assalamualaikum 😏 & salam sejahtera semua.

update blog pepagi. excited utk update perihal Muhammad Izzat tersayang. anak lelaki tunggal saya. anak bongsu saya 😍😌. hari ni hari ke-6. pagi ke-6. sudah semakin pulih dah keadaan Izzat. kesakitan berkhatan dah berkurangan. Jumaat pagi yg lepas, jam 8.25. selesai urusan berkhatan Izzat di Klinik Amal & Surgeri, Bukit Katil. kaedah Clamp Ismail atau selalu dipanggil kaedah smart clamp. 

sebelum tibanya hari berkhatan.
beberapa minggu dari hari kejadian, saya dah pun maklumkan Izzat, apa akan terjadi. apa itu bersunat? kenapa perlu sunat? sakitkah bersunat? bagaimana sakitnya sunat? saya tidak berselindung. saya tak nak membohong la dgn dia kan. saya prefer berterus-terang dgn anak-anak. face the facts! memang sakit, tapi sekejap je.

tibalah hari utk Izzat bersunat.
pagi tu, sampai ke klinik, suasana agak tenang. kami tiba awal dari waktu yg ditetapkan. bila masuk je klinik, dah nampak dah muka cuak Izzat. dia da start gabra.  dia da start tak tentu arah. but under control lah...

doktor siap-siap pesan, "bwk anak dok kat luar dulu lah. kalau-kalau terdgr anak yg lain menangis, nanti dia jadi takut!" 

saya pun dlm hati tak henti berdoa, jgn la Izzat buat hal, menangis ke, meraung ke. moga dipermudahkanlah semuanya.

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail
alhamdulillah. baru keluar klinik
senyuman Izzat yang tidak natural 😆.

Izzat ok. mr.asben yg menemani Izzat dlm bilik doktor waktu bersunat. saya tak berani! lemah semangat bila tgk anak dlm kesakitan 😞. bersyukur sgt Izzat ok sepanjang proses bersunat. tiada komplikasi.

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail
Sabtu tu, adik-beradik saya dtg rumah.
lepas maghrib kami baca yassin dan doa selamat.

penjagaan Izzat yg bersunat kaedah smart clamp.
tidak sukar. tak perlu nak gantung kain pelikat ke apa ke. just pakaikan kain pelikat ayahnya utk tutup. Izzat boleh berdiri sendiri utk ke tandas dan ke mana-mana di dalam rumah. tidur pun selesa. tapi bila ada benda ni situ, otomatik Izzat tidur tak lasak la. biasa-biasa je.

tak sakit ke? Izzat boleh tahan sakit? 
nama pun bersunat. kaedah apapun, bila ubat bius tu habis, sakit tu akan terasa. sayu hati saya bila lihat Izzat dlm kesakitan. dia jenis tak memberontak dan meraung kesakitan. 

dia menangis diam-diam tapi air mata bercucuran keluar! saya pergi rapat ke dia, peluk dia. tenangkan dia. saya dpt bayangkan yg dia berasa sgt sakit. hiba sgt tangisan dia masa tu. dgn saya sekaligus mengalir air mata. 1-3 mlm juga la sakit ngilu tu masih ada. terutama bila nak kencing.

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail
lokasi utk orang bersunat 😆. depan tv.
pegang remote tv. sepanjang hari layan YouTube.

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail
hari Ahad, Izzat dah beransur ok.
senyuman dia dan terukir normal.
makan sepinggan nasi licin!

