assalamualaikum & salam sejahtera 😎
apa khabar hari ni? moga semua ok ok je ye. Jumaat 😍. saya sukakan hari Jumaat.
tak ok? ada masalah? releks dulu. bertenang. kalau berdiri, sila la duduk. ambil posisi yang menyenangkan. tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. releks dulu. ambil masa utk diri sendiri. jap jap lagi baru fikir camne nak bertindak. tindakan yg positif ekk 👌.
ruang tamu kecil saya 😍.
2 pasu gubahan orkid latex penambah seri.
gubahan bunga.
ia merupakan penyeri satu-satu ruang di dalam rumah. dia seumpama pelembut bagi satu-satu sudut di rumah kita. camtu juga rumah saya ni, di peringkat awal, ruang tamu saya dihiasi hanya dengan kuntuman bunga ros yang dibeli di Nilai 3. ada diselitkan kisahnya di ENTRI INI. kecil, tapi sweet sgt. now, gubahan kecil tu dah diubah tempat dan dinaikkan ke ruang komputer di tingkat 2.
JPO. nasi kambing. air hitam dan beli orkid latex.
tu la cerita kisah terbeli orkid latex 😄. few months ago, ke JPO. shopping. pepagi hari bertolak dari Melaka terus ke JPO. selesai di JPO, terus rushing utk lunch di Nasi Kambing 40 hari di Ayer Hitam. memang target nak makan kat sini, rindu! maklumlah kan, considering penjarakan sosial dan waktu tutup operasi kedai makan ni jam 3.00 petang, kena la cepat tiba di sana.
selesai makan-makan dgn aman di Nasi Kambing 40 hari, dgn rasa sungguh selesa dan kenyangnya, kami singgah di pekan Air Hitam utk beli kerepek pisang. hmmmmm tu la dia, lain yg dicari, lain yg dibeli. saya masuk ke salah satu kedai and terus terpikat dgn gubahan orkid latex yang dipamerkan. sgt banyak! aneka harga. aneka warna. rambang mata!
hanya 2 gubahan menambat hati saya. warna keduanya seakan-akan, kan? 😍
bila da rambang mata, mana cantik, mana tak cantik, semua dah confused! semua da jadik cantik. sebab nak bagi sewarna dgn ruang tamu, itulah warna orkid latex pilihan hati. satu pasu tu RM100, empat tangkai. ok ok la kan. da ada depan mata, beli aje la 😆.
orkid latex ni pada saya sgt cantik. ia nampak macam 'hidup'. gubahan orkid latex ni memang beri visual ekslusif kepada ruang tamu saya yang sejemput dan very minimalis tu. nak berlebihan menghias, takut serabut pulak kan... so ok la tu 2 pasu.
ruang makan tu masih lagi takde penyeri yang bersesuaian. da 18 bulan dok sini, masih belum mendapat gaya menghias ruang tu dengan baik. dlm minda ada berfikir utk beli satu meja sudut dan satu pasu lagi orkid lated tapi nakkan yang besar, 8 tangkai 😍.
ok. ada komen yang bersesuaian, sudi-sudikanlah. idea anda amat saya hargai
...sekian 👌
19 Comments
Deko ruang tamu ada tema ke?
ReplyDeleteKalau tambah daun hijau pun cantik.
takde tema yg tetap. semuanya unplanned.
Deletekebetulan saya minat kaler earth tone :) hi hi...
wallpaper, sofa. then langsir & karpet ada tone merah.
unplanned.
yes setuju. dlm minda ni nak ada pokok hijau yg viral tu.
Deletepokok pisang tipu. just belum dapat beli yg berkenan di mata.
tq for suggesting :)
Cantik....suka orchid latex tu..kalau dapat real pokok pun best kan...
ReplyDeletebetul sgt. tapi tu la, aida ni tak brape sesuai dgn pokok hidup :) ha ha ha ha
Deletetanam pokok bunga tak menjadik la, SA.
Rm100 , ok la kan.. tapi kan klu dah minat and cantik di mata.. harga tu letak tepi heeheh
ReplyDeletekalau saya memang tak letak tumbuhan,sebab ada adik kecik..sekali die tarik haaa habiss..btw letak pokok hidup ni banyak kelebihan sbb salah satu nya die memberi oksigen selain memberi kesegaran dalam rumah. Nice..
ReplyDeletesebab anak da besar la baru ada hiasan bunga ni kat rumah :)
Deletesebelum ni tak pernah ada. Ijat pun da besar. dah faham...
baru la boleh cantik-cantikkan rumah.
Sangat cantik. Menyerikan ruang tamu rumah awak :)
ReplyDeleteCantik sangat orchid tu❤️❤️❤️
ReplyDeleteWalaupun sama warna tapi gubahan kedua-dua bunga tu bagi aura berbeza! Suka tengok latex dekat ruang tamu tu. Cantik!
ReplyDeletetq Fana.
Deletekat ruang makan nanti nak amik warna terang sikit.
kuning ke, oren ke, merah menyala ke...
bagi up skit ruang bosan tu.
cantik gubahan orkid latex ni, kak ana suka ada satu kat rumah ni buh tengah2 ruang tamu biar berseri hehe :)
ReplyDeleteCantiknya ruang tamu bila dihiasi gubahan bunga.. berseri-seri jadinya..
ReplyDeleteNampak macam orkid hidup.
ReplyDeleteOk juga beberapa kuntum orkid menyeri rumah.
Bunga lain takmo cuba?
Saya suka konsep minimalis. Memang sesuai orked latex tu jadi pelengkap. Simple tapi cantik
ReplyDeleteCantik, Aida. Sweet dan lembut warna orkid. :)
ReplyDeleteCantik yang warna kedua tu kak. Saya kalau ke JB tak pernah lansung singgah JPO dengan Nasi Kambing 40 hari Ayer Hitam tu.
ReplyDeleteDalam rumah mesti nak ada hiasan pokok bunga. Baru nampak ada seri kan
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.