assalamualaikum & salam sejahtera 😊
now cuaca dah kembali panas dan berangin, kan? hu hu hu 😄 moga di kawasan-kawasan yg dilanda banjir baru-baru ni bertambah pulih. semua boleh kembali ke rumah. panas hujan ni semuanya rezeki dan dugaan buat sesetengah dari kita. redha...
sesungguhnya, Menteri KPM dah pun buat pengumuman yg anak-anak akan belajar secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) mulai 20.1.2021. Kecuali utk anak-anak tingkatan 5 dan 6 sessi tahun 2020, akan proceed bersekolah utk ambil SPM, STPM, STAM, SKM dan SVM. in shaa Allah.
masalah bagi sesetengah keluarga.
tiada capaian internet. kurang gajet. ni yg membuatkan pembelajaran anak-anak tidak berkesan. aduhai... salah satu penyebab ni ialah ibu ayah terpaksa bekerja, kalau negeri tu PKPB. anak-anak di rumah tanpa cukup gajet. yg mampu, boleh la beli komputer atau phone extra. yg tak mampu? 😓 kena la cari jalan, kan.
masalah bagi saya!
saya dan mr.asben di ofis, anak-anak di rumah. ni hakikat yg terjadi tahun lepas sepanjang PKPP. saya hanya mampu pastikan mereka buat task yg diberikan oleh cikgu di telegram / whatsapp group. tapi, ulangkaji silibus lama atau belajar silibus baru, mereka sendirian berhad. tanpa guru dan tanpa ibu ayah.
terutama utk Izzat (darjah 2). aduhai... takkan la nak suruh dia baca buku, kan. kak Nurin dan Syuhada boleh la dipaksa ulangkaji. Izzat? maybe dia pun masih blurrr dgn perkataan 'ulangkaji' 😄. camne tu? keje wajib. sekolah plak tutup. anak-anak di rumah tanpa cikgu tapi ada byk task dari sekolah. then, sessi pembelajaran akan tamat sebagaimana biasa. now, 2021 da masuk sessi yg baru. hmmmm... sessi lepas tak khatam sempurna, masuk plak data baru hu hu hu hu... carca marba!
saya terbaca dlm BH Online hari ni :
Dalam hal ini tak boleh nak dibandingkan dan semua pihak mesti terima keadaan PdPR adalah berasaskan keadaan kesediaan murid, selain objektif pengajaran guru terhad dan perlu dipelbagaikan mengikut kreativiti. Apabila keadaan kembali baik,mungkin guru boleh lakukan langkah lain untuk baik pulih masalah sepanjang pelaksanaan PdPR.
baik pulih? larat ke cikgu-cikgu? nak ke cikgu-cikgu? cukup ke masa? seperti sessi 2020 yg lepas, naik sekolah selepas cuti lama PKP 1.0, terus proceed dgn chapter yg berikutnya. then sedang elok nak exam akhir tahun, PKPB semula hinggalah tamat sessi persekolahan 2020.
tahun 2021, start dah gear D hari ini utk PdPR.
kebetulan PKP 2.0 diwartakan di Melaka, saya da set utk anak-anak bertiga start PdPR hari ni. saya akan menjadi guru utk Syuhada (Ting. 2) dan Izzat (Darjah 3). diorang pun takkan mula PdPR online dgn cikgu 20.1.2021 ni. so, saya free la bersama mereka, tiada task dari cikgu sekolah.
saya tak pandai.
byk perkara saya da lupa 😅.
sebelum ajar anak, saya belajar dulu dari YouTube.
cara saya, saya akan belajar dulu. baca dulu buku diorang. korek-korek maklumat dari YouTube / internet. terutama pelajaran Ting. 2. wow, advanced! sememangnya dgn buat ulangkaji ni, saya sendiri tambah ilmu. refresh ilmu lama-lama yg da terkubur dlm diri ha ha ha ha 😄😄😄.
bukan setakat tonton YouTube, siap buat latihan 😅.
terutama maths. memang kena la sendiri buat.
mujurlah buku teks sekolah menengah sessi 2020 belum dipulangkan.
tahun lepas diakui pembelajaran anak-anak saya memang carca marba.
pembelajaran mereka di tahap "saya tidak puas hati". mujurlah kak Nurin boleh berdikari. bolehlah diharap. maka, tahun ni, kebetulan PKP 2.0, saya ada di rumah sepenuhnya, boleh la kita mula awal skit PdPR. sambung PdPR last year.
saya plan more to latihan. tidak byk ke arah pembacaan. membaca ni is boring! so, kita buat latihan. bilik tuisyen, kemudahan mengajar, buku teks, buku tulis lama... semua dah pun saya kemas-kemas dan yg tiada, saya wujudkan.
moga PdPR round kedua saya dgn anak-anak berjaya. doakan ye. dan utk kita semua, in shaa Allah... tidak ke sekolah tidak bermaksud anak-anak kita keciciran, kan 😉 👌.
