assalamualaikum & salam sejahtera π
PM baru. bapa Dafi π. semoga Malaysia berjaya keluar dari pandemik covid 19 segera di bawah pemerintahan bapa Dafi, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. semoga Malaysia kembali bebas dengan kehidupan normal baharu. in shaa Allah. next, kita nantikan barisan kabinet di bawah pentadbiran PM ke-9. siapakah? saspen!
Isnin kembali. minggu yg baharu. Melaka masih di bawah Fasa I PPN. kes masih beratus setiap hari. kluster yang berasal dari kilang π. maka, most of us masih BDR. kakitangan kerajaan yang keluar bekerja hanya (tidak melebihi) 40%. bekerja tanpa ingkar s.o.p! kebetulan ofismet saya mostly da pun lengkap 2 dos vaksin. alhamdulillah. kerisauan tu tak la terlalu dalam. kami tetap menjaga s.o.p kerana varian delta ni dikenali dgn keganasannya, kan. takut π£...
[jom sedekah subuh, buka pintu rezeki : Cara Mudah Sedekah Subuh]
tu la tu, masih dalam keadaan PKP, anak-anak masih PdPR, kami dgn BDR, mood dalam diri ni masih tak brape nak onz. anak-anak dah mula sebut, "Ibu, kami bosan...", "Ibu, kami stress..." πAllahu, kesian lah kat korang oii, apa la Ibu dpt buat utk kasik korang keluar rumah? as at now nothing! Ibu korang ni pun mood up dan down tau! dah buntu dah nak fikir masak apa hari ni? hu hu hu...
bila takde mood nak masak, bila terasa malasnya lah nak masak tetapi ada perut-perut yang perlu diisi, hmmmmm tak jadik la nak tak masak, kan. tung tang tung tang jugak la senduk dan periuk bertemu. apa yg ringkas aje. yg mudah-mudah aje. tapi tetap menjemput selera π.
sup telur, ada suhun, timun jepun dan carrot.
bahan-bahan :
- 5 biji telur
- suhun
- timun jepun
- carrot
- 2 ulas bawang merah (hiris)
- 3 ulas bawang putih (hiris)
- halia (sedikit)
- 1 kiub ayam
- garam secukup rasa
- air
cara-cara masak sup telur yang ringkas :
- suhun direndam terlebih dahulu. ketepikan.
- tumiskan dulu bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.
- masukkan air dan kiub ayam. kacau sup sehingga mendidih.
- bila sup sudah mendidih, padamkan api. masukkan telur satu persatu dan jgn dikacau. biarkan telur itu seketika.
- agak-agak telur dah pun masak dan kelihatan seketul-seketul, baru lah nyalakan semula api dapur. masukkan carrot, timun jepun dan suhun.
- kacau perlahan-lahan, perisakan dgn garam secukup rasa π.
mudah.
ringkas. bahan-bahan asas yg ada di dalam peti ais sentiasa. tapi sedap. lebih sedap kalau masukkan kentang 1-2 biji. taburkan pula bawang goreng! nasi panas. ikan goreng dan sambal belacan.
π
tu la tu. nak makan luar, tak boleh. kalau boleh pun nanti, selagi kes di Melaka beratus-ratus, still saya takkan ajak mr.asben makan luar bwk anak-anak. we can never know, kan. sijil vaksin pun confirm lah ada org yg menipu! dah viral kot di internet kes-kes minta sijil vaksin org lain utk digunakan. hadoi lah! mendapat covid 19 di kedai makan, nyesal seumur hidup nanti! better makan kat rumah aje la kalau ada anak ramai.
tu je la bebelan di pagi Isnin ni π
.
korang stay safe tau. to my friends yg kini ada yg positif dan kuarantin di rumah, utk korang, stay strong. Allah duga sebab Allah terlebih sayang kat korang. ikut kata doktor, stay strong! in shaa Allah akan kembali sihat walafiat.
17 Comments
Memang ringkas dan bahan-bahn itu memang wajib dalam peti sejuk. Lebih-lebih lagi timun kena ada selalu.
ReplyDeleteNamapk sedap juga digandingkan dengan timum jepun . Selalu CCL buat menu ni menggunakan petola
ReplyDeleteini sup paling kerap dimasak dirumah..tp tak pernah lagi letak timun.
ReplyDeleteAllahu, kesiannya anak-anak kebosanan di rumah kan. Buat masa sekarang ni memang kalau boleh elakkan keluar rumah unless memang perlu..apa-apa pun, stay safe ye.
ReplyDeleteringkas, mudah dan pastinya sedap!
ReplyDeleteSemoga PM baru dapat laksanakan tanggungjawab dengan baik. Negeri Sembilan pun masih fasa I lagi kak. samalah kita.
ReplyDeleteSedapnya sup telur. Ada suhun carrot dan timun. Suka makan panas-panas.
layan kak, sup kalau ada suhun dia memang otomatik sedap srup srup ratah je pun boleh habis
ReplyDeletesy pon xberani nk dine in.. mkn kat umh lebih selamat.. hihi..
ReplyDeletetelriur plak sup telur tu!
wah..sedap ni..:)
ReplyDeleteSuka jugak buat lauk camni - sup suhun tauhu kering telur.
ReplyDeleteKami ni walaupun berdua takde budak pun tak berani aih nak makan kat kedai. Tapau saja. Kalau dah terkena, menyesal pun tak guna. Lebih baik kita berhati-hati.
sedapnya..
ReplyDeletesup mcm ni saya ratah je xyah nasi pun sedap ya mat!
ReplyDeleteOkey nak cuba buat la...nampak sedap tu....
ReplyDeletesedapnyaaaaaaa
ReplyDeleteDapat sup telur ni, semangkuk milik saya seorang :)
ReplyDeleteSedap sup telur tapi sha tak pernah campur timun jepun dalam sup.. Nampak menarik lak..
ReplyDeleteSedappp tp kalau buat suami xmakan timun kena jd tukang makan timun
ReplyDeleteAMBIL PERHATIAN :
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri. Pemilik blog tidak akan dipertanggungjawabkan jika berlaku masalah dengan komen tersebut. Komen yang berbentuk iklan, mengandungi soalan yang tidak berkaitan dan pernyataan bersifat provokasi tidak akan dilayan dan disiarkan.
Komen dari "Unknown Profile" tidak akan disiarkan kerana identiti anda tidak dapat dijejaki. Sila tinggalkan emel anda untuk dapatkan respon dari pemilik blog.