assalamualaikum & salam sejahtera 😊

petang Selasa. semoga hari ni hari yg lebih indah dari semalam ye. bersyukurlah sebab kita masih sihat, meskipun jiwa terseksa tak boleh rentas daerah 😆 ha ha ha ha... dugaan pasca tahun 2020. bertabahlah kita-kita, kan...

pagi ni seperti biasa je la - buat sarapan utk famili, bersarapan sama-sama, anak-anak masuk bilik sebab sessi pdpr bermula seawal jam 8 pagi, saya & mr.asben pun masing-masing mengadap laptop utk sessi wfh. utk makan tengahari tadi, saya tak masak pun. da plan baik punyerrrr... gi bantu peniaga nasi kak wok kat pekan tu. beli 6 bungkus 👌. dan sempat la beli kopi kaw di gerai sebelahnya, 4 cawan. selesai dah semuanya tadi.

nak kongsi kegembiraan la juga petang-petang ni. sejambak gubahan orkid mendarat di rumah saya pagi semalam. member ofis yang gubahkan, saya bayar aje la. nak menggubah sendiri, laaaammmbat lagi! ha ha ha ha... orkid yang cantik sgt, super premium latex. harga pun setanding rupa, kayangan sgt - RM340. ada 8 tangkai. warna peach gelap.

Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan orkid super premium latex penambah seri di ruang makan

secara kebetulan dia ke ofis, utk hantar dokumen. itu yg dia lajak ke rumah saya utk hantar gubahan orkid ohsem ni. dalam fb dia, mcm kecik je. bila saya terima 😲 😍, Allahu, besar mak aii! gembira nya hati.

Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan orkid super premium latex penambah seri di ruang makan


Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan orkid super premium latex penambah seri di ruang makan
gubahan orkid 1.

Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan orkid super premium latex penambah seri di ruang makan
gubahan orkid 2.

berbanding 2 jambangan orkid saya yg terdahulu, yg ini memang double cantik. alhamdulillah. cukup membuatkan saya gembira. sudut yang dulu kosong, kini tambah berseri dgn hadirnya gubahan orkid ni.

Dekorasi Ruang Tamu | Gubahan orkid super premium latex penambah seri di ruang makan
seriously, sgt la cantik. 
berbaloi membayar harga.
orkid tu memang tebal and real touch. 
 
gembira juga hati bila beli gubahan orkid ni dari member ofis. da lama dah berhajat nak tempah. tapi sebab fulus tak berapa nak ada, tangguh-tangguh la. akhirnya, PKP 3.0 ni, terjebak menempah! hu hu hu... syukurlah member ada masa dan bahan cukup utk menggubah. al-maklumlah, PKP kan, takut-takut tak cukup bahannya.

💜 kita kongsi bahagia orang lain.
ada orang suka hias sudut rumah dgn pokok berdaun hidup. nampak fresh. ada juga yg berminat utk letak pokok hijau tiruan seperti pokok pisang, pokok skybird, monstera... last year kan trending dgn pokok snake plant, spider plant, aloe vera dan fiddle leaf fig. saya suka semua hiasan yg kawan-kawan kongsikan. bertepatan dgn ciri-ciri dekorasi rumah masing-masing, kan. rumah saya ni masih lagi ada beberapa ruang yg saya terasa nak letak pokok hiasan. tapi, later 😆. now cukuplah dgn 3 gubahan orkid yang menenangkan hati ni 😍.

saya suka sebab di samping membeli gubahan orkid ni, sebenarnya saya dapatlah jumpa member tu, eratkan sillaturrahim. lama da tak berjumpa. meskipun berjumpa hanya sekejap tanpa dpt bersalaman dan berpelukan laga pipi, tetap dapat kita refresh persahabatan kita. kembang hati dia juga kita beli produk handmade dia. alhamdulillah...

😊😊😊