assalamualaikum 😃
settle dah masak utk dinner.
sementara tunggu jam 6 ptg, layan drama di Astro Prima 😄, kita publish entri kedua utk hari ni.
bersambung kisah, selepas kami settle makan aiskrim di Avant Chocolate Cameron Highlands, kami gerak ke Kafe Banjaran utk lunch.
kan dah kata, kami-kami ni tekak melayu 😅. nak jugak nasi putih berlauk.

lokasi kafe kecil ni adalah sebelum Avant Chocolate, kalau korang naik dari Spg. Pulai.
kami notis area ni sebab ada area utk bergambar di seberang Kafe Banjaran. ramai yg stop utk menikmati pemandangan cantik di sini.
bila kami tak brape ok dgn makanan di Avant Chocolate, terus la mr.asben cadang utk u-turn kejap ke Kafe Banjaran 👌.

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran
dari Spg Pulai, Kafe Banjaran di side kanan ye korang...

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran

seberang jalan adalah tempat yg strategik utk bergambar pemandangan gunung-ganang...
nampak tu... 
ramai yg berhentikan kenderaan utk luangkan masa few minutes di sini.
kami mengisi perut dulu. melepasi tghari dah time ni! perut memasing dah berkeroncong.
terlupa plak nak amik gambar premis Kafe Banjaran 😅. ada nasi campur.
lauk kari ikan, kari ayam, ayam masak merah, ayam goreng, sayur campur, rendang ayam, ....
ada mee / bihun sup, laksa penang, mee / bihun kari... ada juga burger tau. byk pilihan.

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran
kakak-kakak berkenan nak amik gambo di sini, cantik plak...
2 kenderaan lama / antik ni diletakkan bebetul depan Kafe Banjaran.

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran

Holiday Cameron Highlands | Suasana Indah Pemandangan Cantik di Kafe Banjaran

saujana mata memandang.
spend few minutes tepi tu... melihat keindahan ciptaan Allah 😍.
kebetulan time ni, cuaca sgt cantik. angin sepoi-sepoi bahasa. matahari megah memancar terik.

kiranya korang dtg ke Cameron Highlands, jgn lupa utk singgah sini.
sarapan / lunch di Kafe Banjaran. jamu mata dgn kehijauan alam...
👍