assalamualaikum & salam sejahtera...
ada masa utk menaip di blog malam-malam ni. tiba-tiba mood tu datang, jari-jemari laju saje menekan-nekan keyboard ni. kat tv tu sedang ditayangkan movie I Am Legend. movie lama. Netflix. layan sekali lagi sebab anak-anak lom pernah tonton lagi. movie yang berbaloi utk kita ulang tonton 👍.
hari ni Sabtu, teruslah kasik onz projek bbq PKP 3.0.
pagi-pagi td, selepas subuh je, kami anak-beranak dah ready utk bbq. di halaman rumah je, tak boleh nak ke mana-mana, kan... kita-kita aje 😀. meskipun tak bekerja dan anak-anak tak ke sekolah, weekdays memang tak dpt nak berbbq. sebab kami sibuk dgn tugasan kerja secara maya. takkan selesa la nak berbbq sambil-sambil buat kerja. tak best lah!
semalam da siap-siap dah perap semua bahan-bahan yg nak dibakar pagi ni. sotong. ikan caru. ayam kepak. then tambah dgn sosej dan kentang. fuh! sedap-sedap belaka semuanya. memang pagi ni kami sarapan secara santai dan stylo di tepi laman.
[ Baca juga cerita yang lepas : BBQ di halaman rumah pada hujung minggu, kita-kita aje...]
ayam. sosej. ubi kentang.
anak-anak yang cerdik pintar.
at first, nak buat nasi lemak for breakfast.
couple dengan bahan bbq yg lain la.
tapi anak-anak dan mr.asben vote for maggi kari goreng 😍.
sos blackpepper dan kicap cili padi.
ada juga sos cili dan mayonis.
[ Baca juga resepi : Sos blackpepper sedap berkrim]
kali ni, tiada daging kambing. pertama sebab takde tempat terdekat yang menjual, PKP ni jarak perjalanan sekitar 10km saje, kan. kedua, rasa ok without kambing sebab anak-anak tak brape makan. mereka prefer ayam dan sotong. ok la 👌.
tulang belakang acara bbq keluarga.
pepagi lepas subuh dah menghidupkan bara.
kreatif yang melangit tinggi 😀😆.
saje suka-suka. stok cheese dlm peti ais pun ada.
ni kali ketiga kami berbbq. alang-alang da bercerita, di bawah ni saya paparkan juga la gambar-gambar bbq kami yg lepas. yg tu lebih banyak gambar, bbq di bulan Syawal la kata kan... semangat bergambar tu masih tinggi!
👉 throwback...
tarikh kejadian : 22.5.2021
waktu menjadikan : bermula selepas solat Zuhur
lokasi terjadi : di tepi sliding door ruang tamu 😀
si bujang yg kecohkan suasana 😆😃
kak Nurin bantu ibu balutkan ubi kentang.
PKP ni didatangkan bersama 1001 hikmah. kita stay home dgn keluarga. kebosanan. stress! tu yang ligat fikiran memikirkan perkara menarik utk dilakukan bersama. nak keluar, memang tak boleh. dilarang! tu lagi buat fikiran kita double berfikir 😎.
PKP 3.0 diteruskan sehingga 28.6.2021. PdPR pula bakal dilanjutkan sehingga hampir akhir Julai. selama tu juga la anak-anak akan berada di rumah. to make them happy staying at home, kita-kita la mak-mak ni kena fikirkan bagi pihak mereka.
👌👌
...bye for now!

17 Comments
Wah rajin! Best kan sekali-sekala buat BBQ macam ni.
ReplyDeleteNampak selesa berBBQ duduk. Ya Allah nampak sedap, sotong dibakar seekor. Dah buat kali ke-3, kira sudah mahir buat apa bahan untuk dibakar.
ReplyDeleteElok juga buat aktiviti keluarga, gotong-royong membakar makanan bersama-sama.
Sedapnyaa BBQ selamat berpkp lagi
ReplyDeleteBagus juga bbq pagi-pagi, tak panas. Kenyang lama sampai ke petang. Kalau buat malam nanti lepas makan terus tido tak baik untuk kesihatan.
ReplyDeletebestnya ber bbq.. layan jgk la musim2 PKP ni berbbq ngn family.. hihi
ReplyDeleteSeronoknya dapat berBBQ bersama keluarga..
ReplyDeletelama tk berBBQ..sronok tu...mcm2 ada
ReplyDeleteSeronok kan sesekali beraktiviti macam ni..boleh mengeratkan kekeluargaan dia samping memenuhi kebosanan akibat berkurung je dalam ruamh. ada aktiviti so anak- anak tak bosan..nampak sedap semua menu tu ha
ReplyDeleteSeronoknya boleh ber BBQ. Rumah ada laman memang syok. Sedap pula tengok menu-menu untuk BBQ tu.
ReplyDeleteseronoknya buat bbq dengan family, walaupun tak boleh ajak ramai orang tapi dengan family pun dah cukup happy sangat sangat sebab dapat luangkan masa.
ReplyDeleteseronoknya dapat bbq camni dengan family, ada anak2 riuh la sikit rumah kan, yang penting quality time
ReplyDeleteAktiviti yang best dilakukan sekeluarga kan. Kalau tak kerana PKP nie entah bila memasing spend masa sebegini ngan keluarga kan. Sedapnya maggi kari goreng
ReplyDeleteSeronoknya dapat buat BBQ kat rumah sendiri ada laman macam tu hehehe kita buat kat dalam rumah jer main bakar-bakar berdua wakakakaka.. Family jauh lah rindu mereka hehehe...
ReplyDeleteLama tak buat BBQ, ni adik-adik pun lama tak dtg, semua jarak lebih soploh km huhuhu.. kalau tak mesti Sis buat BBQ
ReplyDeleteSyoknya BBQ...rumah bawah best kalau buat aktiviti . Sal rumah atas .. tapi cam dapat idea la camne nak gayakan. Nanti kita try, sian gak kat anak-anak sebab lama snagat tak balik kampung...gi sekolah..jalan-jalan
ReplyDeleteBest jugak bila buat BBQ sendiri kat rumah ni. Ye la kan, nak BBQ kat luar tak boleh. Buat sendiri la kat rumah. Tapi macam Iza kalau buat Iza berdua dgn husband je la makan. Anak tak minat BBQ ni. Huhuh
ReplyDeleteLamanya tak buat BBQ. Memang skrg duduk rumah buat makan2 jelah. Habiskan masa menternak lemak heheh
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.