assalamualaikum & salam sejahtera 😊

di hari raya, ketupat adalah salah satu juadah yg mesti ada di atas meja, baik di hari raya Aidilfitri mahupun Aidil'adha, kan.
di makan bersama kuah kacang, rendang ayam, kari itik, masak merah ayam...
pendek kata, semua la boleh digandingkan bersama ketupat.

ketupat mini yg da siap dijual di kedai ataupun buat nasi impit buat sendiri.
sama je.
tapi tu la, nasi impit buat sendiri tu is very the legend 😀. nasi tu dihimpit dengan batu giling! dulu kala la, pernah tgk org tua saya buat.
saya?
ketupat mini jenama faiza menjadi pilihan 💜.

sebenarnya, lontong goreng bayam brazil ni saya buat hari ke-2 PKP ari tu - 19.3.2020.
stok ketupat mini faiza memang ada je. apa lagi, rebus sebungkus (15 ketul ketupat mini).
separuh makan dgn kari ayam. separuh lagi 👇 lontong goreng bayam brazil.
kebetulan menuai hasil bayam brazil di pasu. kita aneka ragamkanlah bayam brazil tu kan.
cara tanam semula bayam brazil da pernah saya share 👉 LINK ni ye. moga bermanfaat.

Lontong Goreng Bayam Brazil

bahan-bahan :
  1. 7 ketul ketupat mini - da siap rebus dan potong empat
  2. segenggam udang kering*
  3. bawang merah*
  4. bawang putih*
  5. 2 senduk ciliboh - saya memang da mesin cili kering awal-awal buat stok
  6. 2 biji telur gred A
  7. taugeh
  8. bayam brazil - rendamkan dahulu di dalam air garam selama 10-20 minit

cara-cara :
  1. bahan bertanda * dikisar halus-halus - tumiskan bersama minyak masak hingga naik bau yg harum.
  2. masukkan ciliboh. goreng hingga garing dan terbit minyak.
  3. pecahkan telur. kacau agar telur menjadi seakan-akan telur hancur.
  4. masukkan ketupat mini dan taugeh. gaul rata.
  5. tutup api dapur. akhir sekali, masukkan bayam brazil ke dalam lontong goreng dan gaul rata.
  6. SIAP!
tak perlu masak bayam brazil tersebut. kita nak maintain kerangupannya bila kita makan nanti.

bila makan, sedap bila ada sedikit sebanyak elemen rangup dari taugeh dan bayam brazil.
ni sgt sesuai la kalau tiba-tiba tetamu call nak singgah beraya.
ketupat ada. rendang? kari? lodeh? semua takde!!! 😨 gelabah.
lontong goreng ni boleh jadi penyelamat. resepi mudah dan sedap tau. cepat pulak tu.
bahan pun semua simple.

moga tahun ni kita dpt la beraya seperti biasa kan. covid19 ni dpt dikekang penularannya.
sedih jugak la bila Menteri beri peringatan - "kalau nak berhari raya, sila la ikut arahan PKP ni...".
😓 aduhai...
stay positif ye korang.
kita, Malaysian, pasti boleh buat - ikut arahan. duduk rumah. jaga kebersihan diri.
👍