assalamualaikum & salam sejahtera 😎

apa khabar hari ni? moga semua ok ok je ye. Jumaat 😍. saya sukakan hari Jumaat.

tak ok? ada masalah? releks dulu. bertenang. kalau berdiri, sila la duduk. ambil posisi yang menyenangkan. tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya. releks dulu. ambil masa utk diri sendiri. jap jap lagi baru fikir camne nak bertindak. tindakan yg positif ekk 👌.

ruang tamu kecil saya 😍.
2 pasu gubahan orkid latex penambah seri.

gubahan bunga.
ia merupakan penyeri satu-satu ruang di dalam rumah. dia seumpama pelembut bagi satu-satu sudut di rumah kita. camtu juga rumah saya ni, di peringkat awal, ruang tamu saya dihiasi hanya dengan kuntuman bunga ros yang dibeli di Nilai 3. ada diselitkan kisahnya di ENTRI INI. kecil, tapi sweet sgt. now, gubahan kecil tu dah diubah tempat dan dinaikkan ke ruang komputer di tingkat 2.

JPO. nasi kambing. air hitam dan beli orkid latex.
tu la cerita kisah terbeli orkid latex 😄. few months ago, ke JPO. shopping. pepagi hari bertolak dari Melaka terus ke JPO. selesai di JPO, terus rushing utk lunch di Nasi Kambing 40 hari di Ayer Hitam.  memang target nak makan kat sini, rindu! maklumlah kan, considering penjarakan sosial dan waktu tutup operasi kedai makan ni jam 3.00 petang, kena la cepat tiba di sana.

selesai makan-makan dgn aman di Nasi Kambing 40 hari, dgn rasa sungguh selesa dan kenyangnya, kami singgah di pekan Air Hitam utk beli kerepek pisang. hmmmmm tu la dia, lain yg dicari, lain yg dibeli. saya masuk ke salah satu kedai and terus terpikat dgn gubahan orkid latex yang dipamerkan. sgt banyak! aneka harga. aneka warna. rambang mata!

Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan Orkid Latex penambah seri di ruang tamu
Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan Orkid Latex penambah seri di ruang tamu

hanya 2 gubahan menambat hati saya. warna keduanya seakan-akan, kan? 😍

bila da rambang mata, mana cantik, mana tak cantik, semua dah confused! semua da jadik cantik. sebab nak bagi sewarna dgn ruang tamu, itulah warna orkid latex pilihan hati. satu pasu tu RM100, empat tangkai. ok ok la kan. da ada depan mata, beli aje la 😆.

Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan Orkid Latex penambah seri di ruang tamu
Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan Orkid Latex penambah seri di ruang tamu
yg ini, di depan pintu masuk rumah 😍.

Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan Orkid Latex penambah seri di ruang tamu
Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan Orkid Latex penambah seri di ruang tamu
ini pula di tepi tv 😍.

orkid latex ni pada saya sgt cantik. ia nampak macam 'hidup'. gubahan orkid latex ni memang beri visual ekslusif kepada ruang tamu saya yang sejemput dan very minimalis tu. nak berlebihan menghias, takut serabut pulak kan... so ok la tu 2 pasu.

ruang makan tu masih lagi takde penyeri yang bersesuaian. da 18 bulan dok sini, masih belum mendapat gaya menghias ruang tu dengan baik. dlm minda ada berfikir utk beli satu meja sudut dan satu pasu lagi orkid lated tapi nakkan yang besar, 8 tangkai 😍. 

ok. ada komen yang bersesuaian, sudi-sudikanlah. idea anda amat saya hargai 
...sekian 👌