14 Comments
Setuju. Kena ada effort kita juga. Macam sekolah anak saya, saru hari 2 subjek je. Rasa macam sikit tapi itupun sebenarnya ada yg tak terkejar esp if both parents are working.
ReplyDeleteLg satu cabaran kita tahun ni anak naik darjah/tingkatan. Last year parents smbg apa yg cikgu ajar, this year from scratch parents kena usahakan.
Moha dipermudahkan untuk kita semua.
betul tu, kan.
Deletemcm aida, nurin - naik ting. 4. last year ting. 3 tak brape hari sekolah. then pemilihan kelas ting. 4 berpandukan result final exam ting. 2, tau.
aduhai, sape sangka???
sib baik la result nurin tu baik. layak la dia masuk kelas sains. alhamdulillah. starting point da belajar sendiri. aduhai, Hazel... confirm aida nak kena ajar jugak nanti.
Pendidikan sangat penting. Terpaksa lalui. Nak adept dengan keadaan sekarang.
ReplyDeleteyes. tak boleh elak, kan.
Deletedari ke sekolah dan terdedah kpd virus covid 19.
better la dok rumah.
Sangat mencabar untuk adapt Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah ni. Apatah lagi parents yang dua dua bekerja. Agak pening juga nak fikir tu. Saya tak ada anak pun turut pening fikir macamana anak anak sekolah ni. tak semua keluarga mampu nak menggunakan internet.
ReplyDeletesebab tu aida suka PKP ni, fiza. aida tak keje, WFH. dpt la concentrate kat diorang. once PKPB nanti, dah kena gi keje. camne lah anak-anak kat rumah, risau!
Deletebab gajet dan internet tu, one big problem. ntah la kan. berat bahu memikul, berat la lagi parents nak kena tanggung.
Pelajar kena berdikari belajar sendiri. Kalau muda lagi memang mencabar hendak suruh ulangkaji sendiri. Kena awasi juga.
ReplyDeleteHarap dipermudahkan Puan Aida mengajar anak-anak ya. Ilmu kena asah semula.
in shaa Allah. tq so much, Wina...
DeleteMemang kesian tapi apa pilihan yang ada. Anak-anak yang ibu bapa berpelajaran boleh la jugak, kalau yang ibu bapa pun sekolah tak habis kasihan jugak. Saya takde anak so tak berani komen lebih2. Cuma mampu doa anak2 dapat kembali ke sekolah macam biasa. Sabarlah ye
ReplyDeletetu satu aspek yg kita pun tak sedar, kan.
Deleteparents yg kurang pendidikan tinggi, aduhai, camne la cabaran buat mereka.
tak mudah, Sal, silibus anak-anak sekarang. aida yg ada master ni pun tak dpt nak bantu :( terpaksa sendiri baca buku teks anak-anak. sendiri buat latihan. sendiri cari info dlm youtube.
Anak2 uncle caca marba... Uncle lagi caca marba! hehehehe! Hancho!
ReplyDeleteha ha ha ha...
Deletekita berserah aje la :)
sy x tau nk ckp mcm mn sbb x de anak lg. tp jujurnya sy kasihan dgn anak2 yg x dpt belajar dlm erti kadar benar2 belajar kerana kekurangan sana sini. sepatutnya pdpr ni dah diwarwarkn terlebih dahulu. supaya guru, pelajar dan ibu bapa bersedia. bkn nya msk thn baru terus laksanakan pendekatan sebegini... perkara ni perlu diperhalusi sbb rakyat malaysia bkn yg ddk di bandar2 shj...
ReplyDeleteMasalah PDPR ini bila anak kat rumah, mak ayah kat pejabat.. Rasa sayang pula bila cikgu buat kelas guna google meet dan anak-anak tak boleh sertai.. huhuhu..
ReplyDeleteTu belum line internet slow motion lagi dari Siput.. huhuhu..
AMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.