assalamualaikum 😀
salam ceria.
salam penuh kasih sayang...
(hamboi kata-kata aluan 😅)
seperti biasa.
mlm td, sebelum tidur, membelek phone.
masa utk clear kan phone dari mesej tak relevan lagi di sms, telegram & whatsapp.
masa utk clear kan gambar yg tak diperlukan lagi.
buat folder siap-siap utk gambar-gambar yg perlu di transfer ke hard disk.
then, terjumpa gambar 👇. snap di tepi Sungai Melaka ari tu.
hmmmm wajib share kat blog ni. sweetest memories gitew...
so, dari pagi td, blogwalking puluhan link di list, isi jugak la entry baru yg sweet ni di blog.
nak dijadikan kisah sweet tu, tanpa di rancang, saya & mr.asben beli sepasang jam sama2.
last time kami beli sama2 was nearly 14 years back.
lepas tu, kami beli masing-masing sendiri-sendiri je. tak saing la...
bwk anak-anak berjalan ke Aeon Ayer keroh on 2.2.2019 (Sabtu).
nak belikan Izzat basikal. ada offer sempena CNY kan. Izzat pun dah beberapa minggu berzikir kat telinga kami, "nak basikal baru...".
jam kulit plak kali ni.
saya dipaksa oleh mr.asben utk tukar selera jam.
saya masih lagi 'terikat' dgn jam yg kami beli 14 thn lepas 👇👇👇.
sama-sama kami pilih tali kaler coklat. earth tone gitew.
ada diskaun beberapa %. ok la. lama dah kot tak beli jam.
ini la buah hati saya selama berbelas tahun. simpan dlm kotak dulu ye.
ada bercerita pasal jam ni di ENTRY NI.
beli basikal.
beli jam.
dpt la voucher Aeon RM50 👇👇👇. alhamdulillah...
da selamat pun saya beli kasut dgn hanya membayar RM8.50.
selepas diskaun 60%. selepas guna voucher ni. jadik lah, kan...
rezeki tak pernah salah alamat 😊😊😊.
objektif nyer, nak citer kat sini...
we, husband & wife, sometimes perlu ada satu perkara / benda yg mengalirkan kenangan sepanjang masa.
yes la. nak dating berdua, takde peluang byk.
kalau dpt pun dating berdua, dlm kepala masing-masing dok kenang anak-anak 😅.
nak plan holiday luar negara berdua pun, masih lagi dok berkira-kira nak bwk anak-anak.
membuatkan perbelanjaan nyer jadik triple! hu hu hu hu hu...
so, kita create la benda gini bagi buat memori.
sepasang jam. tak sama. tak serupa. tapi beli bersama.
takde la bila tgk jam tu, terpampang muka mr.asben, kan 😄.
memadai lah kita sedar, satu lagi ada di sana.... chewah!
💙💚💛💜 is in the air 😍😄😄.
18 Comments
cantik
ReplyDeleteKita punya jam ada tapi tak terpakai.sy jenis xsuka apa2 kat tangan..rimas plk rasa..hihi
ReplyDeleteaida plak sejenis x selesa tanpa jam.
Deletekalau terlupa pakai, memang uturn balik rumah amik tau, ciknor.
yes, cipta memori dan automatik kita sedang cipta bahagia.
ReplyDelete:) kan...
DeleteCantik lah jam Tu AA..
ReplyDeleteSuka warna pink..
best nya..daptt voucher lgi tu
ReplyDeleteaida memang akan aim shopping time ada vocer ni, alin.
Deleteharga pun memang da survey awal2.
kira untung lah kan.
Cantiknya jam
ReplyDeleteAlahhh sweetnya. Semoga berpanjangan ye
ReplyDeletemmg sweet lg bersemut...
ReplyDeletejam yg 14tahun tu selagi masih elok mmg kita akan guna n simpan kan
kita ni laki tak minat pakai jam, kadang tingin gk nk beli jam sepasan2 gini
selagi boleh guna, akan simpan.
Deleterasanyer kalau la one day jam tu rosak, still aida akan simpan, dana.
kenangan :)
Wah jam baru, another memory bakal tercipta 😁, nice
ReplyDeleteHuwa sweetnya..jeles betul saya yang forever alone ni. Hihihi. Semoga bahagia sampai ke Jannah kak
ReplyDeletetak apa, kenangan tu walau kat mana dan dengan cara apa pun, boleh kita cipta...kalau ada rezeki lebih, nanti anak2 da besar boleh keluar negara berjemaah..ameen
ReplyDeleteWah.. jam sebagai pengikat kasih sayang..x factor
ReplyDeletecantik jam tu. betullah aida saya dengan suami pun tak boleh nak rancang bercuti berdua sebabnya pasti nak bawa anak2 juga, suami saya tu walaupun garang dengan anak2 tapi kalau pergi mana2 pun nak dengan anak2 juga
ReplyDeleteRabia ada banyak jam..hehe jenis suka kumpul jam.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.