excited nak kongsi cerita.
semlm buat asam pedas ayam. pokok daun kesum di laman segar bugar!
maka, semlm pertama kali menggunakan daunnya utk masak.
alhamdulillah. sgt sedap bila dimakan. rangup!
kembang rasa hati bila berjaya menjaga pokoknyer hingga boleh dimakan 😀.
ni hah asam pedas ayam, lauk semlm, Rabu.
resepinya dah ada di SINI.
gambar pokok daun kesumnya di laman lom la snap lagi.
nak tunggu bebetul rimbun semula, then baru la ditayangkan.
masih diperingkat awal utk dia beraksi di blog 😄.
asam pedas saya, mesti letak bendi.
mr.asben suka.
anak-anak suka.
saya sure la suka juga.
tapi tu la, semlm ptg dah keletihan, malas dah nak stop memana kedai membeli bendi.
maka, tu yg diletakkan 2 biji tomato peneman si drummet.
if not, togel rasanya asam pedas ku...
selingan cerita, lauk hari Selasa (kelmarin) 👇👇👇.
ada skit baki sambal semlm nyer kan. perit memikirkan lauk, kita gorengkan aje ikan tenggiri tu.
selesai...
ikan tenggiri goreng
sup suhun ada telur & kentang
hari ni? ntah la...
haiwan yg bakal dimasak ialah sotong dan ikan cencaru.
nak usaha lagi mencari anak pokok bendi.
3-4 nursery mencari, lom lagi berjumpa.
lom sempat nak ke pasar besar Melaka nun... sana in shaa Allah ada.
ada la satu nursery ni, menjual biji benih bendi. hu hu hu hu tidak la saya nak membelinya 😄😄😄.
tak pandai!
beli anak pokok, anak pokok yg besar skit.
lebih mahal, tapi senang, dah besar h aha ha ha ha... kejap je lah kita nak tuai hasil nya...
daripada nak menunggu dari biji benih. aduhai... ntah kan hidup, ntah kan tak 😆 😜.
ok. nak sarapan jap. laparrrrrrr!!!
pagi ni bwk bekal coklat langkawi 😄😄. malas plak tadi nak stop memana beli nasi lemak ke, karipap ke...
lepas anta anak2 ke skola memasing, terus meluncur laju ke ofis jer.
tghari plak, da siap-siap bwk bekal nasi putih dan asam pedas 😍.
makan sama-sama dgn Syuhada nanti, dia bakal transit lagi kat ofis saya ni.
selamat bekerja ye uolls...
👋👋
11 Comments
sup suhun tu kalau kat rumah saya antara yang paling kerap dimasak. Tapi kalau dah masak sup ni wajib kene ada benda yg pedaslah. biasanya sambal gesek je.
ReplyDeleteRajinnya Kak bercucuk tanam. Asam pedas kalau ada daun kesum & bunga kantan memang hasilnya padu! :) Daun kesum tu kalau segar makan macam tu je dah sedap kan kak. Inspiring sangat bercucuk tanam. Hasil kerja kita sendiri makan pun puas dan terasa best sangat. Yang penting jimat. Kalau nak makan petik aje..
ReplyDeletewah..cantik daun kesum tu.. elok je..
ReplyDeletehasilnya...menu yg sgt menyelerakan..ahh..rindu asam pedas pari
pokok daun kesum kami dah mati. bkn main susah nk hidup. bila hidup kami blk kg, mati plak dia.. pokok bendi kami tanam guna benih kedai eco, bila berbuah, bendinya keras sangat wpun muda..
ReplyDeletesedapnyaaaaaaaaaa
ReplyDeleteaahkan...kalau takde bendi teruh hilang mood nak masak asam pedas...hihihi
ReplyDeleteWah! sedapnya nampak asam pedas tu pekat tambah daun kesum mesti lagi wangi baunya.
ReplyDeleteSedap nyaaa
ReplyDeletetk mkn sgt menu asam pedas tp kalau mertua masak mkn juga kuahnya
ReplyDeleteWah, sedapnya
ReplyDeletehadoi.. mengancam nya asam pedas Aida tu.. rasa cam nak jilat skrin komputer.. hahaha
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.