assalamualaikum 😎
salam pagi khamis korang semua.
utk di JB, Kedah dan sewaktu dgn nya, ari ni last day sekolah. esok da start cuti sekolah.
bagi Melaka, esok sekolah lagi ye.
cuti sekolah seminggu sekaligus sambut AidilAdha Rabu depan, in shaa Allah...
saya, as always, maintain balik dua-dua kampung meskipun AidilAdha saje. kampung dedekat.
both abah emak saya dan mami, mak mertua, memang akan tunggu semua anak balik beraya.
AidilAdha pun kami masak-masak mcm pagi AidilFitri jugak.
ni nak share resepi baru ayam panggang yg saya buat minggu lepas.
memula nak cari drummet yg comel lote tu, tapi tak ke Aeon or Mydin. malas plak nak drive jejauh 😅.
hajat di hati nak la buat drummet sedap mcm di dominos pizza. dek kemalasan driving jejauh, beli saje la beberapa ketul peha ayam di Family Store.
biasanya saya buat ayam panggang guna resepi ni saje. resepi yg simple tapi sedap.
nak kukus boleh, nak panggang dlm oven boleh, dlm pressure cooker pun sedap dan air fry saje pun mantap. semua gajet dapur saya da guna.
tapi kali ni, nak buat ala-ala drummet dominos pizza / pizza hut. manis-manis drummet nyer.
feveret Izzat. menggoogle la cara buatnya. resepi A campur resepi B, campur skit resepi C.
maklumlah, bila google, kita akan dpt byk versi resepi, kan...
pepandai kita la nak olah kan semula ikut apa ada kat rumah hi hi hi hi...
nak la citer skit, Izzat tak makan pizza.
setakat skang ni, dia tak minat makan pizza 😓. puas la dipaksa dan digoda dgn pelbagai toppings atas pizza tu.
hmmmmm tak dilayan nyer...
maka, wajiblah kami order drummet tiap kali makan-makan pizza. itu aje la jadi makanan Izzat.
bahan perapan semua da siap. sebelum digaul sebati, amik gambo dulu lah...
bahan perapannya takde sukatan. agak-agak aje ye 😅 :
- sos cili ]-
- sos tomato ]- cukup sekadar menyaluti peha ayam tu utk diperap
- sos tiram ]-
- 7-8 bwg putih - ditumbuk kasar-kasar aje
- minyak bijan - kasik bau harum! saya sgt suka bau minyak bijan ni...
- madu
- garam & serbuk lada hitam (sesedap rasa)
air fry selama 20 minit dan suhu 180⁰c.
tadaaaaaaaaaaaaa... ni la hasilnya.....
saya bungkus dlm aluminium foil before masukkan ke dlm air fryer.
sebab saya nak ia digoreng basah melekit gitu.
saya punyer tu berkuah skit. tak kering sgt.
kuahnya tu boleh digaulkan dgn nasi. campur dgn kicap skit. potong cili padi! tak payah da lauk lain. potong timun, dibuat ulam.
hmmmmmmmm 2 kali Izzat bertambah nasi dgn 3 ketul peha ayam 😋. tapi Izzat takde cili padi potong lah hi hi hi hi...
Ibu dgn happy la menyuap Izzat sesuap demi sesuap demi sesuap...
peha ayam ni memang selalu beli.
selain dari tu, akan beli thigh. tak pernah la beli bahagian dada ayam, meskipun tu la bahagian yg paling sihat kan.
famili jenis tak makan bahagian yg berisi sgt. karang terbuang.
biasanya bahagian dada, saya akan potong dadu aje isi ayam tu. jadikan rencah nasi / mee goreng, rencah sayur campur atau masak tomyam / sup.
