assalamualaikum 😊
selamat pagi-pagi Rabu.
moga indah-indah saje, jgn la haru-biru.
hari kita, cara kita. so enjoy it selagi berdaya 😄.
throwback kisah ptg Isnin lepas. bila Omak den dah request roti, memang da tak boleh nak elak.
bahan semua ada.
just gi beli sosej Ramli jer. sebab bila buat roti, dlm list wajib ada roti sosej.
tu la roti kegemaran anak-anak. Emak Abah pun pemakan roti sosej tau.
started everything at 2 ptg. selesai membakar roti at about 4.30 ptg.
dpt la 4 jenis roti dari 1kg doh yg diuli. alhamdulillah...
apa yg best nya kali ni, adik saya yg sado, Pak Uda Faiz menjadi assistant.
dia la jadi runner dlm rumah amik brg-brg.
dia la jadi perakam video dan sent ke grup wasap family 😅. buat semua yg di perantauan menjadi jeles! tak dpt makan roti fresh from the oven.
dia la menjadi tukang amik gambo roti before & after kejadian.
tak ku sangka dia sgt berminat membantu dari awal tepung diuli hingga la siap dibakar.
saya kagum and berterima kasih sgt kat Pak Uda.
sanggup tu mengenepikan PS4 dia demi nak menyaksikan camne kejadian roti. kagum 😎.
roti sosej cheesy mayonis.
roti loyang cheese bergula.
roti loyang kosong.
roti loyang topping sosej cili sos mayonis.
semua tu saya topping kan ikut kehendak Pak Uda. gini lah... gitu lah...
ku ikutkan saje kehendak assistant ku yg ohsem tu 😀.
alhamdulillah... ramai-ramai la makan ptg hingga ke mlm.
Emak tak jamah nasi pun, sebab kekenyangan makan roti.
cuma, roti sosej cheesy mayonis tu kurang ngireng! kurang bakar... sebaiknya kena lebih 5 minit skit membakarnya, baru garing cantik.
lain-lain, ok ok ok...
lama juga mixer saya tak bergerak! berbulan-bulan! 😄😄 😆😆
mixer heavy duty kesayangan ku. terkenang gambar 👇👇👇. lebih kurang 3 thn lepas.
entry di sini.
begitu tekun Izzat dok sebelah mixer tu time kung kang kung kang doh diuli.
now Izzat dah tinggi. dah tak hairan dah bila mixer tu beraksi. dia da tau dah...
bising jugak la mixer ni 😅.
bising pun bising lah. janji ohsem!
hari ni dan esok tidak meroti. lusa pagi in shaa Allah.
gi Kinghin, Bukit Piatu, tepung roti habis! 1kg pun not available 😓😓😓.
stok ada kat rumah now ni hanya 500g. maka, lusa la baru dpt menguli nyer.
agar weekend ada la skit stok homemade bread kat rumah ni.
later, kalau ada da tepung roti di Kinghin, nak beli 5 kg siap-siap lah. senang!
saya share resepi asas roti manis saya - entry lama di sini. guna resepi ni utk semua jenis roti 😊. tak pandai nak tukar-tukar resepi cikgu.
- 500g tepung roti
- 100 g gula kastor
- 11 g yis instant
- 5g garam halus
- 265 g air sejuk + 1 biji telur gred A
- 80 g mentega
ok.
mau gi kuarkan daging. tghari ni bakal terhidang kari daging utk santapan.
asyik menyambal jer.
tghari ni kita layan kari daging dan sambal belacan nenes plak in shaa Allah.
bye for now uolls...
16 Comments
Adoi.. sedapnya roti aida tu.. Kalau dekat, sha order je dengan aida.. :)
ReplyDeletebestnya ada mixed..blh slalu baking kt rumah..:)
ReplyDeleteTekun dak Izzat melihat benda alah tu.. hehehe..
ReplyDeleteSedapnya. Saya tangan bangku. hu2
ReplyDeleteYaa Allah, sedpnya Aidaaaaaaaaa :)
ReplyDeleteRajinny aAIda, puas hati ni
ReplyDeletesedapnya..dah lama teringin nak buat roti..BM dah beli tp masih M..save resepi ni dulu nanti boleh cuba
ReplyDeleteBestnya suka freshly baked roti. Tapi kita tak pandai 'meroti' huhu
ReplyDeletesedapnya nak sikit hehehe.kalau dekat je ni mmg rabia order dah ni
ReplyDeletenak minta isteri buat la ptg ni. pasti sedap kan?
ReplyDeleteTerliur tgk roti sedap ni
ReplyDeleteLama jugak tak makan roti ni
ReplyDeletebestnya pandai buat roti, nampak sedap semuanya tu
ReplyDeletebestnya buat homemade roti ,, x reti nak buat sendiri sebab tangan keras hii
ReplyDeleteTetiba terliur tengok roti Aida ni....huhuhu
ReplyDeleteBaru puas macam ni, buat sendiri dari beli di luar.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.