assalamualaikum 😏
update blog pepagi.
excited utk update perihal Muhammad Izzat tersayang...
anak lelaki tunggal saya.
anak bongsu saya 😍😌.
hari ni hari ke-6. pagi ke-6.
sudah semakin pulih dah keadaan Izzat. kesakitan dah berkurangan.
Jumaat pagi, jam 8.25. selesai urusan berkhatan Izzat.
di Klinik Amal & Surgeri, Bukit Katil. kaedah Clamp Ismail.
beberapa minggu dari hari tu, saya dah pun maklumkan Izzat, apa akan terjadi.
apa itu sunat?
kenapa perlu sunat?
sakitkah sunat? bagaimana sakitnya sunat?
saya tidak berselindung. saya tak nak membohong la dgn dia kan...
saya prefer berterus-terang dgn anak-anak. face the facts!
alhamdulillah... selamat dah anak teruna ibu.
masa nak snap gambar ni, suruhlah Izzat senyum.
gitu la senyum nyer, senyum mcm tak senyum 😄.
pagi tu, sampai ke klinik, suasana agak tenang.
bila masuk je klinik, dah nampak dah muka cuak Izzat 😄.
dia da start gabra.
dia da start tak tentu arah. but under control lah...
doktor siap-siap pesan, "bwk anak dok kat luar dulu lah. kalau-kalau terdgr anak yg lain menangis, nanti dia jadi takut!".
saya pun dlm hati tak henti berdoa, jgn la Izzat buat hal, menangis ke, meraung ke.
moga dipermudahkanlah semuanya.
sabtu, lepas maghrib. adik-beradik, Emak, Abah dtg rumah...
doa selamat utk Syuhada, lulus UPSR dan Izzat, berkhatan.
selesa. tenang. ceria. gembira.
remote digenggaman. sepanjang hari layan youtube 😊.
tghari kedua dah boleh makan sendiri.
Izzat dah berani urus diri sendiri skit-skit...
gambaran kaedah clamp 😊
maaf la. gambar clamp Izzat sgt tak tergamak!
kaedah Clamp Ismail ni adalah kaedah berkhatan guna alat.
contoh alat - clamp Alis, clamp Ismail, smart clamp.
berkhatan guna alat ni tiada jahitan digunakan.
teknik ni, kalau dilihat dari kes Izzat ni, akan mengepit lapisan kulit yg ingin dibuang tu.
agar tiada aliran darah ke kulit tu. nak membuat tu kulit tu mati, luruh atau tertanggal.
doktor da inform awal-awal. selepas 3 hari, clamp tu boleh ditanggalkan.
boleh buat sendiri kat rumah, kalau tahu cara lah. tapi dinasihatkan dtg semula ke klinik.
pagi Isnin, clamp tu dah dibuka.
seawal jam 8.30 pagi kami dah tiba klinik.
tu la yg nak share cerita kelakar 😄😄😄.
pagi Isnin tu, kami tiba klinik, dah sgt ramai org.
katanya, lebih 40 org anak-anak berkhatan, sejak jam 6.30 pagi.
bila sampai je turn kami, doktor panggil Izzat masuk ke bilik rawatan.
Izzat melangkah masuk je bilik rawatan, seorang anak yg baru nak berkhatan meraung-raung, menangis-nangis...
aduhai! 😖 muka Izzat terus berubah!
terus muka dia jadi sebak, takut, seram... bercucuran air mata dia keluar. aduhai...
terpaksa la saya dan mr.asben tenangkan dia, "Ijat jgn takut, Ijat dah sunat. takde apa-apa pun sekarang. doktor nak cek je bebird Ijat".
tetap jugak Izzat menangis.
nurse nak buka clamp pun dia menangis-nangis ketakutan.
😊 kesian lah dia...
sehinggalah keluar dari klinik, barulah dia ok.
barulah minta handphone, nak layan games hi hi hi hi...
so prosedur pagi Isnin tu, clamp tu dah dibuka, hanya meninggalkan corong lutsinar (refer pada image 👆 👆 👆).
utk corong lutsinar tu plak, balik rumah nanti, kenalah rendam bebird anak tu sehingga corong lutsinar tu boleh dikeluarkan.
then, barulah disapu ubat dikeliling bebird tu, sehingga pulih sepenuhnya, kata doktor dlm masa seminggu.
mlm tu, lama juga la Izzat berendam, lebih dari 30 minit 😄.
barulah sukses corong lutsinar tu tertanggal.
maaf ye, terpaksa blur & tukar warna bebird Izzat 😊. ibu Izzat yg malu.
boleh kot para ibu ayah imagine.
- anak panah merah : tempat air kencing keluar. nak cuci, cucurkan air perlahan-lahan.
- bulatan hijau : bila dah buka clamp, baru jelas nampak air kencing yg bertakung. bila corong lutsinar tu dah buka, boleh dibersihkan.
