assalamualaikum & salam sejahtera 😊

17 bulan dah saya duduk rumah ni. berpindah Ramadhan 2019. Ramadhan 2020 dalam tempoh PKP, bersyukur kerana dah pindah ke rumah ni. lega. selesa. alhamdulillah. seronok hati ni sebab dpt kediaman yg diidamkan. selesa. nyaman. yg penting, cukup serba-serbi.

now nak kongsi cerita tentang tempat memasak di dapur. PKP yang bermula 18.3.2020 hingga 9.6.2020 lepas, lokasi ni lah tempat paling hot tau dlm rumah 😄. beroperasi setiap masa. demi mengisi perut kami sekeluarga. tak boleh makan di luar. nak tapaw makanan pun, tak boleh keluar rumah membeli. kedai-kedai makan pun tak beroperasi, kan. hmmmm dapur masak ni memang telah diuji di tahap yang maksima ha ha ha ha ha...

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
semalam masak sambal ikan tenggiri, tomyam ayam dan telur dadar.
memperkenalkan the awesome Sugawa Smartcooker.

Sugawa Smartcooker ni saya beli lebih kurang tahun 2014 atau 2015. digunakan pertama kali pada bulan Mei 2019 😊.

kisahnya, berjalan-jalan window shopping di KipMart Bachang, ada salesperson Sugawa ni buka booth di pintu masuk mall. kebetulan pada masa tu memang memberikan perhatian kepada barang-barang untuk rumah baru. memang tepat sgt lah salesperson tu hai hai kami berdua laki bini pada waktu itu. mula-mula saya tak brape tunjukkan minat sebab dlm minda saya dah set dah, "tak guna beli dapur gini, mesti beli kuali / periuk khas yang boleh masak atas dapur induction. tak boleh guna periuk sediada. membazir!tapi, setelah bertanya dan lihat demo, kami menjadi minat kerana sesungguhnya salah satu cooking zone Sugawa Smarcooker ni boleh guna apapun jenis periuk - claypot, kaca, stainless steel 😍. 

nota penting sebelum saya proceed bercerita, kini Sugawa dah keluarkan Smartcooker terbaru yang ada 3 cooking zone dan Intelligent Cooker. ada fungsi yang telah dinaiktaraf dari Smartcooker milik saya yang dah berusia 5-6 tahun ni. Smartcooker saya sekarang ni bukanlah yang versi terkini from Sugawa.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
ini Sugawa Smartcooker terbaru. lebih moden dan fungsi tambahan.

Sugawa Smartcooker ada 2 cooking zone. pemanasan secara elektromagnetik / induction (kiri) dan pemanasan secara infrared (kanan). oleh itu, cooking zone kiri tu mesti guna periuk or kuali yg ada magnetic steel di bawahnya. bukan sebarang-sebarang periuk or kuali ye. bila memasak, tenaga akan dialirkan direct kepada periuk thru magnetic field tu. cooking zone kanan, boleh guna apa jenis periuk pun 👍. pyrex. corningware. luminarc. vantage. no worries ye, masih boleh digunakan.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
periuk dan kuali stainless steel yang diberikan percuma.
tapi sangat jarang saya gunakan.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
ni adalah steamer saya beli di Family Store beberapa tahun lepas.
stainless steel. maka boleh digunakan di cooking zone kiri.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
best. ada timer.
set suhu. set timer. tak la terlebih masak lauk kita tu.
gi la ke depan tgk drama korea 😅.
mode child lock pun ada. ini bagi yg ada anak kecik, sgt bagus.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
cooking zone infrared.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
saya screenshot dari website Sugawa.

dari image di atas, features yg saya nak highlight dlm perkataan yang biasa-biasa adalah Sugawa Smartcooker saya ni adalah pilihan yang betul. saya suka :
  1. timer : ini byk saya gunakan. bila masakan tu dah hampir masak, dah serasi sebati sempurna dalam periuk, saya set time. and tutup tudung periuk. tinggalkan.
  2. smart touch : mudah. touch. tidak perlu press. just a gentle touch 💛.
  3. easy clean up : memang mudah. once cooking zone dah sejuk, saya sembur manja dgn serai wangi dan lap dgn kain lembab. sekaligus lap dgn table top dan dinding.
  4. hygienic environment : memang betul. dapur tidak berjelaga. periuk kuali mudah nak dibersihkan. on kan pula exhaust fan, bau-bauan memasak pun disedut keluar. nyaman.
  5. user friendly : kak Nurin & kak Syuhada mudah nak faham cara menggunakan Sugawa Smartcooker ni. mudah juga utk diorang nak handle, saya kurang risau berbanding dgn dapur yang konvensional tu.
penggunaan elektrik ?
pada saya, tidak memberi kesan yang besar. sedia maklum, di rumah mempunyai 4 air-cond. kipas lampu tu jgn dikira la. tv. charging laptop dan phone. belum lagi anak-anak on desktop dan tv di tingkat atas. ada 3 diffusers utk essential oils. saya boleh katakan yang bil elektrik saya tu is jumlah yang normal akan dapat dengan penggunaan semua tu. berbanding dengan duduk di rumah lama dulu, kenaikannya tak brape banyak pun. 

