assalamualaikum & salam sejahtera 😊
petang Selasa. semoga hari ni hari yg lebih indah dari semalam ye. bersyukurlah sebab kita masih sihat, meskipun jiwa terseksa tak boleh rentas daerah 😆 ha ha ha ha... dugaan pasca tahun 2020. bertabahlah kita-kita, kan...
pagi ni seperti biasa je la - buat sarapan utk famili, bersarapan sama-sama, anak-anak masuk bilik sebab sessi pdpr bermula seawal jam 8 pagi, saya & mr.asben pun masing-masing mengadap laptop utk sessi wfh. utk makan tengahari tadi, saya tak masak pun. da plan baik punyerrrr... gi bantu peniaga nasi kak wok kat pekan tu. beli 6 bungkus 👌. dan sempat la beli kopi kaw di gerai sebelahnya, 4 cawan. selesai dah semuanya tadi.
nak kongsi kegembiraan la juga petang-petang ni. sejambak gubahan orkid mendarat di rumah saya pagi semalam. member ofis yang gubahkan, saya bayar aje la. nak menggubah sendiri, laaaammmbat lagi! ha ha ha ha... orkid yang cantik sgt, super premium latex. harga pun setanding rupa, kayangan sgt - RM340. ada 8 tangkai. warna peach gelap.
secara kebetulan dia ke ofis, utk hantar dokumen. itu yg dia lajak ke rumah saya utk hantar gubahan orkid ohsem ni. dalam fb dia, mcm kecik je. bila saya terima 😲 😍, Allahu, besar mak aii! gembira nya hati.
[Baca juga kisah orkid latex yg lama : Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan Orkid Latex penambah seri di ruang tamu]
gubahan orkid 1.
gubahan orkid 2.
berbanding 2 jambangan orkid saya yg terdahulu, yg ini memang double cantik. alhamdulillah. cukup membuatkan saya gembira. sudut yang dulu kosong, kini tambah berseri dgn hadirnya gubahan orkid ni.
seriously, sgt la cantik.
berbaloi membayar harga.
orkid tu memang tebal and real touch.
gembira juga hati bila beli gubahan orkid ni dari member ofis. da lama dah berhajat nak tempah. tapi sebab fulus tak berapa nak ada, tangguh-tangguh la. akhirnya, PKP 3.0 ni, terjebak menempah! hu hu hu... syukurlah member ada masa dan bahan cukup utk menggubah. al-maklumlah, PKP kan, takut-takut tak cukup bahannya.
💜 kita kongsi bahagia orang lain.
ada orang suka hias sudut rumah dgn pokok berdaun hidup. nampak fresh. ada juga yg berminat utk letak pokok hijau tiruan seperti pokok pisang, pokok skybird, monstera... last year kan trending dgn pokok snake plant, spider plant, aloe vera dan fiddle leaf fig. saya suka semua hiasan yg kawan-kawan kongsikan. bertepatan dgn ciri-ciri dekorasi rumah masing-masing, kan. rumah saya ni masih lagi ada beberapa ruang yg saya terasa nak letak pokok hiasan. tapi, later 😆. now cukuplah dgn 3 gubahan orkid yang menenangkan hati ni 😍.
saya suka sebab di samping membeli gubahan orkid ni, sebenarnya saya dapatlah jumpa member tu, eratkan sillaturrahim. lama da tak berjumpa. meskipun berjumpa hanya sekejap tanpa dpt bersalaman dan berpelukan laga pipi, tetap dapat kita refresh persahabatan kita. kembang hati dia juga kita beli produk handmade dia. alhamdulillah...
😊😊😊
5 Comments
Lawanya gubahan orkid tu. Naik seri bila letak kat tempatnya :)
ReplyDeleteCantiknya gubahan orkid..teringin juga tapi kumpul bajet dulu hhehe
ReplyDeletegubahan bunga orkid..letak mana2 pun tampak berseri je :)
ReplyDeleteWow nampak real betul. Harga setanding kualitinya. Patut macam pernah nampak yang lama tu rupanya pernah komen dalam entry lama.
ReplyDeleteCantik betul gubahan orkid tu menyerikan ruang.
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.