- bulatan kuning : situlah kulit yg dikepit. warna hitam. slowly bila dah pulih, akan kembalikan warna kulit lah.
mlm tadi, dia dah ok.
dah boleh tidur cara biasa. lena.
harapnya hari ni, akan bertambah ok.
weekend ni dah inform dia bwk gi tgk wayang - Ejen Ali The Movie 😃.
😊
akan ada yg komen, mungkin lah, baru 7 thn dah berkhatan.
kesian lah Izzat. tunggu la besar skit ke kan... hi hi hi...
terus-terang memang kesian. aduhai 😌...
Izzat pernah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di skrotum 👇 - 24.8.2019 lepas.
berulang - berkhatan.
maka, itulah yg saya buat.
segera. tak bertangguh lagi 👌.
nota:
berkhatan ni bukan utk Muslim saje. non-Muslim pun digalakkan berkhatan.
bila berkhatan ni, bukan meMuslimkan seseorang tu.
ia byk kpd faktor kesihatan. baru-baru ni di berita, ramai non-Muslim yg terbuka minda utk sama-sama khatankan anak-anak, kan 👍. ini more to faktor kebersihan 👌.
😊

21 Comments
Alhamdulillah dah selamat dan dipermudahkan olehNYA.
ReplyDeleteTeringat pulak anak-anak Mrs. A time mereka sunat dahulu hiks!
Along dan Adik berbeza gaya penerimaan masing-masing.
alhamdulillah. tahniah untuk izzat. semoga cepat sembuh ^_^
ReplyDeleteAlhamdulillah. Semoga cepat sembuh
ReplyDeleteAlhamdulillah.Syukur semuanya dah selesai.Tahniah ibu ayah.Tahniah Izzat.Kalau ikut sunnah tak silap PC seeloknya masih bayi selepas lahir.Cuma itulah..sama ada tergamak atau tidak je mak ayahnya.
ReplyDeleteyes. betul tu, PC.
Deleteaida dulu bersalin di spital kerajaan. tak terfikir.
kakak aida, bersalin di spital swasta KL, lepas lahir terus anak buah aida tu dikhatankan.
lebih baik, kan :)
alhamdulillah..
ReplyDeleteizzat dh remaja.. hihi
ha ha ha ha ha :)
Deletebak kata pak sedara Izzat, "dah boleh kawin" :-D
alhamdulillah, lega dah ye kak...
ReplyDeletemacam mudah guna kaedah clamp nih, sebab tengok cepat dah sihat aktif dah Izzat nih
si aiyan tu entah bila lah nk buat, risau jugak makin bsr nanti takut lagi susah
cari masa, dana.
Deleteexplain to him first.
agar dia bersedia dan faham.
agar mudah kita kawal emosi dia, dana.
ada time lagi utk aiyan. no rushing :)
Bebudak skrg untung bersunat dgn teknologi canggih
ReplyDeletealhamdullilah cepat sembuh
ReplyDeleteselamat berkhatan izzat.. sama lah dgn anak ila.sekali 2 org ila kahtankan..tp guna kaedah laser... lg mudah je dari clamp...
ReplyDeleteyes. ada juga kaedah tu, tapi di klinik yg lain, iela.
Deleteaida pilih klinik tu sebab dekat :)
and tak nak yg tradisional! ok la tu guna clamp.
tak la seriau melayan kesan jahitan yg mengerikan, iela :) hi hi...
Tahniah Izzat...dh settle berkhatan...senang berkhatan awal- awal...
ReplyDeleteAlhamdulillah.. dah selamat dah.. eloklah sunat awal Aida.. Lagipun Izzat pun okay je..
ReplyDeletedah teruna dah dia
ReplyDeleteanak saya pun berkhatan umur 7 tahun, memang rasa kecik lagi tapi ok lah bersunat dengan abangnya,senang saya nak jaga dua2 sekali harung
ReplyDeleteyes. sekaligus jaga semua, kan.
Deleteand yg adik pun happy la sebab ada abang-abang :)
Puan ...saya nak tanya boleh ..anak saya pun gunakan kaedah clamp..lepas corong tu bukak bibird anak puan yg sunat tu bengkak tak ..kulit mati tu berapa lama ya Akan tanggal sendiri sebab anak saya lepas bukak corong bibird dia bengkak..t/kasih ye
ReplyDelete1. bila buka corong tu, alhamdulillah, bebird dia takde apa2 masalah. tak bengkak. just 1-2 hari selepas tu, Izzat nak buang air kecik, terasa pedih.
Delete2. kulit mati tu amik masa juga 1-2 minggu. at first warnanya hitam. after few days, jadi warna kuning. tidak tertanggal sekaligus. berhari-hari. tapi takde kesakitan.
Puan maaf ye nak tanya sekali lagi..alhamdulillah bibird anak dah ok cuma nak tanya masa tanggal corong tu ada tak tinggal gelung hitam kat tempat corong tu ..Dan berapa lama ye gelung tu tanggal sendiri..maaf ye banyak tanya sebab xde experience langsung..
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN : Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Sila berfikir dengan waras sebelum menaip apa-apa komen.
Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan/atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Komen oleh "unknown profile" juga tidak akan disiarkan.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.