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail
gambaran kaedah sunat clamp.

kaedah Clamp Ismail, sunat smart clamp ni adalah kaedah berkhatan guna alat. contoh alat - clamp Alis, clamp Ismail, smart clamp. berkhatan guna alat ni tiada jahitan digunakan. teknik ni, kalau dilihat dari kes Izzat ni, akan mengepit lapisan kulit yg ingin dibuang tu. agar tiada aliran darah ke kulit tu. nak membuat tu kulit tu mati, luruh atau tertanggal. doktor da inform awal-awal. selepas 3 hari, clamp tu boleh ditanggalkan. boleh buat sendiri kat rumah, kalau tahu cara lah. tapi dinasihatkan dtg semula ke klinik.

buka smart clamp di klinik.
memang tak la saya nak buka clamp tu sendiri. pagi Isnin, clamp tu dah dibuka di klinik. seawal jam 8.30 pagi kami dah tiba klinik. tak sabar nak buka! tu la yg nak share cerita kelakar 😄😄😄. pagi Isnin tu, kami tiba klinik, dah sgt ramai org. katanya, lebih 40 org anak-anak berkhatan, sejak jam 6.30 pagi.

bila sampai je turn kami, doktor panggil Izzat masuk ke bilik rawatan. Izzat melangkah masuk je bilik rawatan, seorang anak yg baru nak berkhatan meraung-raung, menangis-nangis! aduhai! 😖 muka Izzat terus berubah! terus muka dia jadi sebak, takut, seram! bercucuran air mata dia keluar. aduhai...

terpaksa la saya dan mr.asben tenangkan dia, "Ijat jgn takut, Ijat dah sunat. takde apa-apa pun sekarang. doktor nak cek je bebird Ijat". tetap jugak Izzat menangis.
nurse nak buka clamp pun dia menangis-nangis ketakutan. badan dia menggigil tau! kesian lah anak...

selesai buka clamp, sehinggalah keluar dari klinik, barulah dia ok. barulah minta handphone, nak layan games hi hi hi hi... lega...

so prosedur pagi Isnin tu, smart clamp tu dah dibuka, hanya meninggalkan corong lutsinar di bebird Ijat (refer pada image 👆). utk tanggalkan corong lutsinar tu plak, balik rumah nanti, kenalah rendam bebird anak tu sehingga corong lutsinar tu boleh dikeluarkan. then, barulah disapu ubat dikeliling bebird tu, sehingga pulih sepenuhnya, kata doktor tanggalkan corong lutsinar tu dlm masa seminggu. kami tak tunggu pun seminggu, mlm tu jugak! lama juga la Izzat berendam, lebih dari 30 minit 😄. barulah sukses corong lutsinar tu tertanggal.

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail
tu la dia corong lutsinar yg mesti ditanggalkan.
  • anak panah merah : tempat air kencing keluar. nak cuci, cucurkan air perlahan-lahan agar bersih.
  • bulatan hijau : bila dah buka smart clamp, baru jelas nampak air kencing yg bertakung. bila corong lutsinar tu dah buka, boleh dibersihkan.
  • bulatan kuning : situlah kulit yg dikepit. warna hitam. slowly bila dah pulih, akan kembalikan warna kulit lah.

bengkak selepas buka smart clamp?
alhamdulillah, tiada. bersyukur sgt. mlm tadi, dia dah ok. dah boleh tidur cara biasa. lena. harapnya hari ni, akan bertambah ok. weekend ni dah inform dia bwk gi tgk wayang - Ejen Ali The Movie 😃.

😊

akan ada yg komen, mungkin lah, baru 7 thn dah berkhatan. kesian lah Izzat. tunggu la besar skit ke kan hi hi hi... terus-terang memang kesian. aduhai 😌... tapi tu la, ini utk kesihatan Izzat juga. Izzat pernah dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman di skrotum 👇 - 24.8.2019 lepas.

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail

Berkhatan Guna Kaedah Smart Clamp Ismail

has been advised by the doctor that ubat paling mujarab agar masalah tidak  berulang - berkhatan. maka, kerana itulah saya tabah sunatkan Izzat. tak bertangguh lagi 👌.

nota:
berkhatan ni bukan utk Muslim saje. non-Muslim pun digalakkan berkhatan. bila berkhatan ni, bukan meMuslimkan seseorang tu. ia byk kpd faktor kesihatan. baru-baru ni di berita, ramai non-Muslim yg terbuka minda utk sama-sama khatankan anak-anak, kan 👍. ini more to faktor kebersihan 👌.

😊