kipas dinding 😆.
ini adalah request mengada-ngada seorang isteri kepada si suami tercinta. dgn segera beli dan pasang melekat di dinding kah kah kah... sedang masak, boleh on kipas dinding kelajuan no 3 😆. sebab tak mungkin 'api' akan padam kan hi hi hi hi... tak la stress masak di dapur tu. dapur elektrik ni sangat la menepati citarasa ibu byk ragam mcm saya ni. panas lah, hape lah hu hu hu hu...

harga ?
saya beli dulu, sekitar RM2,000+. tak pasti nilai harga yang betul, dah lupa! tak silapnya, sekarang ni dah berharga RM4,000+ 😱. selain dari dapat free kuali dan periuk stainless steel, pakej bersama Sugawa Smartcooker saya ni adalah Sugawa Ceramic Cooker, Sugawa Multifunction Microcomputer Pressure Cooker dan Sugawa Roasting Pan.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
Sugawa Ceramic Cooker namanya.
nak pasang fixed kat dapur pun boleh, nak bawak travel pun boleh.
infrared. so boleh guna semua jenis periuk / kuali.

Sugawa Smartcooker | Dapur elektrik yang mesra alam dan mudah digunakan
Sugawa Roasting Pan. utk bbq 😄.

2 item di atas ni, ada dlm stor. jarang digunakan. itu yg ambil gambar dari website Sugawa je. kalau kami holiday pun, tak bawak sebab dok hotel, tidak dibenarkan memasak. akan datang, in shaa Allah. boleh la bawak kalau-kalau holiday dok apartment yg boleh masak. dpt la bakar-bakar sosej, ayam panggang, kambing panggang 👍.

😱 elektrik takde ?!
alhamdulillah. tidak pernah lagi diuji dengan takde elektrik dlm tempoh yang panjang dan kritikal. memang itu lah dugaannya bila guna dapur elektrik, kan. kalau guna dapur gas, diduga pula dengan kehabisan gas. kalau terjadi, kita tapaw aje la hi hi hi...

keburukan dapur elektrik jenis ni ?
apapun jenis dapur, terpulang kepada keselesaan si tukang masak. dapur konvensional, dapur moden, dapur gas, dapur elektrik... semua ada baik dan buruknya. bagi saya, dari kecik hingga sebelum Mei 2019, guna dapur gas 2 tungku tu. sekarang guna pula dapur elektrik yg gini, both ok. masak mcm biasa je. takdelah nak kata itu baik, ini tak baik. Smartcooker ni pun saya amik masa 3-4 minggu utk try an error dan menjadi selesa. at first rasa mcm fade up pun ada bila tak tau rentak. dan sekarang, alhamdulillah.

akan datang, bercadang nak wujudkan tempat masak kedua di ruang luar rumah. konon-konon kalau family dtg ramai-ramai, boleh la masak-memasak di luar, bbq. yang di luar saya nak beli dapur 2 tunggu yang biasa tu. guna gas. gas dari rumah lama dulu ada tu hah di belakang. Sugawa Ceramic Cooker tu pun ada. cantik dah tu 👍. memasak di tepi rumah sambil berborak potong-potong bawang 😀 kah kah kah...

😞 cuma satu jer la yg saya sedih. kuali bontot hitam saya yg saya guna sejak lepas nikah, tak dpt nak guna kat sini hu hu hu hu... sebab bukan flat bottom kan. dah pun selamat saya sedekahkan. moga pengguna baru dapat memanfaatkannya.

ok tamat la sudah perkongsian saya. 
rasanya da kongsi dah semua yg penting, kan. niat hanya satu, agar pembaca dpt manfaat, dpt buat pilihan dan kalau-kalau sedang mencari dapur elektrik sebegini, boleh la consider Sugawa Smartcooker sebagai salah satu pilihan. apa yg penting, survey sepuasnya. da byk jenama dah yg keluarkan dapur elektrik sebegini. harga pun ada yang lebih murah, bergantung kpd fungsi yang ada.

...bye for now!