Izzat umpama Upin & Ipin, makan peha ayam begitu aje kekadang.
sekali hadap, mau nyer habis 3 ketul peha ayam!
kalau nak sihat, peha ayam tu dibuangkan kulitnya.
ini bagi yg nak diet yg sihat tapi bernutrisi dan murah.
saya? hadoilah... sgt suka kulit ayam!!! sgt sayang nak buang kulit ayam!!! rugi!!!
diet tu, diet jugak. tapi nikmat makanan, tak nak la diketepikan hua hua hua 😆...
itu aje la sharing resepi simple dimple dari dapur kecik saya ni hah.
tiap hari dok belek resepi kat youtube. mencari lauk baru 😊.
sementara bergelar 'surirumah tangga sepenuh masa' ni kan. ada la masa meragamkan lauk-pauk.
thn depan da kembali bekerja, hmmmmmm apa aje yg ada dlm fridge la ye anak-anak.
hi hi hi hi 😆
26 Comments
Bdk2 kdg2 tak payah lauk banyak2, dpt satu jenis yg dia suka pun bertambah2 mkn...
ReplyDeletewah sedapnya terliur sha hihi
ReplyDeletewah sedap tu...ada kesempatan bole try ..mcm2 resepi org share masak guna airfryer skarang
ReplyDeleteWow bgus ni. Teknik mskn yg sesuai utk yg plan nk diet
ReplyDeleteSedapnya peha ayam masak macam ni..x pernah lagi masak guna air fryer..ini kalau anak dara SA dapat ni..memang menambah nasi la dia..nak plak dia tengah nak membesar ni
ReplyDeletesedapnya, dulu Del pernah buat macam ni. Resepi taram jer, ikut sedap tekak. haha
ReplyDeleteOihhhh nampak menyelerakan la sangat ni. Nampak moist gitu. Selalu kan ayam panggang kekdang kering je. Boleh try sebab ada air fryer ni haaa....
ReplyDeleteSedapnya sis. Terliur tengok. Macam salah timing ja bw skrg. Hehe lapar tengok
ReplyDeleteSedapnya masakan ayam madu ni hehehe menyelerakan dan sangat mudah menggunakan Airfyer boleh lah kita buat lepas ni hehehe kuah tu pekatnya sangat sedap....
ReplyDeleteNampak dah sedap....tu Belum rasa lagi... 😊😊😁😁
ReplyDeleteresepi mudah dan sedap! Menarik ni nak cuba juga lah. Sihat pun yer gak sebab takde guna minyak. Tq share resipi best ni
ReplyDeleteUittt tengok sedap je. Nanti sis nak cuba gak lah resepi ni..jenis yang simple2 mcm ni bleh lah sis cuba..hehehe
ReplyDeleteWah senang juga masak pakai air fryer kan. Senang sangat sebab tak payah risau dengan minyak yang nak kena pakai dan buang
ReplyDeleteAda beza tak agaknya pada rasa dan aroma makanan yang di masak menggunakan air fryer ni. Dah biasa makan pakai minyak
ReplyDeleteBaguslah dapat kurangkan penggunaan minyak dalam makanan harian. Boleh kurangkan risiko sakit jantung
ReplyDeleteAir Fryer Philips ni memang famous lah. ramai yang guna. lepas tu boleh bantu kita kalau nak jaga kesihatan dengan mengurangkan penggunaan minyak.
ReplyDeleteBoleh try resipi ni nanti.. Tq kak aida for sharing.. ��
ReplyDeleteEh sedap nii. Telan liur tgk 😊
ReplyDeleteya allah !! godaan apekah ini ahahaha.. menjejes ailioooo kite kak !!! hahaha..
ReplyDeleteLooks so delicious at one stage I was so tempted to purchase one but in the end I got the pressure cooker instead.
ReplyDeleteaaa sedapnya kak aida!!!!
ReplyDeleteNampak menjadi betul peha ayam panggang madu tu.
ReplyDeleteAnak-anak Mrs. A pun suka peha tapi Mrs. A tak suka sangat
Sedapnya.. Juicy juicy gitu..
ReplyDeleteKalau rumah sha pun selalu beli bahagian peha dan tight.. Part isi tak ada siapa yang makan..
sedap nampaknya tu aida..
ReplyDeletekalau suami saya yang bersih ayam, memang confirmlah dia akan buang semua kulit2 ayam tu
Sedapnya drunstick tuuuu..fav saya dgn anak2..tpi kami jarang mkan ayam kt umah ni..selalu makan ikan dari ayam
ReplyDeletewahhh. sedap.. febret ejulz ayam madu ni. hehe
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.