assalamualaikum & salam sejahtera 😊

selamat petang Malaysia. 
hari kelima PKP 2.0 di Melaka. and menyaksikan semlm, pecah rekod lagi kes positif covid 19 tertinggi iaitu seramai 4,029 orang 😔😓. sedihnya. takotnya! moga kita semua teruslah jaga s.o.p. kurang-kurangkanlah keluar rumah, kecuali utk keperluan mendesak ye.

semlm, stay at home. dari lepas subuh mengemas rumah, susun atur apa perlu dan masak-memasak. sambil-sambil tu, setelah sekian la tidak blogwalking, berjaya la qada' blogwalking ke blog kawan-kawan. so, jgn la jemu ye baca komen saya di blog korang, jika ada 😄.
nak saya bom letops komen di blog korang? tinggalkan byk-byk komen di sini, saya akan balas kunjungan, in shaa Allah.

hari ni another day stay at home. sambung mengemas... mengemas. 😄 itu aje la kot yang boleh dibuat, kan. usik sana sini, tukar susun atur. then, sambung tonton movie dgn anak-anak. selain tu, makan.

Random Photos | 5 hari duduk rumah [PKP 2.0]
a day before PKP 2.0, mr.asben bw balik 6 botol popcorn.
wah 😍 popcorn sedap 👍.

Random Photos | 5 hari duduk rumah [PKP 2.0]
sebotol hanya RM6. ari tu beli botol besar skit RM8.
ok la. harga yang boleh beli, tidak over mahal.
ni org kampung ofismet mr.asben yang jual.
sgt sedap!

Random Photos | 5 hari duduk rumah [PKP 2.0]
Jumaat pagi, saya & mr.asben keluar, beli brg basah.
berdepan dgn supermarket, ada gerai jual sarapan.
kami beli tanda support peniaga jalanan 😃.
nasi lemak, nasi kerabu, kuih seri muka dan kuih popia sira.
tu la tu, kuih popia sira tu Izzat sorang je abiskan 😅.

Random Photos | 5 hari duduk rumah [PKP 2.0]
Sabtu, lepas maghrib, kak Nurin & Syuhada goreng cekodok leper 😂.
boleh la... adunan terlebih air ni.
saya pula masak asam pedas ikan pari.
hmmmm sedaplah makan cekodok cicah kuah asam pedas, kan.

Random Photos | 5 hari duduk rumah [PKP 2.0]
Random Photos | 5 hari duduk rumah [PKP 2.0]
semlm, tengahari, kami berayam korea 😍.
takde bijan putih, kuranglah penampakan ayam korea tu kan.
first time makan ayam korea ni.
saya beli sos ayam korea adabi je. salut ke ayam goreng.

Random Photos | 5 hari duduk rumah [PKP 2.0]
semlm, petang, projek anak dara berdua tu utk ayah diorang.
puding roti sos kastard.

[ Resipi : Puding Roti Bersos Kastard Lemak Berkrim ]

pagi tadi ada lebih ayam korea, couple kan dgn nasi goreng utk sarapan. Malay + Korean = ohsem 😉. sekejap je lagi, nak ke Pizza Hut, tapaw. Raikan birthday Syuhada hari ni. biasanya ke restoran, makan-makan. thn ni di rumah saje lah kita makan-makan.

...till then, semua korang pembaca entri ni, tq and jaga diri ye 💚.