assalamualaikum & salam sejahtera 😊
hari ni saya nak kongsi cara-cara saya buat sambal belacan yang simple tapi sedap. ni memang versi saya kerana berlainan dari cara emak dan kakak-kakak saya. idea dpt dari baca-baca resepi org lain secara online dan offline 😉. dok layan video buat sambal belacan di YouTube.
sekali buat, memang saya akan buat byk. masuk dlm freezermate and simpan dlm peti ais. mudah. bila nak makan je, terus hidang. cara buat sambal belacan sedap dan mudah 👇. kuantiti bahan ni semua adalah sesedap rasa ye 😅. agak-agak je. main cekut-cekut je dgn tgn. yg penting, cili merah & cili padi kena byk dari bahan yg lain.
belacan tu plak, ikut la brape byk cili yg digunakan. ni kalau dah kerap buat, tahu dah la byk mana kuantitinya. sesedap rasa masing-masing. saya guna belacan Melaka la. sedap!
bahan-bahan :
- belacan
- cili merah
- cili padi (ni kena byk, pedas tapi sedap!)
- tomato
- bawang besar
- bawang putih
- gula pasir
cara buat sambal belacan (gambar ada di bawah ye) :
- belacan tu mesti dibakar dulu ye. ketepikan.
- lain-lain bahan, kecuali gula pasir, dipotong kecil-kecil digoreng dulu dgn sikit je minyak masak. agak-agak la goreng tu ye. sampai semua sikit layu.
- kemudian, kesemua bahan yg digoreng tu dan belacan bakar tadi, kita kisar halus-halus.
- akhir sekali, perisa dgn gula sedikit lebih kurang.
saya memang tak bubuh garam! sebab belacan dah ada masin-masinnya. then, saya tak bubuh air asam limau ke dlm pes sambal belacan ni. sebab nak buat stok, kan. nanti nak makan, barulah saya potong-potong 4-5 biji limau kasturi. perah dan campur dlm sambal belacan 👌. kulit limau kasturi tu pun saya hiris-hiris dan masukkan sekali dlm sambal belacan.
mudah sgt cara-cara buat sambal belacan sedap ni.
belacan yg sedang dibakar. hmmm bau nyer menyengat!
bahan-bahan lain dlm kuali mereka bersatu 💪.
dikisar. then perisakan dgn gula.
SIAP! bakal melengkapkan segala jenis menu makanan.
(pencahayaan, tu yg nampak kekuningan)
ni hah dia sambal belacan yg dah ready utk dimakan bersama nasi 👍.
pes sambal belacan saya ni, bukan je buat sambal belacan perah limau tu je ye. nak buat air asam utk makan bersama nasi daging, saya ambil ni 2 sudu besar. then, perah asam jawa lelebih, hiris bawang besar dan potong dadu 2-3 biji tomato 😋. air asam resepi derhaka lah ni kiranya hi hi hi hi... jgn marah ye org utara.
air asam yg dimakan bersama nasi daging 👉 menu berbuka pada Ramadhan ke-2.
kalau nak buat nasi goreng cili padi, saya ambil juga 2-3 sudu pes sambal belacan ni. bagi perisa lebih skit la kat nasi goreng tu 👍. mudah kan? resepi sambal belacan sedap ni serbaguna. ni cara saya. cara korang, sama tak?
kalau ada tips utk tambah sedap, boleh la share di kotak komen ye. sharing is caring, kan.
😊

27 Comments
Sedapnya,sambal belacan ni lauk penyelamat..sebab boleh kawankan dengan macam-macam..
ReplyDeleteSambal belacan sedap ni bergantung pada jenis belacan jugak kan . Kadang memang sampai ada berbau di tangan .tapi menyelerakan kalau ada sambal belacan ni. Penambah selera
ReplyDeleteantara benda yang wajib ada tau..Suka buat banyak-banyak masuk peti ais...Bila² boleh ambil makan...Nilah yang buatkan lagi berselera makan kan?
ReplyDeleteHahahaha bab cium tangan tu uiiii memang betul, kuat gile kesedapan sambal belacan kalau lepas makan, walau dah cuci tangan pun kann hahahaha
ReplyDeleteSedapnya...terus rasa nak buat sambal belacan balik kang kalau sempat
ReplyDeleteGambar pun dah mengiurkan hehe
ReplyDeletemakan nasi kalau ada sambal belacan memang menambah. kalau saya bslacan tu layur atas api sampai naik bau.
ReplyDeletesedapnya.. makan nasik dengan kuah kari atau kuah tak pedas wajib ada sambal belacan sekali.. baru terangkat pehh
ReplyDeleteSambal belacan siapa tak makan memang rugi.
ReplyDeleteUittt sedapnya lahai sambal belacan, sis kalau ada ikan goreng, sambal belacan, kicap dan nasi panas-panas..fuhh memang tak pandang kiri kanan lah..hehehe
ReplyDeleteterbaik la. memang menarik, simple dan yg penting gambar buat terasa nak mkn sambal belacan utk berbuka esok.. 😁
ReplyDeleteterbaiklah~
ReplyDeleteSelalunya sambal macam ini, akak buat banyak dan simpan sedikit dalam peti ais. Bila anak-anak nak makan, diaorang cuma ambil sahaja.
ReplyDeleteHahah mommy ingatkan tadi pes apa la warna kuning tu. Rupanya sebab pencahayaan.
ReplyDeleteSambal belacan memang wajib ada sekali. Lagi-lagi Kalau mkn lauk yang berlemak. Sedapnya
Sambal belacan lps mkn masih melekat baunya mmg mantop tu.. Tkpernh bakar belacan tp stock belacan mmg byk sbb arwah FIL melaka mmg suka beli belacan
ReplyDeleteSemua bahan digoreng mnjadikan sambal ni sedap..kecur ailio pepagi ni..hehe..air asam nasi daging depa campuq kerisik..
ReplyDeletePerghhh tengok mpun sedap. Sy biasanya buat jarang ltk bawang dan ini mmg menarik
ReplyDeleteFuhhh akak. merecik sedap ni. Kalau dapat nasi panas, timun jepun dan ayam penyet. memang duduk bersila la ngadap makan. haha
ReplyDeleteOoo... goreng dulu bagi layu rupanya... baru tau... dulu selalu fikir macam mana la sambal belacan Mak Ngah saya rasanya sungguh luar-biasa dan terbaik... saya baru tanya tadi, rupanya Mak Ngah saya pun buat lebih-kurang macam ni... yeah, dapat satu lagi resipi baru... terima kasih sis Aida...
ReplyDeletewah mesti sedap ni. saya tak pernah buat sambal belacan sendiri. nanti saya cuba ya
ReplyDeleteNampak menyekeraka. Sambal belacan ni haha... kita buat sambal belacan biasa je..
ReplyDeletealamak.. nak save dulu ni.. nanti nak try buat.. sebab belah ipar suka sambal belacan.. kot nanti boleh try buat bila balik umah mertua nanti..
ReplyDeleteNi kalau dapat makan dengan nasi panas-panas pun dah cukup dah ni. Sambalnya nampak pekat dan melekat ini.. hehe
ReplyDeleteSedap! Fiza pun buat style macam ni. wajib ada stok dalam peti ais.
ReplyDeleteSedapnyaaaa, saya peminat sambal belacan, tapi suka yang pekat pekat, kalau cair aje, x gemar sangat
ReplyDeleteSedap.. sedap..
ReplyDeleteBuat rencah nasi goreng pun sedap..
Makan dengan ulam-ulaman pun sedap..
Sha pun kalau buat sambal belacan mesti goreng dulu..
Sedapnyaa
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.