assalamualaikum...
kita bersambung lagi borak-borak santai pasal Wawasan 2020, apa yg kita nak...
klik Part 1 utk tahu pendapat awal saya 😃.

kita nakkan kemajuan, kita kena ubah diri kita dan persekitaran kita.
kita semua ni bukan sempurna. maka, belajar dari persekitaran kita.
kita tidak baik, org lain pasti lebih baik dari kita. maka, observe persekitaran, akur dgn undang-undang dan ikutlah peraturan yg telah ditetapkan.
ia wujud utk menjadikan kehidupan kita lebih baik dari semasa ke semasa.

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
ni yg pertama, always be punctual!
ni adalah teguran buat diri saya juga. byk masa saya pun terlepas dari punctuality 😅.
kalau dulu, thumb print di ofis mesti lagi 1-2 minit nak jam 8.00 pagi. aduhai.
memang meroket lah time driving. kalau kelajuan roket ha ha ha ha... puntual ke tu? 😆

ye la kan... semuanya last minit, janji siap. tu la pe'el saya.
tapi bila tang anak-anak, hmmmmmm tau plak kita tegur diorang tak punctual ekk.
maka, pe'el seumpama saya ni jgn la diikut dan diteruskan. punctuality ni sgt la penting.
dari situ lah diri kita ni dinilai.
bukan saje punctual time AEON members' day or parkson sale!!!
apply juga bila time mesyuarat, gi kelas, temujanji dgn kawan... 

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
baru-baru ni kan viral tentang penghapusan straw plastik di kedai-kedai makan.
wajib bawa straw sendiri. straw biodegradasi.
wow! hangat di media sosial --> apa la nasib straw diharamkan 😄.

at first saya terkejut bila baca tajuk "Straw Diharamkan...".
then, teruslah jari-jemari saya klik sana sini bagi mendapatkan penjelasan. saya bersetuju 👍.
plastik memang sukar diuraikan. akan amik masa yg lama itu musnah.
maka, demi rasa kasih dan syg kita terhadap bumi yg semakin tua ni, wajiblah kita sokong inisiatif ni.
gi kedai, bwk la tupperware korang yg mahal tu 😀. jgn malu-malu. jgn segan-segan.

percaya lah cakap saya, kita akan diberi diskaun tau kalau buat gini.
saya biasa bawa tupperware utk beli makan tghari di Uni sekarang ni. utk air panas, saya bawa termos kecil 600ml.
sememangnya murah dari biasa-biasa. alhamdulillah... 
pekedai tu pun pernah tegur saya bhw apa yg saya buat tu adalah bagus.
sebenarnya, di peringkat awal saya bawa kerana memudahkan saya utk makan dlm kereta.
kalau guna polisterin bekas makanan pakai buat tu, susah skit nak pegang! 😊
di samping jimatkan kos kita (dpt diskaun), dpt la kita ni mengamalkan sikap syg kan bumi.
elakkan sampah byk! terutama sampah berunsurkan plastik.

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
hmmmm ni semua org tahu, org Malaysia tak pandai pakai signal.
baik kereta nasional, mahupun kereta import yg mahal! aduhai...

tahu tak bahawasanya tanpa kita gunakan signal, boleh menyebabkan kemalangan maut???!!
boleh menyebabkan kemalangan yg mengambil nyawa kita???!!
boleh menyebabkan org lain kehilangan ahli keluarga yg disayangi???!!
dek kerana lampu kecik tu yg bernama lampu signal.

lampu signal di juga adalah lambang budi bahasa kita di jalanraya.
takkan lah kereta kita nak ke kanan, kita nak keluarkan kepala and jerit sambil lambai-lambai tangan, "tumpang lalu, sana nak masuk kanan".
nampak kelakar dan bodoh, tapi itu lah dia...
maka, gunakanlah lampu signal tu utk maklumkan kenderaan lain bahawa kita nak ke kanak atau kiri.
respect each other.
muka memang tak nampak, tapi dgn cara ni lah kita paparkan kesopanan kita.
inilah yg kita nak ubah ke arah Wawasan 2020. lebih awas. lebih prihatin. kurangkan bilangan kemalangan maut di jalan raya.

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
3R.
Reduce. Reuse. Recycle.
ini dah pun dikuatkuasa kan di beberapa buah negeri mulai 1.9.2015.
refer SINI ye utk artikel penuh berkaitan tu. dah tiga tahun dah pun...

kawasan rumah saya, setiap hari Isnin atau Khamis, akan ada lori lalu utk kutip sisa recycle.
rumah saya memang agak byk la sisa recycle ni. kotak, botol, kertas.
terutama dari bilik anak-anak bertiga. tong sampah bilik diorang 2-3 hari jer penuh.
hmmmmm... anak oh anak.
ni amalan bagus. pengasingan sisa kan. kat Melaka ni, tapak pelupusan sedia ada da penuh dah.
aduhai.
semua ni tanggungjawab kita bersama-sama. tak guna menuding jari.
asingkan sisa. bungkus molek-molek. letak kemas-kemas di luar tong sampah pada hari-hari yg ditentukan.
mudah la utk sisa-sisa recycle tu dikutip oleh pihak berwajib.
tindakan kita sekarang, akan menjamin kehidupan yg sempurna utk anak-anak kita kelak.


Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
ini paling saya rimas!!!
mana-mana pokok, dinding dan pagar kosong, habis digantung dgn iklan.
terutama iklan pinjaman wang tak berlesen / berlesen. sgt tidak cantik pemandangan.

satu je cadangan saya pada kerajaan, fix kan hukuman sgt tinggi kpd si penampal / penggantung iklan.
ada phone number diorang, menyamar... dpt je sasaran, terus keluarkan kompaun yg maksima!
di samping kita banteras pengiklanan bersepah-sepah ni, dpt la sekali kita cek syarikat2 yg offer pinjaman ni. atau servis yg ntah hape-hape ni, kan...
penguatkuasaan undang-undang kena telus dan cepat.
if not, sampai zaman bila pun, perkara ni tak dpt nak dibanteras.
nak iklan, bayar pihak berwajib dan tampal di tempat yg dibenarkan saje.

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
ni dinamakan kesopanan dan tatasusila.
kita da ganggu hak org, sila la tinggalkan details agar boleh dihubungi.
apa nak ditakutkan. harta kita selamat, org lain pun selesa.

baru-baru ni kan viral satu video 4wheel drive hentam satu kereta, milik YB. di Johor ekk?
ntah la. saya pun tak ingat video viral tu.
sape salah, sape betul, itu bukan intipati yg harus dibincangkan.
pe yg penting, kereta yg double parking tu yg sepatutnya berhati perut sebelum double parking situ.
jgn bila kereta awak da kemek sebelah, barulah nak dtg dan bising-bising.
kalau awak tidak memulakan dulu, pasti perkara itu tidak berlaku. 
jgn expect org boleh tunggu dan consider why awak terpaksa double parking.
lain org, lain masalah.
yg penting, peraturan tu genggam ketat-ketat. elak buat masalah yg bakal menyusahkan diri sendiri dan org lain.
berhemah la di mana pun anda berada.

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
ni saya suka!!!
sebab kami sememangnya pengguna setia touch&go.

apapun perbelanjaan, yg paling best ialah dpt diskaun or rebate.
byk belanja, byk la diskaun nyer. ini yg terbaik.
barulah semua golongan / lapisan masyarakat ni dpt bantuan daripada kerajaan.
sedia maklumkan, bhw bantuan yg kerajaan sediakan secara direct hanyalah utk golongan tertentu.
golongan yg mcm pertengahan, gaji suami & isteri melebihi rm3000, dah tak layak dpt apapun bantuan.
oleh itu, perkara diskaun / rebate sebegini adalah dialu-alukan, wahai kerajaan 😎.
kami membantu menjana ekonomi negara. dlm masa, bantulah kami semula dgn beri semula skit rebate. agar kami dpt terus membantu ekonomi negara terchentaaaaaa...

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
ini yg paling diidamkan antara semua.
fikiran kita rasa tenang di mana pun kita berada.
penguatkuasaan undang-undang ketat dan jenayah tidak lagi berleluasa.

now, sgt sedih. nak biarkan anak-anak bermain di laman pun jadi satu ketakutan utk para ibu.
rela lah ibu atau ayah ambil hantar anak-anak ke sekolah atau ke mana-mana demi nak menjamin keselamatan anak-anak.
penculikan. penjualan organ. rogol. kes anak tertidur dan tertinggal dlm van sekolah.
Allahu Akbar.
kalau shopping di supermarket, tak lagi ibu ayah boleh leka.
tgn kanan pilih brg di rak. tgn kiri kena pegang anak agar tak lari jauh.
diumpamakan seperti mata kiri tgk rak brg, pilih brg. mata kanan tgk anak! punyer la tak selamat persekitaran kita sekarang ni kan.

rumah wajib pasang grill. if not, mudah la perompak nak masuk. tu dlm fikiran kita.
berkunci luar dan dlm.
basikal pun takut nak kunci di pagar luar! siap-siap masukkan di ruang tamu 😅.

Wawasan 2020 | Mahu Maju, Sila Tukar Tabiat Terlebih Dahulu !
"If you want a changed country, you must first have a changed mindset!"

agreed with Nixon Siow!
if kita ni tak berubah, camne nak ubah negara?
amalkan sikap ambil peduli hak org lain.
hak tu meliputi perasaan org lain dan harta benda org lain.
bila kita ambil peduli dan hormat dua perkara asas tu, then kita bakal bersedia ubah diri.


😊 besarlah harapan saya utk 14 bulan akan dtg, uolls hi hi hi hi...
utk diri sendiri.
utk anak-anak.
utk persekitaran.
utk negara.
utk dunia... chewah! 😆