assalamualaikum & salam sejahtera πŸ˜ƒ

PM baru. bapa Dafi πŸ˜„. semoga Malaysia berjaya keluar dari pandemik covid 19 segera di bawah pemerintahan bapa Dafi, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. semoga Malaysia kembali bebas dengan kehidupan normal baharu. in shaa Allah. next, kita nantikan barisan kabinet di bawah pentadbiran PM ke-9. siapakah? saspen!

Isnin kembali. minggu yg baharu. Melaka masih di bawah Fasa I PPN. kes masih beratus setiap hari. kluster yang berasal dari kilang πŸ˜’. maka, most of us masih BDR. kakitangan kerajaan yang keluar bekerja hanya (tidak melebihi) 40%. bekerja tanpa ingkar s.o.p! kebetulan ofismet saya mostly da pun lengkap 2 dos vaksin. alhamdulillah. kerisauan tu tak la terlalu dalam. kami tetap menjaga s.o.p kerana varian delta ni dikenali dgn keganasannya, kan. takut 😣...

[jom sedekah subuh, buka pintu rezeki : Cara Mudah Sedekah Subuh]

tu la tu, masih dalam keadaan PKP, anak-anak masih PdPR, kami dgn BDR, mood dalam diri ni masih tak brape nak onz. anak-anak dah mula sebut, "Ibu, kami bosan...", "Ibu, kami stress..." πŸ˜’Allahu, kesian lah kat korang oii, apa la Ibu dpt buat utk kasik korang keluar rumah? as at now nothing! Ibu korang ni pun mood up dan down tau! dah buntu dah nak fikir masak apa hari ni? hu hu hu...

bila takde mood nak masak, bila terasa malasnya lah nak masak tetapi ada perut-perut yang perlu diisi, hmmmmm tak jadik la nak tak masak, kan. tung tang tung tang jugak la senduk dan periuk bertemu. apa yg ringkas aje. yg mudah-mudah aje. tapi tetap menjemput selera πŸ˜‹.

Menu Sup Telur Sedap | Dengan suhun dan timun jepun
sup telur, ada suhun, timun jepun dan carrot.

bahan-bahan :
  • 5 biji telur
  • suhun
  • timun jepun
  • carrot
  • 2 ulas bawang merah (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • halia (sedikit)
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
  • air
cara-cara masak sup telur yang ringkas :
  1. suhun direndam terlebih dahulu. ketepikan.
  2. tumiskan dulu bawang merah,bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. masukkan air dan kiub ayam. kacau sup sehingga mendidih.
  4. bila sup sudah mendidih, padamkan api. masukkan telur satu persatu dan jgn dikacau. biarkan telur itu seketika.
  5. agak-agak telur dah pun masak dan kelihatan seketul-seketul, baru lah nyalakan semula api dapur. masukkan carrot,  timun jepun dan suhun.
  6. kacau perlahan-lahan, perisakan dgn garam secukup rasa πŸ˜‹.

mudah.
ringkas. bahan-bahan asas yg ada di dalam peti ais sentiasa. tapi sedap. lebih sedap kalau masukkan kentang 1-2 biji. taburkan pula bawang goreng! nasi panas. ikan goreng dan sambal belacan.
πŸ‘Œ

tu la tu. nak makan luar, tak boleh. kalau boleh pun nanti, selagi kes di Melaka beratus-ratus, still saya takkan ajak mr.asben makan luar bwk anak-anak. we can never know, kan. sijil vaksin pun confirm lah ada org yg menipu! dah viral kot di internet kes-kes minta sijil vaksin org lain utk digunakan. hadoi lah! mendapat covid 19 di kedai makan, nyesal seumur hidup nanti! better makan kat rumah aje la kalau ada anak ramai.

tu je la bebelan di pagi Isnin ni πŸ˜….
korang stay safe tau. to my friends yg kini ada yg positif dan kuarantin di rumah, utk korang, stay strong. Allah duga sebab Allah terlebih sayang kat korang. ikut kata doktor, stay strong! in shaa Allah akan kembali sihat walafiat.