assalamualaikum & salam sejahtera 😊

hari ni hari Isnin. pemula hari bekerja dan bersekolah di negeri Melaka. monday blues? zaman sekarang da tak in dah 'monday blues' ni. everyday ada blues nya yg tersendiri 😅. hari ini dan esok, saya bermesyuarat finalize kan 2 naskhah dokumen jabatan. da siap dan da disemak oleh big bosses. sebelum publish, perlulah editors round page by page for the very last time.

berkesempatan untuk publish satu story di blog juga. yes! perihal makan malam Jumaat lepas. seperti biasa, mood malas masak singgah. hmmmmmm hingga nak hampir maghrib, aduhai, kerajinan tak muncul. keputusan di buat, "lepas solat isyak, terus kita keluar makan ye...".

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka

tujuan utama kami ke satu tempat lepak baru di Ayer Keroh, berdekatan tasik di Zoo Melaka. kini, di situ da dijadikan tempat makan dan gerai jualan. tak pasti ia mula bila sebab kami jarang-jarang keluar malam luar dari kawasan Durian Tunggal. namun, setibanya di sana, lebih kurang jam 9 malam, orang ramai tu satu lah kan. nak park kereta, takde ruang kosong! sepanjang bahu jalan penuh hu hu hu hu...

kerana anak-anak dah lapar, kami terus menuju ke arah MITC. at first, blank and blurrrr minda ni nak makan mana. foodcourt Mydin? tak nak lah... Ayam Penyet Lamongan? dah tak sedap! nak try Cibiuk? mcm tak brape nak selera makanan indonesia.

tup tup tup keluar idea utk try makan di restoran Leezo 😍. east meet west. nasi goreng ada, steak ada, lamb ada, tomyam ada. menarik! lama da lalu-lalang depan restoran ni. tak pernah mencuba. ada terdetik nak mencuba, namun tak menjadik-jadik. dimurahkan rezeki, kami makan malam di situ ari tu.

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka
lokasinya di MITC, Melaka.
just search di google map ye.

persekitaran restorannya nice, simple dan amat selesa. open restaurant. suasana malam pula berangin which is perfect. susunan kerusi mejanya amat strategik dan sesuai utk makan sekeluarga. kami nak duduk di satu meja di sudut restoran, terus rasa wow 😍. tidak perlu tunggu lama untuk duduk. mungkin kerana hari Jumaat, locals only. weekend tak pasti la kedai ni pack or not. dan juga tak perlu tunggu lama utk hidangan kami sampai di meja. just nice timing nya. and everytime air dan makanan tiba, another wow and wow...


Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka
burger pilihan Nurin.
sosej, daging ayam, cheese and sauces yg sedap-sedap belaka.

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka
steak mr.Asben.

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka
Syuhada's favourite.
spaghetti carbonara.

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka
buah hati yg sorang ni maintain dgn nasi goreng kampung.
dia punya la yg paling sedap!

Makan malam di Leezo Restaurant, MITC Melaka


akhir sekali sampai ke meja, saya punya ni.
fish & chips. alhamdulillah...

tempat selesa. makan sedap. nikmat yg mana kami nak dustakan? alhamdulillah, syukur kepada Allah. da plan dah apa menu yg kami nak order next time. in shaa Allah.