assalamualaikum & salam sejahtera 😊

now cuaca dah kembali panas dan berangin, kan? hu hu hu 😄 moga di kawasan-kawasan yg dilanda banjir baru-baru ni bertambah pulih. semua boleh kembali ke rumah. panas hujan ni semuanya rezeki dan dugaan buat sesetengah dari kita. redha...

sesungguhnya, Menteri KPM dah pun buat pengumuman yg anak-anak akan belajar secara PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah) mulai 20.1.2021. Kecuali utk anak-anak tingkatan 5 dan 6 sessi tahun 2020, akan proceed bersekolah utk ambil SPM, STPM, STAM, SKM dan SVM. in shaa Allah.

masalah bagi sesetengah keluarga.
tiada capaian internet. kurang gajet. ni yg membuatkan pembelajaran anak-anak tidak berkesan. aduhai... salah satu penyebab ni ialah ibu ayah terpaksa bekerja, kalau negeri tu PKPB. anak-anak di rumah tanpa cukup gajet. yg mampu, boleh la beli komputer atau phone extra. yg tak mampu? 😓 kena la cari jalan, kan.

masalah bagi saya!
saya dan mr.asben di ofis, anak-anak di rumah. ni hakikat yg terjadi tahun lepas sepanjang PKPP. saya hanya mampu pastikan mereka buat task yg diberikan oleh cikgu di telegram / whatsapp group. tapi, ulangkaji silibus lama atau belajar silibus baru, mereka sendirian berhad. tanpa guru dan tanpa ibu ayah.

terutama utk Izzat (darjah 2). aduhai... takkan la nak suruh dia baca buku, kan. kak Nurin dan Syuhada boleh la dipaksa ulangkaji. Izzat? maybe dia pun masih blurrr dgn perkataan 'ulangkaji' 😄. camne tu? keje wajib. sekolah plak tutup. anak-anak di rumah tanpa cikgu tapi ada byk task dari sekolah. then, sessi pembelajaran akan tamat sebagaimana biasa. now, 2021 da masuk sessi yg baru. hmmmm... sessi lepas tak khatam sempurna, masuk plak data baru hu hu hu hu... carca marba!

saya terbaca dlm BH Online hari ni :
Dalam hal ini tak boleh nak dibandingkan dan semua pihak mesti terima keadaan PdPR adalah berasaskan keadaan kesediaan murid, selain objektif pengajaran guru terhad dan perlu dipelbagaikan mengikut kreativiti. Apabila keadaan kembali baik,mungkin guru boleh lakukan langkah lain untuk baik pulih masalah sepanjang pelaksanaan PdPR.

baik pulih? larat ke cikgu-cikgu? nak ke cikgu-cikgu? cukup ke masa? seperti sessi 2020 yg lepas, naik sekolah selepas cuti lama PKP 1.0, terus proceed dgn chapter yg berikutnya. then sedang elok nak exam akhir tahun, PKPB semula hinggalah tamat sessi persekolahan 2020.

tahun 2021, start dah gear D hari ini utk PdPR.
kebetulan PKP 2.0 diwartakan di Melaka, saya da set utk anak-anak bertiga start PdPR hari ni. saya akan menjadi guru utk Syuhada (Ting. 2) dan Izzat (Darjah 3). diorang pun takkan mula PdPR online dgn cikgu 20.1.2021 ni. so, saya free la bersama mereka, tiada task dari cikgu sekolah.

PdPR 2021 | Bila pembelajaran anak-anak carca marba...
saya tak pandai.
byk perkara saya da lupa 😅.
sebelum ajar anak, saya belajar dulu dari YouTube.

cara saya, saya akan belajar dulu. baca dulu buku diorang. korek-korek maklumat dari YouTube / internet. terutama pelajaran Ting. 2. wow, advanced! sememangnya dgn buat ulangkaji ni, saya sendiri tambah ilmu. refresh ilmu lama-lama yg da terkubur dlm diri ha ha ha ha 😄😄😄.

PdPR 2021 | Bila pembelajaran anak-anak carca marba...
bukan setakat tonton YouTube, siap buat latihan 😅.
terutama maths. memang kena la sendiri buat.
mujurlah buku teks sekolah menengah sessi 2020 belum dipulangkan.

tahun lepas diakui pembelajaran anak-anak saya memang carca marba.
pembelajaran mereka di tahap "saya tidak puas hati". mujurlah kak Nurin boleh berdikari. bolehlah diharap. maka, tahun ni, kebetulan PKP 2.0, saya ada di rumah sepenuhnya, boleh la kita mula awal skit PdPR. sambung PdPR last year.


PdPR 2021 | Bila pembelajaran anak-anak carca marba...


saya plan more to latihan. tidak byk ke arah pembacaan. membaca ni is boring! so, kita buat latihan. bilik tuisyen, kemudahan mengajar, buku teks, buku tulis lama... semua dah pun saya kemas-kemas dan yg tiada, saya wujudkan. 

moga PdPR round kedua saya dgn anak-anak berjaya. doakan ye. dan utk kita semua, in shaa Allah... tidak ke sekolah tidak bermaksud anak-anak kita keciciran, kan 😉  👌.