assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hari ni saya nak kongsi cara-cara saya buat sambal belacan yang simple tapi sedap. ni memang versi saya kerana berlainan dari cara emak dan kakak-kakak saya. idea dpt dari baca-baca resepi org lain secara online dan offline 😉. dok layan video buat sambal belacan di YouTube.

sekali buat, memang saya akan buat byk. masuk dlm freezermate and simpan dlm peti ais. mudah. bila nak makan je, terus hidang. cara buat sambal belacan sedap dan mudah 👇. kuantiti bahan ni semua adalah sesedap rasa ye 😅. agak-agak je. main cekut-cekut je dgn tgn. yg penting, cili merah & cili padi kena byk dari bahan yg lain.

belacan tu plak, ikut la brape byk cili yg digunakan. ni kalau dah kerap buat, tahu dah la byk mana kuantitinya. sesedap rasa masing-masing. saya guna belacan Melaka la. sedap!


bahan-bahan :
  • belacan
  • cili merah
  • cili padi (ni kena byk, pedas tapi sedap!)
  • tomato
  • bawang besar
  • bawang putih
  • gula pasir

cara buat sambal belacan (gambar ada di bawah ye) :
  1. belacan tu mesti dibakar dulu ye. ketepikan.
  2. lain-lain bahan, kecuali gula pasir, dipotong kecil-kecil digoreng dulu dgn sikit je minyak masak. agak-agak la goreng tu ye. sampai semua sikit layu.
  3. kemudian, kesemua bahan yg digoreng tu dan belacan bakar tadi, kita kisar halus-halus.
  4. akhir sekali, perisa dgn gula sedikit lebih kurang.

saya memang tak bubuh garam! sebab belacan dah ada masin-masinnya. then, saya tak bubuh air asam limau ke dlm pes sambal belacan ni. sebab nak buat stok, kan. nanti nak makan, barulah saya potong-potong 4-5 biji limau kasturi. perah dan campur dlm sambal belacan 👌. kulit limau kasturi tu pun saya hiris-hiris dan masukkan sekali dlm sambal belacan.

mudah sgt cara-cara buat sambal belacan sedap ni.

Resepi Sambal Belacan Sedap | Lepas makan, bau masih melekat di tangan tau!
belacan yg sedang dibakar. hmmm bau nyer menyengat!

Resepi Sambal Belacan Sedap | Lepas makan, bau masih melekat di tangan tau!
bahan-bahan lain dlm kuali mereka bersatu 💪.

Resepi Sambal Belacan Sedap | Lepas makan, bau masih melekat di tangan tau!
dikisar. then perisakan dgn gula.

Resepi Sambal Belacan Sedap | Lepas makan, bau masih melekat di tangan tau!
SIAP! bakal melengkapkan segala jenis menu makanan.
(pencahayaan, tu yg nampak kekuningan)

ni hah dia sambal belacan yg dah ready utk dimakan bersama nasi 👍.

pes sambal belacan saya ni, bukan je buat sambal belacan perah limau tu je ye. nak buat air asam utk makan bersama nasi daging, saya ambil ni 2 sudu besar. then, perah asam jawa lelebih, hiris bawang besar dan potong dadu 2-3 biji tomato 😋. air asam resepi derhaka lah ni kiranya hi hi hi hi... jgn marah ye org utara.

Resepi Sambal Belacan Sedap | Lepas makan, bau masih melekat di tangan tau!

Resepi Sambal Belacan Sedap | Lepas makan, bau masih melekat di tangan tau!
air asam yg dimakan bersama nasi daging 👉 menu berbuka pada Ramadhan ke-2.

kalau nak buat nasi goreng cili padi, saya ambil juga 2-3 sudu pes sambal belacan ni. bagi perisa lebih skit la kat nasi goreng tu 👍. mudah kan? resepi sambal belacan sedap ni serbaguna. ni cara saya. cara korang, sama tak?

kalau ada tips utk tambah sedap, boleh la share di kotak komen ye. sharing is caring, kan.
😊