang nak buat asam pedas, sebab dah lama tak makan..nak buat asam pedas ikan pari
ReplyDeleteRoti canai cicah asam pedas ye? Menarik gabungan ni.tak pernah lagi cuba, pasni nak kena cuba gak lah
ReplyDeleteMemang sedaplah makan roti canai cicah kuah asam.pedas tetel.favourite nih.selalu cicah kuah kari je kan
ReplyDeleteWah kari asam pedas letak tetel mesti pekat dan kaw. tapi kolesterol jangan ceritalah kan. Itu yang sedap dan menyengat
ReplyDeleteTak pernah lagi ibu buat, selalu cicah kari atau nak pedas cicah saja dengan sambal tumis yang pedas. Lepas ni nak cubalah. Tapi tak letak tetel. Hehe
ReplyDeleteAsalkan anak anak suka makan kan sis, mereka sedang membesar memang nak banyak zat dari makanan. Tetel tu kalau kita yang makan memang kena standby lah
ReplyDeleteeh sama lah. stok roti canai memang selalu ada dalam peti ais. ni first time dengan ttg tetel. nak kena cari ni
ReplyDeleteAdudu..sedapnya..dpt bygkan dah ni..nasib baik diet ja..kalau dak memang pagi esk menu bfast kita tiru akak😂
ReplyDeleteSarapan itu wajib di pagi hari sebelum berangkat kerja agar punya banyak energi untuk bergerak. Menu diatas sedap ya
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.