assalamualaikum 😀
salam ceria.
salam penuh kasih sayang...
(hamboi kata-kata aluan 😅)

seperti biasa.
mlm td, sebelum tidur, membelek phone.
masa utk clear kan phone dari mesej tak relevan lagi di sms, telegram & whatsapp.
masa utk clear kan gambar yg tak diperlukan lagi.
buat folder siap-siap utk gambar-gambar yg perlu di transfer ke hard disk.
then, terjumpa gambar 👇. snap di tepi Sungai Melaka ari tu.
hmmmm wajib share kat blog ni. sweetest memories gitew...
so, dari pagi td, blogwalking puluhan link di list, isi jugak la entry baru yg sweet ni di blog.
nak dijadikan kisah sweet tu, tanpa di rancang, saya & mr.asben beli sepasang jam sama2.
last time kami beli sama2 was nearly 14 years back.
lepas tu, kami beli masing-masing sendiri-sendiri je. tak saing la...
bwk anak-anak berjalan ke Aeon Ayer keroh on 2.2.2019 (Sabtu).
nak belikan Izzat basikal. ada offer sempena CNY kan. Izzat pun dah beberapa minggu berzikir kat telinga kami, "nak basikal baru...".

Sepasang Jam | Selepas 14 tahun
jam kulit plak kali ni.
saya dipaksa oleh mr.asben utk tukar selera jam.
saya masih lagi 'terikat' dgn jam yg kami beli 14 thn lepas 👇👇👇.

sama-sama kami pilih tali kaler coklat. earth tone gitew.
ada diskaun beberapa %. ok la. lama dah kot tak beli jam.

Sepasang Jam | Selepas 14 tahun
ini la buah hati saya selama berbelas tahun. simpan dlm kotak dulu ye.
ada bercerita pasal jam ni di ENTRY NI.

beli basikal.
beli jam.
dpt la voucher Aeon RM50 👇👇👇. alhamdulillah...
da selamat pun saya beli kasut dgn hanya membayar RM8.50.
selepas diskaun 60%. selepas guna voucher ni. jadik lah, kan...
rezeki tak pernah salah alamat 😊😊😊.

Sepasang Jam | Selepas 14 tahun

objektif nyer, nak citer kat sini...
we, husband & wife, sometimes perlu ada satu perkara / benda yg mengalirkan kenangan sepanjang masa.
yes la. nak dating berdua, takde peluang byk.
kalau dpt pun dating berdua, dlm kepala masing-masing dok kenang anak-anak 😅.
nak plan holiday luar negara berdua pun, masih lagi dok berkira-kira nak bwk anak-anak.
membuatkan perbelanjaan nyer jadik triple! hu hu hu hu hu...
so, kita create la benda gini bagi buat memori.

sepasang jam. tak sama. tak serupa. tapi beli bersama.
takde la bila tgk jam tu, terpampang muka mr.asben, kan 😄.
memadai lah kita sedar, satu lagi ada di sana.... chewah!

💙💚💛💜 is in the air 😍😄😄.